Bangga Dengan Diri Bukan Bangga Diri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

‘Jangan terlalu bangga diri, jangan terlalu rendah diri tapi bersederhana’ dulu agak sukar untuk diri saya memahami apakah maksud ungkapan pesanan ma abah saya ini. Tapi hari-hari yang berlalu yang mematangkan saya membuatkan saya makin faham apakah yang tersirat disebalik ungkapan indah ma abah ini.

Terlalu rendah diri kita mungkin akan dipijak dan akan dipergunakan oleh orang di sekeliling kita demi kepentingan mereka. Terlalu merendah diri menampakkan kita bagai lemah di mata orang lain dan membuatkan kita senang dibuli. KIta ada maruah kita ada harga diri jangan biarkan ia dipijak.

Bangga dengan diri
Bangga dengan diri

Terlalu bangga diri pun tidak boleh, terlalu bangga diri membuatkan orang tidak selesa untuk bersama kita. Tidak selesa mendekati kita. Tidak kurang juga yang berasa bangga diri apabila mereka mencapai satu matlamat hidup mereka. Saya sendiri pernah ditegur oleh seseorang, dia berkata ‘Jangan kau ingat nak tipu aku, aku pun ada ijazah’.

Ijazah, Master atau PhD bukanlah satu ukuran tinggi rendahnya ilmu seseorang, bagi saya ia tidak lebih dari satu sijil tauliah tapi bukan ukuran tinggi ilmu. Sebagai contoh seorang Jurutera muda mungkin tahu mereka bentuk bangunan dan tahu secara teori sifat konkrit, tapi seorang buruh lebih mahir dalam kerja mengikat bata, bancuh simen dan juga sifat simen. Seorang jurutera muda belum tentu boleh anggarkan tinggi dinding tapi buruh boleh. Tak percaya boleh cuba?

Ketinggian ilmu bukan dari sekeping sijil tapi juga betapa dalamnya pengalaman seseorang itu dalam sesuatu bidang. Jadi jangan terlalu bagga diri dengan apa yang kita ada dan memandang rendah pada orang lain disekeliling kita, mereka mungkin akan jadi cikgu kepada kita secara tidak langsung.

Oleh itu, jangan bangga diri tapi bangga dengan diri, bangga dengan apa yang telah kita capai dan sumbangkan kepada masyarakat disekeliling kita. Nikmatilah kenikmatan yang kita capai setiap kali kita memberi manafaat kepada orang lain. Ingat ‘Tak akan hilang bisa ular menyusur akar’.

Jalan terbaik adalah secara bersederhana, insyallah kita akan disenangi oleh semua yang di sekeliling kita.

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Setiap orang ada hobi yang tersendiri, ada minat
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu

Hobi Yang Mahal

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Setiap orang ada hobi yang tersendiri, ada minat yang tersendiri. Semua kegilaan ini adalah untuk kepuasan sendiri. Pelbagai cara untuk mencapai kepuasan ini. Ada mereka yang memilih hobi yang tanpa kos ada juga hobi yang mahal.

Hobi yang mahal : RC Drift car
Hobi yang mahal : RC Drift car (sumber: speedhunter.com)

Ada yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit dilaburkan untuk hobi mereka. Duit bukan lagi satu penghalang untuk mencapai kepuasan dalam diri ini. Pelbagai cara dilakukan untuk mengumpul dana bagi memenuhi minat dan hobi seperti mencari duit dengan blog.

Ada hobi yang memerlukan modal yang besar antaranya main motosikal kuasa tinggi, drift car, drag racer dan juga pemainan remote control. Tetapi ada juga hobi yang boleh menjana duit seperti blogging, menjahit, memasak dan juga menulis.

Hobi yang mahal : Hobi zaman kanak-kanak
Hobi yang mahal : Hobi zaman kanak-kanak

Saya akui saya juga mempunyai hobi yang mahal iaitu photografi. Semenangnya photografi memerlukan modal yang agak tinggi tapi ia juga mampu memberi pulangan yang tinggi jika kena pada caranya. Banyak cara untuk jana duit dengan photografi seperti jadi wedding photografer. Tapi saya masih lagi di tahap amatur.

Manusia sanggup lakukan apa saja untuk mencapai kepuasan. Duit bukan rintangan demi mencapai apa yang di impikan. Apa hobi saudara?

Nota kaki : Tengah memenuhi hobi zaman kanak-kanak yang tidak tercapai dulu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tamiya Mini 4WD pernah menjadi satu fenomena suatu
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Syukur alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, betul kata

Blogger Sebagai Kerjaya

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai kerjaya? Jika ditanya pada saya jawapan saya adalah tepuk dada tanya dalam diri anda. Ramai yang sudah berjaya dengan blog, dan ramai juga blogger yang sudah menjana ribuan ringgit hanya dari blog seperti Titan, Redmummy, Denaihati dan Beutifulnara

Siapa tahu dengan duit dari hasil blogging boleh buat bayar hutang PTPTN kan? Dan siapa tahu mungkin rezeki kita pula selepas ini untuk merasa duit hasil blog. Siapa tahu?

Malah ramai juga blogger-blogger hebat Malaysia mula terpampang di dada akhbar. Malah sekarang ini ramai pihak yang mula mengangkat blogger, dan mengiktiraf sumbangan blogger. Banyak anugerah yang telah diwujudkan bagi menghargai blogger-blogger Malaysia yang menjadi nadi penentu di mada depan.

Blogger sebagai kerjaya boleh ke?
Blogger sebagai kerjaya boleh ke?

>>>Rahsia Blogger Hebat<<<

Kalau dilihat peringkat antarabangsa juga ramai sudah blogger yang menjadikan blogger sebagai kerjaya mereka. Menjadikan blog sebagai sumber kewangan utama mereka. Salah satu nama yang memang tidak asing lagi adalah Seth Godin.

Sememangnya tiada yang mustahil dengan hanya menulis kita mampu menjemput rezeki. Siapa tahu kita juga mampu menjadi seperti nama-nama hebat di atas? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu?

Blogger sebagai kerjaya -  Jatuh bangun adalah lumrah dunia, tapi jangan pernah sesekali mengalah terus berjuang dan berjuang
Blogger sebagai kerjaya – Jatuh bangun adalah lumrah dunia, tapi jangan pernah sesekali mengalah terus berjuang dan berjuang

Bagi saya pula blog adalah medan untuk saya menjemput rezeki. Dalam penulisan blog ini saya tidak meletakan duit sebagai sasaran utama tapi meletakkan rezeki sebagai sasaran utama saya.

Penwujudan asal blog ini adalah berteraskan ‘Knowledge Is Power’, saya wujudkan blog ini sebagai medan perkongsian ilmu. Berkongsi segala ilmu yang saya pelajari dan lalui bersama pembaca blog ini disamping menambahkan lagi ilmu saya.

Penulisan blog yang meletakkan sasaran utama adalah rezeki, memberikan saya lebih ketenangan dan kebebasan dari menulis. Ini saya pelajari melalui pengalaman lepas saya, penulisan yang tanpa arah tujuan dan haru biru kerana saya meletakkan duit sebagai sasaran saya. Walaupun, saya pernah menyertai satu projek ‘blook’ (book + blog, suatu yang pernah popular suatu masa dulu sebelum wujudnya ebook), tiada kepuasan yang saya capai.

Ya, kini saya amat puas dalam penulisan saya hari ini, walaupun traffic blog saya tidak segah mana sekadar nyawa-nyawa ikan, walaupun duit yang diperolehi dari hari blog tidak setinggi mana, saya tetap puas. Saya puas dengan rezeki ilmu yang saya perolehi hari ini.

Blogger sebagai kerjaya saya untuk berkongsi ilmu yang bermanafaat. Itulah tujuan kita ke dunia untuk menjadi khalifah di alam dunia ini.

#DuitRaya dari denaihati.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... 'Wah, dah jadi blogger sekarang?' Tegur seorang kawan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Apa khabar semua? Kuala Lumpur telah dilanda jerebu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Anda kenal Sop Nama Saya? Ok Sop tengah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kejayaan tidak mengenal siapa, tapi siapa yang mahukan

Ucapan Tahniah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola sepak Kelantan yang telah menjuarai Piala Malaysia 2012 dengan mengalahkan pasukan ATM, 3-2.

Ucapan tahniah buat pasukan Harimau Muda yang berjaya memenangi Piala Newspaper 2012 dengan mengalahkan Vietnam.

Ucapan tahniah juga pada Datuk Lee Chong Wei yang berjaya memenangi Badminton Terbuka Denmark 2012 dengan mengalahkan Du Pengyu dari China.

Tak lupa ucapan tahniah buat Zulfahmi yang melakar sejarah tersendiri apabila menang ditempat kedua dalam Moto3 di Sepang International Circuit.

Mungkin minggu ini banyak kemenangan yang dilakar oleh atlet negara. Pencapaian atlet negara yang semakin membanggakan. Saya rasa masih ramai atlet yang berbakat dan berpotensi di luar sana yang bakal menggegarkan dunia. Tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan menjadi sebuah negara yang mampu melahirkan ramai bakat besar dalam sukan. Semua itu tidak mustahil. Insyallah.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... ATM Juara ATM telah muncul