Kenapa Nuffnang Kedekut Dengan Saya?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Saya telah menyertai program Nuffnang sejak mula saya aktif berblog iaitu sekitar tahun 2009 (dengan blog lama), kalau tidak silap. Saya tidak pernah lagi tukar ke advertorial lain. Nuffnang adalah program advertorial pertama yang saya sertai dan menjana hasil. Program kedua adalah 8share.

Kenapa Nuffnang Kedekut Dengan Saya?
Kenapa Nuffnang Kedekut Dengan Saya?

Walaupun telah lama dengan Nuffnang, namun saya rasa pendapatan saya dengan Nuffnang agak sedikit. CPUV memang tiada langsung lagi dari awal tahun 2013 hingga kini. Nuffnang kedekut dengan saya. Ini adalah pengakuan jujur dari saya.

Sejujurnya saya agak cemburu dengan kawan-kawan yang dapat CPUV dan sponsor post, kadang-kala bukan satu tapi dua tiga sekali gus. Tapi saya, masih tiada rezeki dengan Nuffnang dan saya percaya ada rezeki saya di tempat lain.

Kenapa Nuffnang Kedekut dengan saya?

Saya akui ini kesilapan saya yang membuatkan Nuffnang kedekut dengan saya. Antara kesilapan saya adalah:

  • Tidak dapat nak bagi komitmen untuk sertai event Nuffnang. Event last saya pergi adalah Pelancaran LG Smart TV.
  • Jarang lepak di laman Nuffnang dan tinggalkan komen di blog Nuffnang.
  • Tidak aktif bersosial dengan Nuffnang.
  • MALAS (ini punca utama)

Ini adalah antara sebab mengapa Nuffnang kedekut dengan saya. Tapi tengok orang yang aktif kat Nuffnang seperti MrJocko. Tanya beliau bagaimana kencangnya pendapatan beliau dengan Nuffnang. Ikut nasihat MrJocko : ‘Jika ada jemputan event pergilah

Kenapa saya masih setia dengan Nuffnang? Sebab dari pengalaman saya, Nuffnang tidak ada lagi masalah pembayaran jadi buat apa saya bertukar. Lagipun ‘blogging is my passion’, saya percaya selagi saya menulis dengan ikhlas akan ada rezeki yang mendatang. Innsyallah.

Jangan malas.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ingat lagi pada tahun 2007 semasa saya mula
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku Tuan Denaihati telah bermurah hati untuk memberikan satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu

Cara mendapatkan pendapatan tambahan : Kenapa Saya Pilih Jobdirumah?

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Ingat lagi pada tahun 2007 semasa saya mula melangkah ke alam pekerjaan. Saya mencari peluang untuk mencari pendapatan tambahan kerana gaji saya pada masa itu tidak mencukupi. Gaji yang diterima tidak sebesar mana cukup untuk makan pakai saja untuk mewah memang taknlepas. Gaji yang diterima juga digunakan untuk buat kerja semula. Kewangan memang tunggang langgang pada masa itu.

Fikirkan cara untuk jana pendapatan tambahan
Fikirkan cara untuk jana pendapatan tambahan

Duit hutang dari PTPTN masih ada bersisa, tapi bukan untuk berjoli sakan. Duit itu adalah untuk waktu kecemasan yang tidak menentu. Kerja di tapak bina dan hidup membujang di tempat orang banyak dugaan, jadi duit waktu kecemasan itu perlu.

Waktu saya pada masa mula-mula kerja banyak masa lapang kerana kerja, tidur, makan, pakai dan mandi semuanya di pejabat. Pejabat adalah rumah saya. Jadi pada waktu malam banyak masa terluang saya luangkan dengan mengadap komputer dan mencari infomasi di internet.

Mencari maklumat tentang peluang-peluang untuk mencari pendapatan tambahan, selain untuk kocek sendiri untuk membeli pakaian baru dan makan sedap, saya juga berniat untuk membantu keluarga.

Duit internet pada masa itu memang ada. Peluang untuk menjana pendapatan dari internet memang ada pada masa itu. Tapi banyak juga kekangan yang tidak dapat saya tangani dan menyulitkan saya. Antara kekangan saya pada masa itu adalah:

    • Syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini kebanyakan adalah dari luar negara bukan dari Malaysia. Bahasa English bukan masalah tapi bagaimana tahap keberkesanan? Sihat ragu-ragu yang amat menebal dalam diri.
    • Paypal memerlukan kad kredit pada masa itu. Kad debit masih tidak boleh diguna pakai kerana masih baru. Saya memang tiada kad kredit sehingga sekarang pun. Sekarang Paypal sudah ada di Malaysia dan kad debit juga diterima. Memang mudah nak berurusan.
    • Buat duit dengan blog? Saya masih buta ilmu SEO pada masa ini. Blog saya ketika ini adalah amat carca marba sekali kerana saya bangunkan blog dengan ilmu blog dan SEO yang kosong. Tiada guru tiada petunjuk.
jana duit internet
jana duit internet

Memang agak sukar untuk saya sertai sebarang program jana duit internet untuk pendapatan tambahan saya. Masalah utama adalah kerana kebanyakan produk pada masa itu adalah dari luar negara. Antara yang menarik minat saya pada masa itu adalah VemmaBuilders. Apa itu Vemma silalah google. Tapi saya tidak sertainya apabila tahu Vemma adalah MLM.

Semasa itu peluang untuk dapatkan pendapatan tambahan seperti jobsdirumah juga tiada. Sekarang ini sudah ada jobsdirumah yang dihasilkan oleh anak tempatan. Satu platform yang menyediakan kita satu peluang untuk menjana duit sampingan. Duit tambahan untuk menampung kos sara hidup kita seharian. Nilai duit dijana adalah bergantung kepada kerajinan kita. Sejujur saya katakan kalau tika itu ada jobsdirumah pasti saya antara pelanggan pertama.

Jangan tunggu sehingga orang lain mendahului kita, mulakan sekarang dengan jobsdirumah.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Teringat pada zaman muda mudi dulu masa bujang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Perlukan modal besar atau modal kecil yang diperlukan untuk
Seminar Duit Pantas oleh Jootawan.com pasti suatu yang ditunggu oleh semua. Siapakah jootawan.com? Jootawan adalah