Siapa Mustapha Kamal Artaturk?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Siapakah Mustapha Kamal Artaturk? Kenal kah kita dengan Mustapha Kamal Artaturk iaitu presiden pertama Turki. Dari seorang tentera kerajaan Uthmaniah kepada seorang Presiden.

mustapha kamal artarturk

mustapha kamal artaturk

Kalau dicari menggunakan khidmat ajen pencarian dalam internet seperti Yahoo, Google, Bing atau sebagainya pasti banyak maklumat yang kita dapati pasal sejarah Mustapha Kamal Artaturk. Dan apa yang pasti kebanyakan infomasi yang diberi adalah semuanya mengagungkan Mustapha Kamal Artaturk sebagai seorang wira yang membebaskan Turki. Benarkah begitu? Memang benar, beliau adalah pejuang yang memerdekakan  Turki.

Kalau dari cerita yang saya dengar zaman kanak-kanak dari orang tua pula pasti berbeza. Dan yang jelas apa yang ada di internet adalah satu propaganda Barat, iaitu mengagungkan seseorang yang telah menghancurkan kerajaan Uthmaniah dan membangunkan Turki mengikut acuan Barat, moden dan sekular. Mustapha Kamal Artarturk adalah orang yang telah berkomplok dengan Barat untuk menggulingkan Kerajaan Uthmaniah di Turki.

Antara sifat Mustapha Kamal Artaturk adalah:

  • Penipu – mengadakan perang olok-olok dengan tentera barat dan melakukan perbincangan sulit dengan Barat dan Yahudi bagi menjatuhkan kerajaan Uthmaniah
  • Pengecut – mengarahkan tentera dibawah pimpinannya mengudurkan diri walhal mereka sudah hampir menang
  • Kaki perempuan – suka berfoya-foya dengan perempuan muda. Sanggup membayar apa sahaja nilainya untuk mendapatkan perempuan
  • Licik – sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Seperti menyerahkan wilayah Mosoul yang kaya dengan minyak.

Secara ringkasnya saya senaraikan antara perubahan yang telah dilakukan oleh Mustapha Kamal Artaturk:

  • Menggantikan serban atau tarbus kepada topi koboi.
  • Melakukan perang olok-olok dengan Barat demi kepentingan peribadi dan menaikan pangkat dan menuntut  ganjaran yang tinggi dari kerajaan Uthmaniah.
  • Merupakan duri dalam daging yang menghancurkan perpaduan dalam kerajaan Uthmaniah
  • Menutup sekolah agama di Turki dan mengharamkan pelajaran Bahasa Arab. Pelajaran sains dan matematik diserapkan dan menerapkan sistem pendidikan moden dan sekular dalam sistem pendidikan Turki.
  • Hari cuti digantikan dari Hari Jumaat ke Hari Ahad. Menggantikan kelendar Hijrah kepada kelendar Masihi.
  • Menukarkan azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki.
  • Menjadikan Masjid Aya Sofea kepada Gereja.

Itu adalah antara kezaliman dan kelicikan yang telah dilakukan oleh Mustapha Kamal Atarturk semasa hidupnya. Dan ada yang menyatakan jasad beliau tidak diterima bumi dan beliau mendapat pembalasan di Dunia. Itulah kekuasaan Allah swt yang maha kuasa. Tiada tolok tandingnya.

Bagi saya kisah Mustapha Kamal Artaturk cukup menarik dan banyak pengajaran yang boleh kita ambil antaranya:

  • Sebagai seorang ketua jangan kita mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar.
  • Mengamalkan cara pemerintahan seperti mana yang digariskan Islam tidak akan merugikan.
  • Perpaduan adalah penting dalam memastikan keamanan negara terpelihara. Sentiasa ada pihak yang akan mengambil peluang menangguk di air yang keruh, jadi berhati-hatilah.
  • Yakinlah dengan kekuasaan Allah swt.

Untuk lebih lanjut bolehlah dapatkan novel sejarah bertajuk Mustapha Kamal Ataturk (Penegak Agenda Yahudi) tulisan Abdul Latip Talib keluaran PTS.

Mustapha Kamal Ataturk (Penegak Agenda Yahudi)

Mustapha Kamal Ataturk (Penegak Agenda Yahudi)

PS: Entri ini saya ambil dari blog lama saya dan telah saya ubahsuai sedikit.

 

Movie Review : Premium Rush

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Sekadar ingin berkongsi salah satu movie yang bagi saya amat menarik minat saya. Jarang saya menonton movie ulang dua tiga kali, tapi untuk movie Premium Rush, ya saya ulang tayang dua tiga kali.

Thriller Premium Rush

Sinopsis Premium Rush

Movie ini mengisahkan tentang kehidupan penghantar surat berbasikal, Wilee (Joseph Gordon-Levitt) bersama teman wanita nya, Vanessa (Dania Remirez) dan beberapa orang yang lain. Wilee merupakan seorang yang gilakan kelajuan, dan tidak suka menggunakan brek sebab itu dia memilih untuk menggunakan basikal fixie. Dan dia merupakan mesengger terhebat dalam kumpulannya.

Premium Rush

Liku-liku kehidupan yang dilalui Wilee beruah apabila mengambil satu surat dari Nima untuk dihantar kepada Sister Chen. Sampul yang mengandungi satu tiket yang amat penting bagi Nima.

Dalam masa yang sama, Detektif Monday (NYPD) yang telah terjerat masalah hutang dengan along, Mr. Lin, telah dipergunakan oleh Mr. Lin untuk merebut tiket Nima dan sekiranya Detektif Monday berjaya segala hutangnya dengan Mr. Lin akan selesai. Detektif Monday telah cuba sedaya upaya menghalang Wilee dari menyampaikan tiket tersebut kepada Sister Chen. Pelbagai usaha dilakukan oleh Detektif Monday untuk menghalang Wilee. Akan berjayakah Wilee?

Apa yang Best dalam Premium Rush?

Sebagai seorang peminat X-games (walaupun tak reti main  X-games), aksi kejar mengejar menggunakan basikal amat mengagumkan bagi saya. Amat menarik sekali aksi yang dipamerkan. Namun apa yang lebih menarik bagi saya adalah mesej yang terkandung dalam movie ini yang boleh saya ambil antaranya :

  • Kerjasama dalam pasukan. Walaupun, mesengger bekerja secara individu, mereka amat perihatin antara satu sama lain.
  • Komited dalam melakukan kerja. Cuba menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada kita sebaik mungkin.
  • Amanah dan integriti dalam melakukan kerja. Wilee menolak tawaran dari Detektif Monday yang sanggup membayar Wilee jika surat itu diserahkan kepadanya.
  • Sifat kemanusiaan. Membantu kawan dalam kesusahan.
  • Membuat keputusan dalam keadaan kritikal amatlah penting dengan mengambil kira setiap kemungkinan yang akan berlaku. Kekadang keputusan yang kita ambil mungkin tidak tepat.
  • Melakukan kerja yang kita suka. Bukan kerana terpaksa.

Itu antara moral yang dapat saya ambil. Ada tak saudara blogger yang dah tengok movie ni dan boleh berkongsi pandangan?

 

PS: Basikal pun boleh drift. Ada berani?

 

Kisah Seorang Nelayan

Seorang nelayan di botnya sedang menjala ikan di sungai terlihat seorang lelaki di tepi sungai yang berjalan tetiba jatuh di tepi tebing.

Nelayan itu terus mendekat botnya di tebing dan menolong lelaki tersebut. Nelayan itu menolong lelaki tersebut mengumpulkan semula buku-bukunya, baju sejuk, topi dan sebuah perakam suara. Nelayan turut membantu lelaki tersebut memungut kembali kertas-kertas yang ditiup angin.

“Nak pergi mana jalan seorang diri,” tanya nelayan tersebut.

“Nak balik rumah di sana,” kata lelaki tersebut.

“Ini dah nak malam, ana nak balik sana juga, jom naik bot ana,” tawar nelayan tersebut.

Dalam perjalanan tersebut, nelayan dan lelaki tersebut berbual mesra. Nelayan itu mengetahui nama lelaki itu ialah Ramli. Dalam perjalanan balik ke rumah, nelayan tersebut mengetahui hobi Ramli ialah menulis diari dan rencana untuk surat khabar. Ramli tinggal membujang kerana baru bercerai dengan isterinya dan anaknya pula mengikut ibunya. Setibanya di rumah Ramli, nelayan dijemput untuk minum teh dan menonton TV. Nelayan yang lapar, mencadangkan untuk makan malam dengan ikan patin yang ditangkapnya tadi.

Mereka terus berbual mesra. Rupanya Ramli sangat pandai memasak, patin tempoyaknya cukup sedap, Setelah makan malam, nelayan itu mengundurkan diri untuk pulang. Sejak itu, Ramli selalu pergi ke jeti mencari nelayan itu untuk berbual dan berkongsi pengalaman hidup. Mereka menjadi rakan karib.

Ramli bertemu jodoh lagi – dan bakal berkahwin. Ketika menghantar surat jemputan kahwin kepada nelayan… Ramli bertanya, “Ingat tak masa mula-mula kita jumpa hari itu?”

“Ingat,” jawab nelayan tersebut.

“Anta tak rasa pelik ke mengapa ana membawa buku, baju sejuk, topi dan perakam suara berjalan seorang diri di tepi sungai…” tanya Ramli.

Nelayan terdiam…

“Sebenarnya hari itu, ana ingin membunuh diri pada tengah malam dengan menerjun sungai ketika air pasang deras. Tapi malam itu, ana terjatuh dan enta tetiba muncul membantu. Masa yang dihabiskan bersama anta malam itu membuat ana terasa dunia ini masih ada harapan. Kalau ana mati hari itu, takkan ana dapat berjumpa dengan jodoh yang lebih baik ini. Jadi, sebenarnya bantuan enta hari itu, bukan sekadar membantu seorang lelaki yang terjatuh terpijak lubang, anta telah menyelamatkan nyawa ana,” kata Ramli sambil menangis.

Dapat isi tersirat? Jangan perkecilkan sebarang kebaikan dan kebajikan – belum tentu anda tahu besar mana nikmatnya.

(Sumber Facebook)

PS: setiap kejadian pasti ada asbab dan hikmah yang tersembunyi.

Pekara Yang Perlu Saya Fikirkan Sebelum Membeli Kereta

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Kereta adalah pengangkutan yang menjadi pilihan ramai masyarakat sekarang. Memiliki kereta boleh dikatakan impian ramai orang. Terutama memiliki kereta mewah bagi yang mampu.

kereta sport

Saya juga mengimpikan untuk memiliki kereta mewah. Saya tak nafikan saya cukup bernafsu dan melihat kereta sport / mewah seperti Mazda RX-8, Subaru Impreza, Nissan Skyline, BMW dan lain-lain. Meleleh juga saya melihat kereta besar-besar ni.

Ramai antara kita akan teruja apabila melihat kereta besar. Bagi saya ianya tidak boleh disangkal lagi kerana hampir kesemua perniagaan MLM mengumpan dan menarik minat ahli baru dengan menggunakan kereta mewah. Betul tak?

sport car

Saya sering diajukan soalan oleh kawan dan saudara berkenaan kereta antaranya ‘Kenapa tak beli kereta?’, ‘Bila nak beli kereta?’, ‘Kau tak nak beli kereta ke?’ dan bermacam lagi. Jawapan saya pula adalah ‘Cukuplah ada motosikal, senang dalam KL yang jalan selalu jam’. Malas nak memanjangkan persoalan itu. Biarkan soalan itu mati di situ.

sport car

Cukuplah dengan satu kereta yang dianggap sebagai ‘family car’. Bukan tidak ingin memiliki dua kereta seperti orang lagi tapi ianya bukan keperluan buat masa ini. Sekiranya pekerjaan saya memerlukan saya travel menggunakan kereta sendiri, kemungkinan saya akan mendapatkannya. Tapi tidak sekarang.

Bagi saya untuk memiliki kereta seseorang perlu memikirkan keadaan status poket untuk:

  • membayar bayaran pinjaman kereta,
  • insuran serta cukai jalan setiap tahun,
  • bayaran senggaraan tetap kereta,
  • harga petrol
  • kos pembaikan kereta sekiranya rosak (walaupun insurans cover)
  • kos aksesori (pimp my ride)

Ukur kereta dengan poket sendiri. Sekiranya mampu adalah dipersilakan. Jangan terlalu ghairah untuk memiliki kereta tanpa mengukur dengan kemampuan kita, parah nantinya. Anda mungkin akan terjerat dalam masalah kewangan.

Apapun, pilihan adalah ditangan kita semua. Kita yang memilih mana yang kita mahu. Kita yang memilih jalan hidup ini. Semuanya kita menentukan, tepuk dada tanya hati.

Sekian.

Beringat Sebelum Kena

28 May – Kelam kabut penduduk flat daddydee dek kerana satu kebakaran yang terjadi pada malam itu.

Pukul 9malam, dalam semua orang tengah bersantai, kami dikejutkan dengan ketibaan sebuah kereta Bomba. Rupanya terdapat kebakaran di tingkat 3.

Kebakaran bermula di awning tambahan sebuah rumah. Tuan rumah pula bercuti di kampung.

Untuk memadamkan api pihak bomba terpaksa memecah masuk ke dalam rumah tersebut. Alhamdulillah, kecekapan pihak bomba telah berjaya mengawal keadaan dan api berjaya dipadamkan. Tiada kemalangan nyawa dan kehilangan harta.

 

 

PUNCA
Kebakaran dikatakan bermula disebabkan oleh putung rokok yang dibuang dari tingkat atas. Kebetulan pula diatas awning tu terdapat banyak sampah kering yang menyebabkan mudah terbakar.

 

 

PENGAJARAN

  • Jangan membuang sampah merata-rata. Jangan buang sampah dari tingkap rumah. Buang lah sampah di tong sampah yang disediakan.
  • Para perokok – Putung rokok jangan dibuang merata. Pastikan api rokok benar-benar mati sebelum dibuang. Sebaiknya, gunakan astray.

 

 

Terima Kasih pada anggota BOMBA kita yang cekap.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...