Apa Itu Pedofilia? Fakta Tentang Pedofilia Yang Ibu Bapa Patut Tahu

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Apa itu Pedofilia?

Apa itu Pedofilia
Apa itu Pedofilia

Pedofilia adalah orientasi seksual yang mana seseorang itu lebih tertarik dan mempunyai nafsu seksual ke atas kanak-kanak di bawah 13 tahun. Golongan Pedofilia lebih tertarik untuk melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Suatu yang gila kan? Mempunyai nafsu pada kanak-kanak? Ya, tapi itulah pedofilia.

Dalam kebanyakan kes pedofilia tidak melibatkan penembusan, kebiasaan akan melibatkan seks oral atau sentuhan alat kelamin.

Lebih merbahaya dalam kebanyakan kes pedofilia, mereka biasanya menggunakan pendekatan bersahabat, berkawan, pujukan dan tipu helah untuk mendekati mangsa mereka.

Tingkahlaku pedofilia adalah satu jenayah kejam apabila memaksa mangsa yang tidak berdaya untuk melawan seperti kanak-kanak. Ianya pasti akan meninggalkan kesan negetif pada mangsa mereka, menyebabkan mangsa trauma dan memberi kesan kepada psikologi dan hubungan interpersonal mangsa kelak. Dari kajian menunjukkan, pedofilia kebanyakkan adalah mangsa gangguan seksual di zaman kanak-kanak mereka.

Pedofilia banyak gunakan pujuk rayu
Pedofilia banyak gunakan pujuk rayu

Selain dari itu, pedofilia juga boleh disebabkan oleh pendedahan kepada filem lucah yang tidak terkawal sejak dari awal usia. Ataupun pernah menjadi mangsa penderaan seksual, mempunyai nafsu seks yang tinggi (hyper sexuality).

Pengidap pedofilia kebiasaan tidak akan mendapat kepuasan dalam hubungan seks dewasa. Dan lebih cenderung untuk melakukan seks dengan kanak-kanak yang tidak memberi ancaman kepada mereka.

Sebagai ibu bapa kita perlu tahu hal ini. Bukan sewenangnya membiarkan anak kita tanpa pemantauan. Pengawasan yang rapi perlu diberikan memandangkan golongan pedofilia boleh terangsang nafsu mereka dengan hanya melihat kanak-kanak dan juga melalui sentuhan.

Mungkin kita merasakan kita masih selamat? Betul kan?

Sedar atau tidak kes kehilangan / penculikan kanak-kanak berkemungkinan berkaitan dengan pedofilia. Antara kes yang popular di Malaysia adalah sesuatu yang mengejutkan apabila menemukan mayat mangsa dengan timun di kemaluan. Apakah semua ini?

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM pada 2013, terdapat 4,998 kes individu hilang dan hanya 2,382 berjaya ditemui semula. Dan 45 peratus dari angka itu adalah melibatkan remaja dan kanak-kanak yang berusia bawah 18 tahun.

Pedofilia akan cuba mendekati anak anak
Pedofilia akan cuba mendekati anak anak

Apa yang perlu ibu bapa lakukan?

Sebolehnya sebagai ibu bapa elakkan perkara-perkara berikut:

  • elakkan berkongsi gambar anak-anak terutama dalam keadaan tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan tidak kira lelaki atau perempuan
  • elakkan berkongsi lokasi sekolah dan lokasi keberadaan anak di laman sosial
  • latih anak untuk tidak membenarkan sesiapa menyentuh kemaluan
  • beri perhatian lebih kepada anak terutama apabila mereka berada dalam keadaan murung untuk mendekati seseorang.
  • Jangan biasakan anak-anak duduk di atas riba orang lain terutamanya lelaki
  • Jangan biarkan anak-anak bawah 13 tahun dibiar berjalan atau keluar tanpa pengawasan kita.

Jaga-jaga semakin kita mendekati penghujung dunia ini, makin banyak benda-benda pelik yang gagal diterima akal akan terjadi dan berlaku. Sebagai ibu bapa, kita pelindung anak-anak. 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Terlebih dahulu saya ingin nyatakan di sini, kisah
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Apa khabar buat semua saudaraku? Saya harap semua
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Jasa Bonda - Warisan Di saat kau lena
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Ma abah saya cukup tegas bab anak-anak walaupun

Kisah Teladan : Antara Harta atau Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Terlebih dahulu saya ingin nyatakan di sini, kisah yang saya ingin kongsikan pada hari ini adalah kisah tentang harta atau keluarga, cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia, nama watak hanyalah rekaan semata-mata berdasarkan satu kejadian sebenar yang diceritakan oleh seorang kawan (ralat). Kisah antara harta atau keluarga saya kongsikan hanyalah sebagai pengajaran buat semua. Semoga kita besama memperoleh manafaat dari kisah antara harta atau keluarga ini.

Antara Harta atau Keluarga : mana lebih bermakna?
Antara Harta atau Keluarga : mana lebih bermakna?

Antara Harta atau Keluarga

Aziz dan Fizah adalah satu pasangan suami isteri yang bersemangat tinggi. Mereka menyewa di sebuah apartment di tengah ibu kota. Kedua-duanya merupakan lulusan universiti luar negara. Mereka berdua sentiasa mendapat pujian dan anugerah pekerja cemerlang kerana berdua amat komited dalam kerja yang dilakukan.

Walaupun telah pelbagai kejayaan yang dikecapi mereka masih lagi tidak puas. Mereka berusaha dan terus berusaha. Ternyata mereka mencapai apa yang mereka inginkan selama ini, hasil usaha mereka memegang jawatan pengurus di syarikat tempat mereka bekerja dan menerima gaji lima angka.

Di kemuncak kejayaan juga, sinar kebahgiaan hadir dalam hidup mereka. Fizah disahkan mengandung. Aziz dan Fizah amat gembira dengan berita yang mereka terima, rumah yang sunyi selama ini akan mula di serikan lagi dengan kehadiran cahaya mata. Selepas 15 tahun berkahwin inilah cahaya mata pertama mereka.

Setelah genap 9 bulan, Fizah telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang amat comel. Kegembiraan Fizah dan Aziz memang tidak tergambar ketika itu. Putera ini telah dinamakan Adam. Putera ini amat lincah dan pintar. Putera ini telah ditinggalkan di rumah pengasuh kerana Fizah dan Aziz terlalu sibuk dengan kerja mereka.

Rezeki anak, mereka di naikkan pangkat dan gaji lagi. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Usaha mereka membuahkan hasil lagi.

Mereka telah membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa demi masa depan anak mereka. Mereka telah memilih untuk membeli sebuah rumah di puncak bukit. Mereka fikirkan suasana yang tenang dan sunyi mampu mengubat kepenatan mereka bekerja seharian. Pengasuh Adam kini tidak lagi mengasuh Adam. Mereka menghantar Adam ke Taska.

Hari-hari Fizah dan Aziz semakin sibuk. Mesyuarat sana sini tidak kira hujung minggu atau hari cuti. Kejayaan demi kejayaan mereka kecapi.

Hari-hari Adam pula makin kesepian dan kesunyian. Kesibukan Fizah dan Aziz menyebabkan mereka dahagakan belaian kasih sayang ibu dan bapa. Kekadang seharian Adam tidak akan bertemu dengan ibu bapa mereka, mereka pergi bekerja saat Adam masih lena dan pulang saat Adam telah dibuai mimpi nan indah. Begitulah seharian Adam, itu belum lagi ketika Aziz dan Fizah di tugaskan di luar kawasan.

Ternyata kejayaan itu juga satu dugaan buat mereka. Adam yang dahulunya lincah dan aktif kini telah menjadi pendiam. Fizikal mereka kelihatan baik saja. Tapi mungkin emosi dan batin mereka telah tercalar.

Fizah dan Aziz telah membawa Adam berjumpa Doktor Pakar Kanak-Kanak bagi mendapat jawapan bagi perubahan yang telah berlaku pada Adam.

‘Maaf puan, anak puan kami syaki mengidap Autism’

Meraung Fizah tatakala mendengar jawapan dari Doktor Pakar Kanak-Kanak itu. Bagaikan jantungnya direntap, kesedihanya tidak tergambar lagi. Wang ringgit yang mereka kumpulkan selama ini untuk masa depan Adam tiada bermakna lagi. Wang ringgit tidak dapat mengembalikan Adam yang dulu lagi.

Tuan Kecik - anugerah yang paling berharga dalam hidup saya.
Tuan Kecik – anugerah yang paling berharga dalam hidup saya.

Pengajaran : Antara harta atau keluarga kedua-duanya adalah penting. Tapi bagi saya keluarga lebih utama. Sesibuk manapun kita, cubalah luangkan masa untuk bersama keluarga. Anak adalah anugerah terindah dari Allah swt, hargai mereka.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tips Hidup Berjauahan dengan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Biasa kita dengar ayat 'Disebalik kejayaan seorang lelaki