Kita Berperang Dengan Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Pertempuran di Lahad Datu dan sekitar Sabah antara parajurit negara dengan penceroboh Sulu semakin meruncing. Dari khabar angin yang saya dengar dan baca, semakin ramai mangsa. Semoga parajurit kita akan dapat mempertahankan negara. Bersama kita mendoakan mereka.

Berperang dengan Ilmu
Berperang dengan Ilmu

Tadi berborak dengan sahabat saya di group, kami berbincang tentang menyambung pelajaran. Salah seorang rakan kami menyatakan ‘Tidak guna, menyambung pelajaran. Kita kini di ambang perang. Tiada guna lagi ilmu’.

Saya tidak setuju dengan pendapat kawan saya. Bagi saya ilmu amat penting. Kita boleh berperang dengan ilmu. Dengan adanya ilmu kita mampu mengubah segalanya. Mungkin kita tidak mampu untuk berperang dengan senjata. Tapi kita boleh berperang dengan ilmu. Kita boleh menggunakan ilmu yang kita ada untuk kebaikan bersama. Dengan ilmu sajalah kita dapat membangunkan negara dan ummah kembali.

Berperang dengan ilmu
Berperang dengan ilmu

Seperti Yahudi, kita lihat cara mereka menakluki dunia ini tiada lain lagi iaitu dengan Ilmu. Mereka menggunakan ilmu yang mereka menakluki dunia. Seluruh dunia sedar atau tak terpaksa tunduk menggunakan produk dari Israel. Mahu atau tidak kita tiada pilihan lain terpaksa menggunakannya. Tapi menggunakan bukan bermakna kita mengikut, kita juga harus menggunakan ilmu untuk melawan mereka kembali dengan menggunakan produk mereka. Itu sebaiknya.

Kalau di lihat dari sudut sejarah Islam, wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah Iqra’ (Bacalah).

“BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN . DIA TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARIPADA SEGUMPAL DARAH. BACALAH DAN TUHANMU YANG PALING PEMURAH, MENGAJAR DENGAN PERANTARAAN AL-QURAN. DAN MENGAJAR MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA”. ( SURAH AL-ALAQ :1-5)

Dari ayat di atas, dapat kita perhatikan betapa agama Islam amat mementingkan ilmu. Dengan ilmu saja akan membezakan kita semua. Saidina Ali r.a juga amat mementingkan ilmu. Bagi baginda ilmu adalah lebih berharga dari harta.

Kalau dilihat dari segi sejarah, bagaimana Sultan Muhammad al-Fateh dapat menakluki Kota Konstantinopel? Bagaimanakah baginda dapat menundukkan tentera Rom yang begitu kuat? Selepas beberapa percubaan yang dilakukan sebelum ini gagal, tapi baginda Sultan Muhammad al-Fateh berjaya melakukannya. Sudah tentu adalah dengan ketinggian ilmu yang miliki. Dengan ilmu yang ada pada baginda, baginda mampu menajadi pemerintah yang baik dan memiliki rakyat yang baik.

Dari sini kita dapat lihat betapa pentingnya ilmu. Tidak kira dalam situasi apapun kita, menuntut ilmu tetap menjadi tanggungjawab kita. Tanggunjawab kita untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Walaupun kita tidak mampu memegang senjara, kita boleh berperang dengan ilmu yang kita ada. Siapa tahu suatu hari nanti ilmuwan negara kita akan mampu mencipta teknologi sendiri. Siapa tahu? Segalanya mungkin dengan ilmu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa khabar semua saudaraku? Semoga semuanya sihat sejahtera
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah

Isu Lahad Datu : Viral Effect

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Minggu lepas saya baru menulis entri tentang apa yang akan kita lakukan jika berlakunya peperangan. Tanpa saya duga, kerisauan diri saya itu kina berlaku di Sabah. Saya bimbang jikalau isu ini menjadi viral effect.

Pejuang Negara
Pejuang Negara

Saya ada berhubung dengan sahabat yang bertugas dan menetap di Sabah. Beliau menceritakan beliau kini setiap detik dalam ketakutan. Walaupun tidak pernah melalui zaman komunis, beliau merasakan beliau seperti di zaman itu sekarang ini. Sentiasa dalam ketakutan. Bertambah risau kerana beliau beranak kecil.

Apa yang paling merisaukan, apabila kes di Lahad Datu telah merebak ke Semporna. Bagaikan satu viral effect. Agak merisaukan jika ini terus berlarutan.

Saya terfikir kemungkinan serangan ini telah awal dirancang. Mereka memulakan dengan Lahad Datu dahulu. Apabila kita menumpukan pada Lahad Datu, mereka akan bertindak di tempat lain pula. Seperti cerita perang zaman komunis, taktik mereka hampir sama. Mereka menyerang di kawasan penting yang mampu melumpuhkan pentadbiran kawasan.

Apapun, saya mengharapkan pejuang bangsa kita, anggota Polis dan Tentera, akan terus gagah berjuang mempertahankan negara sekali gus menghentikan viral effect yang menular ini. Kami di sini sentiasakan mendoakan agar pejuang kami berjaya mempertahankan tanah air kita dari di ceroboh.

Samalah kita mensedekahkan Al-Fatihah dan Takziah pada semua pejuang kita yang terkorban.

‘Don’t ever blame our Police or Army they had done their best to defend our land. Let’s us together prays for our patriot.’

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Ramai yang sibuk melaungkan 'Peace, No War', 'Save
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah

Peperangan : Apa Tindakan Kita???

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Ramai yang sibuk melaungkan ‘Peace, No War’, ‘Save Gaza’, ‘Stop War’ dan sebagainya. Kita masih mampu melaungkan semua ini kerana tiada peperangan di sini. Kita masih mampu keluar berkerja dengan aman, masih mampu santai bersama keluarga dan minum kopi bersama teman. Aktiviti harian kita berjalan dengan lancar.

Peperangan : Ramai yang tidak berdosa menjadi mangsa
Peperangan : Ramai yang tidak berdosa menjadi mangsa

Namun jika dalam peperangan, pasti lain pula ceritanya. Hidup dalam keadaan yang sentiasa berjaga-jaga. Hidup dalam ketakutan dan kerisauan. Akitviti harian pasti tidak menjadi seperti dirancang. Pada saat itu, pastinya keselamatan nyawa menjadi keutamaan.

Entri ini bukan satu propaganda, bukan ingin memesongkan perhatian apatah lagi melahirkan ketakutan dalam diri saudara sekalian. Tapi sekadar ingin mengajak samua sama berfikir apa tindakan kita jika peperangan berlaku? Apa tindakan kita jika kita diserang? Apa tindakan kita jika kita dihujani peluru?

Saya pun tiada jawapan bagi persoalan diatas. Saya juga tidak tahu dimana harus saya berlindung. Saya tidak tahu apakah bekalan paling penting jika berada di tengah medan perang. Saya juga buntu memikirkan ini. Saya tidak pernah berada di medan perang.

Tidak dapat saya gambarkan, jika di saat saya bersantai berehat bersama keluarga di rumah, tetiba satu misil meletup di kawasan berdekatan. Saat itu saya tidak tahu apa yang dapat saya lakukan, mungkin saya hanya mampu berdiam di dalam rumah bersama keluarga dan hanya berdoa pada Allah swt.

Persoalan ini terlahir di kotak fikiran saya, apabila saya berbual dengan seorang rakan baru saya dari Gaza, Palestin. Beliau berkongsi sedikit pengalaman hidup beliau ketika di Gaza. Hidup mereka sentiasa dalam berjaga-jaga. Hidup dalam kecemasan sentiasa. Keadaan aman boleh bertukar menjadi huru-hara sekelip mata. Semuanya boleh berubah hanya dalam beberap saat.

Beliau turut menceritakan bahawa bunyi taburan peluru dan bom serta suara tangisan bagaikan satu irama yang sudah tidak asing lagi bagi mereka. Kalau kita, melihat peperangan yang selama seminggu di Gaza itu satu penyiksaan, ianya lebih lagi bagi mereka. Perit terpaksa di telan jua demi meneruskan hidup. Berjuang menegakkan syiar Islam dan mempertahankan bumi mereka. Berjuang Syahid itu matlamat mereka.

Mendengar pengalaman dari mulut beliau cukup berbeza rasanya dengan melihat di TV. Kerana ianya diceritakan oleh orang yang membesar dalam perang. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Apapun, moga-moga seluruh dunia akan aman. Tiada lagi peperangan.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5
Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel