Jangan Boikot Ikut-Ikutan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Isu boikot semakin hangat diperkatakan baik dalam dunia maya atau realiti, sana sini pergi kita akan melihat ramai yang berbicara isu ini. Mungkin semakin ramai mula timbul kesedaran dan prihatin terhadap penderitaan yang diterima oleh saudara kita di Palestin akibat dari serangan kejam rejim Zionis. Semua produk yang mempunyai hubung kait dengan Israel mula di boikot oleh masyarakat seluruh dunia seperti McDonalds, Starbuck, Coca Cola, Tesco, Nestle dan banyak lagi. Produk di atas ini ada antara produk yang dikaitkan dengan penyumbang kepada rejim zionis.

Jangan Boikot, ayuh berjihad
Jangan Boikot, ayuh berjihad

Dalam ramai yang sibuk menyeru yang untuk boikot ramai juga yang mempertikaikannya. Menyatakan itu hak mereka, mereka punya pasal nak makan apa, produk itu bukan haram, barang free ambil saja lah bukan kena bayar dan bermacam macam lagi. Memang pilihan di tangan kita hak kita, nak boikot kita punya hal lah, kalau tak mahu pun hak kita. Pilihan di tangan kita.

Isu boikot bukan isu halal haram, makanan itu bukan haram dimakan status ‘Halal’ yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah kekal, mahu makan atau tidak itu adalah hak kita. Dan kita tiada hak menghalang orang lain untuk makan kerana itu pilihan mereka.

Begitu juga soal sesetengah orang yang mendesak pekerja pekerja berkaitan jenama tersebut letak jawatan dengan menyatakan ‘ulat dalam batu boleh hidup’. Itu ulat saudara sekalian, kita manusia yang memerlukan pekerjaan untuk menjana pendapatan untuk tampung kos kehidupan seharian kita. Jangan sesekali cakap banyak lagi kilang lain yang memerlukan pekerja kerana kita tidak tahu apa kelebihan dan kekurangan seseorang itu. Setiap manusia itu ada banyak perbezaannya, belum tentu kilang akan menerimanya bekerja dan belum tentu dia dapat bertahan dengan bebanan kerja baru. Ingat kita semua berbeza. Jangan sesekali pandang hina atau perlekehkan sumber rezeki seseorang itu selagi ia sumber pendapatan yang halal kerana kita juga belum tahu penamat kita. Hormati mereka dan hormati sumber rezeki mereka.

Boikot dapat pahala? Sejujurnya saya tidak tahu sangat soal dosa pahala ini, mungkin ramai Ustaz diluar sana yang mampu meberikan jawapan yang padu dan jitu. Memang ada yang mengatakan Boikot itu satu jihad kecil kerana kita tidak berkemampuan untuk mengangkat AK47 untuk berjihad bersama saudara kita di Gaza. Jadi perjuangan kita adalah dengan memulau produk yang mempunyai kaitan dengan rejim Zionis dan Yahudi. Boikot juga menunjukkan kita mengecam tindakan kejam penghapusan umat Islam di Palestin oleh Yahudi.

Nak boikot, boikotlah sebetulnya. Jangan boikot sebab orang lain suruh boikot, kita boikot sebab terpaksa. Bagi saya boikotlah seikhlas hati dan secara yang berhemah. Boikot tak perlu sampai nak melakukan ‘vandalism’, tak perlu sampai melakukan ‘riot’. Boikot dengan tidak membeli produk yang berkaitan dan menggantikan dengan produk tempatan yang keluaran Malaysia dan Halal itu lagi baik.

Jangan boikot, sebab semua orang boikot. Jadi kita boikot ikut-ikutan. Tak perlu terpaksa dalam melakukan sesuatu sebab hidup ini adalah pilihan.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Ramai yang sibuk melaungkan 'Peace, No War', 'Save
Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel

Sekejam Kejam Manusia Atau Manusia Hebat?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah paling kejam di abad ini. Sejujurnya tiada apa yang boleh saya ucapkan saya lafazkan buat pasukan PDRM yang berjaya memberkas penjenayah ini selain dari ucapan Terima Kasih dan Tahniah. Ingat sekejam kejam manusia tumpas juga akhirnya.

Sekejam Kejam Manusia Tumpas Juga
Sekejam Kejam Manusia Tumpas Juga

Bagi saya manusia ini memang amat kejam sekali, dia adalah sekejam kejam manusia. Dia sanggup menembak seorang wanita yang tidak berdosa untuk merompak duit yang bukan milik mangsa terbabit. Kenapa perlu tembak? Kenapa?

Duit itu sudah pasti akan jadi milik penyamun ini buat sementara waktu kerana dia bersenjata. Manakala, orang lain langsung tiada bersenjata. Menyerang dan membunuh orang yang tidak berdaya manusia ini bukan lagi manusia. Tidak layak juga saya gelar binatang kerana binatang tidak sekejam manusia. Apa yang layak, kalian labelkan?

Tutup cerita manusia kejam, ini pula cerita manusia yang tulus membantu dan bersemangat berdakwah. Beliau bersama Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) dengan bersemangat waja untuk terus menggerakan usaha dakwah dikalangan anak muda dengan cara mereka sendiri tanpa pernah kenal mengenal erti penat lelah dengan sukarela. Tanpa sebarang paksaan.

Gema Jalanan
Gema Jalanan

Sekali lagi tahniah buat mereka yang berjaya melakukan satu program hebat iaitu Gema Jalanan. Tahniah buat PAFI, semoga PAFI terus berjaya dan berjaya.

Akhir kata, pilihlah mana jalan yang kita mahu, jalan yang kita inginkan. Ingin dikenang sebagai Sekejam Kejam Manusia atau Manusia Hebat. Fikir-fikirkan.

PS: Jom like page Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) untuk mengetahui perkembangan mereka.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Kering idea punya pasal, jadi saya nak riak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Saya membesar dalam filem lakonan beliau. Dari saya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Terima kasih buat para
Guru, terima kasih atas pengorbanan mu selama ini dalam mendidik aku sehingga aku berada di

Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5 Mei 2013 akan menjadi satu titik penentu bagi menentukan siapakah yang bakal menjadi pemimpin yang hebat yang akan mengemudi negara kita kearah negara Malaysia yang maju dan gah di mata dunia. Siapakah yang akan menjadi pemimpin baru kita? Bersama kita turun mengundi bagi menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin yang hebat kita pada masa depan.

Pemimpin yang hebat menawan dunia dengan ilmu
Pemimpin yang hebat menawan dunia dengan ilmu

Bagi para semua calon pemimpin yang hebat, bersedialah anda untuk berkhidmat untuk rakyat. Memperjuang hak rakyat serta mengutamakan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Dan kita pula jangan sesekali lupa untuk menjadi pemimpin yang hebat dalam keluarga dalam organisasi, tidak kiralah siapa pun kita. Kita semua adalah pemimpin. Kita yang memimpin kearah mana kita nak bawa diri kita dan keluarga kita kerana hanya kita akan menentukan nasib kita, kita yang menentukan arah tuju kita. Pastikan kita hidup bermatlamat. Jangan biarkan ianya menjadi sia-sia.

Ingat hanya kita yang dapat mengubah nasib kita. Jangan sesekali hanya berserah pada takdir semata-mata tapi berusaha untuk mengubah keadaan kita. Ingat dalam Al-Quran, surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”.

Ayuh kita terus berjuang, berjuang menjadi pemimpin yang hebat. Bersama kita bangkit mengubah nasib diri kita,keluarga kita, agama kita, bangsa kita dan negara Malaysia kita. Ayuh saudaraku.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... PRU13 semakin hampir, dan entri ini bukan propaganda untuk
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) saya masih
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Ramai yang sibuk melaungkan 'Peace, No War', 'Save
Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel

Peperangan : Apa Tindakan Kita???

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Ramai yang sibuk melaungkan ‘Peace, No War’, ‘Save Gaza’, ‘Stop War’ dan sebagainya. Kita masih mampu melaungkan semua ini kerana tiada peperangan di sini. Kita masih mampu keluar berkerja dengan aman, masih mampu santai bersama keluarga dan minum kopi bersama teman. Aktiviti harian kita berjalan dengan lancar.

Peperangan : Ramai yang tidak berdosa menjadi mangsa
Peperangan : Ramai yang tidak berdosa menjadi mangsa

Namun jika dalam peperangan, pasti lain pula ceritanya. Hidup dalam keadaan yang sentiasa berjaga-jaga. Hidup dalam ketakutan dan kerisauan. Akitviti harian pasti tidak menjadi seperti dirancang. Pada saat itu, pastinya keselamatan nyawa menjadi keutamaan.

Entri ini bukan satu propaganda, bukan ingin memesongkan perhatian apatah lagi melahirkan ketakutan dalam diri saudara sekalian. Tapi sekadar ingin mengajak samua sama berfikir apa tindakan kita jika peperangan berlaku? Apa tindakan kita jika kita diserang? Apa tindakan kita jika kita dihujani peluru?

Saya pun tiada jawapan bagi persoalan diatas. Saya juga tidak tahu dimana harus saya berlindung. Saya tidak tahu apakah bekalan paling penting jika berada di tengah medan perang. Saya juga buntu memikirkan ini. Saya tidak pernah berada di medan perang.

Tidak dapat saya gambarkan, jika di saat saya bersantai berehat bersama keluarga di rumah, tetiba satu misil meletup di kawasan berdekatan. Saat itu saya tidak tahu apa yang dapat saya lakukan, mungkin saya hanya mampu berdiam di dalam rumah bersama keluarga dan hanya berdoa pada Allah swt.

Persoalan ini terlahir di kotak fikiran saya, apabila saya berbual dengan seorang rakan baru saya dari Gaza, Palestin. Beliau berkongsi sedikit pengalaman hidup beliau ketika di Gaza. Hidup mereka sentiasa dalam berjaga-jaga. Hidup dalam kecemasan sentiasa. Keadaan aman boleh bertukar menjadi huru-hara sekelip mata. Semuanya boleh berubah hanya dalam beberap saat.

Beliau turut menceritakan bahawa bunyi taburan peluru dan bom serta suara tangisan bagaikan satu irama yang sudah tidak asing lagi bagi mereka. Kalau kita, melihat peperangan yang selama seminggu di Gaza itu satu penyiksaan, ianya lebih lagi bagi mereka. Perit terpaksa di telan jua demi meneruskan hidup. Berjuang menegakkan syiar Islam dan mempertahankan bumi mereka. Berjuang Syahid itu matlamat mereka.

Mendengar pengalaman dari mulut beliau cukup berbeza rasanya dengan melihat di TV. Kerana ianya diceritakan oleh orang yang membesar dalam perang. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Apapun, moga-moga seluruh dunia akan aman. Tiada lagi peperangan.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5
Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel

Al Qassam

Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

al qassam

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama’ yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

“Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin,” katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000
orang.

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH

[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka….Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin

(Sumber : facebook)

 

 

PS: Saya amat mengagumi mereka semua. Saya doakan mereka sentiasa dirahmati Allah swt.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Ramai yang sibuk melaungkan 'Peace, No War', 'Save