Nilai Sebuah Perkahwinan

Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan??
Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan. Kalau dilihat dari trend hantaran kahwin sekarang rata-rata adalah plus minus 10k. Tapi ramai yang letak 10k. 10k leh kata satu nilai yang biasa baik di bandar mahupun luar bandar.
Nilai Sebuah Perkahwinan
Nilai Sebuah Perkahwinan

Continue reading “Nilai Sebuah Perkahwinan”

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua.... Sanding dalam komuter, pasti menjadi satu nostalgia indah bagi
Perkahwinan - Semua tahu perkahwinan adalah penyatuan antara lelaki dan perempuan mengikut hukum, cara, adat
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Bila isteri membebel Hari ini,
Assalamualaikum buat semua saudaraku... Apa khabar semua saudara ku? Sihat sejahtera bahagia senantiasa hendaknya buat

Sanding Dalam Komuter

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua….

Sanding dalam komuter, pasti menjadi satu nostalgia indah bagi pasangan mempelai, Syahid dan Sya. Semalam berkesempatan juga pergi ke kenduri kedua mempelai tersebut, Syahid dan Sya kedua-duanya adalah merupakan kawan kepada isteri saya. Setahu saya pasangan ini adalah yang pertama sanding dalam komuter.

Syahid dan Sya
Syahid dan Sya

IMG-20121230-WA003

Kenduri dibuat di Ruang Legar, Stesen Komuter Sentul. Kedua-dua mempelai berarak menaiki komuter dari Stesen Komuter Batu ke Stesen Komuter Sentul. Kedua mempelai sanding dalam komuter yang turut disertai wartawan. Ketibaan pasangan pengantin kira-kira jam 2.00 petang di sambut dengan persembahan silat dan paluan kompang. Nostalgia ini turut menarik pelancong asing untuk bersama merasai kemeriahanya. Meriah sungguh majlisnya.

Dapat liputan tv lagi. Tahniah

Apapun, tahniah kepada pasangan, Syahid dan Sya. Saya doakan mereka kekal bahagia selamanya.

Perkahwinan - Semua tahu perkahwinan adalah penyatuan antara lelaki dan perempuan mengikut hukum, cara, adat
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Bila isteri membebel Hari ini,
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan

Perkahwinan Itu Indah

Perkahwinan – Semua tahu perkahwinan adalah penyatuan antara lelaki dan perempuan mengikut hukum, cara, adat dan agama yang dipercayai dan dianuti.

Perkahwinan di Barat yang Abnormal seperti lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, manusia dengan barang dan lain-lain lagi. Bagi saya, semua itu bukan perkahwinan tapi lebih kepada kerja gila. Pendapat tuan-tuan dan cik puan-cik puan bagaimana?

Menurut Hamka
Perkahwinan adalah penyatuan 1001 perbezaan.

Pandangan benar kata-kata Hamka kerana memang banyak perbezaan antara suami dan isteri. Perbezaan itu akan mewujudkan kebahgiaan, keseronokan dan keserasian sebenarnya.

Gaduh-gaduh manja, tengkar-tengkar rindu dan cubit-cubit sayang sememangnya adalah satu seni dan pelengkap yang menguatkan CINTA antara suami dan isteri.

Apapun perbezaan yang wujud, tangani sebaiknya. Bertolak ansur lah. Pasti bahagia.

Apabila berlaku ketegangan dalam rumahtangga cubalah mengurut ego pasangan anda.

Ini pandangan saya, pandangan tuan-tuan dan cik puan-cik puan??

Senyum-senyum lah.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan?? Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua.... Sanding dalam komuter, pasti menjadi satu nostalgia indah bagi
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Bila isteri membebel Hari ini,
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Biasa kita dengar ayat 'Disebalik kejayaan seorang lelaki

Bila Isteri Membebel, Apa Laki Patut Buat?

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua…

Bila isteri membebel
Bila isteri membebel

Hari ini, daddydee nak kongsi pengalaman dan tips (boleh panggil tips ke? Hentam sajalah labu) tentang kehidupan berumah tangga. Kalau rasa nak pakai ambil lah ye.

Biasa kita dengar kes perceraian sebab tak tahan isteri membebel. Hari ni daddydee nak kongsi ‘apa yang suami patut buat bila isteri membebel?’

1. Membebel Sama
Bila isteri membebel, suami membebel lah sama. Lawan balik. Barulah riuh dan meriah sikit. Tapi kemungkinan nak gaduh lagi tinggi lah. Ye lah, lawan balik umpama menuang minyak petrol dalam api. Dan jangan marahlah kalau anda kena kejar dengan isteri anda guna parang.

2. Dengar Lagu Guna Ipod
Bila isteri membebel, ambillah ipod anda dan sumbat lah ke telinga anda. Kasi layan sikit lagu seperti Nightwish ke, Cromok ke, Langsuyr ke, Disturbed ke, kalau tak pun layan Maher Zain insaf sikit. Ditambah pula dengan headphone Beat pasti lagi layan. Isteri membebel sudah tak jadi masalah lagi kerana anda dah tak dengar. Dan lepas tu jangan marah kalau dua bulan isteri tak layan anda untuk bersama.

3. Ambil Kunci Motor Keluar Merempit
Bila isteri membebel, ambillah kunci motor anda. Keluar lah merempit bersama kawan-kawan anda. Pasti anda lebih bahagia, dan tak perlu dengar isteri membebel. Tapi kalau balik isteri tak buka pintu rumah, tidur lah anda diluar.

4. Buat-buat Bersembang Dengan Binatang Peliharaan
Bila isteri membebel, buat-buatlah berborak dengan binatang peliharaan anda. Kalau anda hamster bersembanglah anda dengan hamster dalam bahasa hamster. Kalau ikan emas buat lah memek muka macam ikan emas dan guna bahasa ikan emas. Dan lepas tu confirm anda akan ada bodygaurd dan makan free, pasal isteri anda akan hantar anda ke Hospital Gila.

Itulah antara tips yang terbaik bagi para suami gunakan bila isteri membebel. Tapi yang di atas semua adalah sekadar humor sahaja. Tiada niat memerli atau mengata.


Sejujurnya, seandaiannya Isteri membebel, sebaiknya Suami DIAM saja. Dengar saja apa yang isteri ingin katakan. Isteri kita membebel dan perlukan pendengar jadi kitalah pendengar itu. Dengar dan iyakan saja.

Bila dah penat membebel, Isteri anda akan diam juga nanti. Isteri ni kekadang hanya perlukan sedikit PERHATIAN suami. Tu sebab dia membebel.

Anda kira bertuah sebab Isteri suka membebel. Cuba bayangkan kalau isteri anda bisu, betapa sunyinya hidup anda.

Sekian.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua. Tinggal bersama mertua selepas berkahwin?? Pasti ramai akan berkata