Kenapa Ramai Usahawan Kita Tumbang

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Alhamdulilah, hari ni dapat berbual bersama seorang hebat. Seorang yang banyak jatuh bangun dalam dunia peniagaan. Walaupun hanya berbual hanya seketika tapi ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan disini.

Kenapa Ramai Usahawan Kita Tumbang
Kenapa Ramai Usahawan Kita Tumbang

Perbualan mula nya adalah tentang ramainya usahawan muda yang bersemangat untuk memulakan bisnes, tapi kenapa ramai usahawan yang tumbang di separuh jalan. Walaupun usahawan bukan bidang yang saya mahir tapi minat mendorong saya merapat dengan ramai usahawan usahawan hebat. Dan banyak ilmu yang saya dapat ari mereka.

Continue reading “Kenapa Ramai Usahawan Kita Tumbang”

Usaha Sendiri Lebih Baik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Selama tiga tahun dalam bidang senggaraan dan secara tidak langsung membantu membangunkan usahawan, pelbagai ragam usahawan yang telah saya temui ada yang saya boleh tabik spring ada yang saya hanya mampu senyum sumbing. Pelbagai ragam yang memeningkan kepala dan majoriti satu bangsa dengan saya satu agama dengan saya.

Usaha Sendiri untuk meniti kejayaan dalam perniagaan
Usaha Sendiri untuk meniti kejayaan dalam perniagaan

Saya masih ingat lagi saya pernah bertanyakan kepada salah satu usahawan, “Kenapa tidak laporkan kepada pihak kami?” lalu usahawan itu menjawab “Usaha sendiri lebih baik, jika sudah tersepit dan perlukan pertolongan sangat saya akan mohon bantuan”. Itu adalah usahawan yang mempunyai sifat dan semngat yang tegus yang mahu usaha sendiri terlebih dahulu.

Lain pula cerita dengan salah satu pihak lagi usahawan yang mempunyai pemikiran yang jauh berbeza, antara perkataan biasa mereka adalah “Kamu kata mahu bantu kami?”, “Kami perlukan pinjaman yang lebih besar untuk membesarkan perniagaan?”, “Kat sini tiada pelanggan?”, “Tiada pelanggan yang sudi?”, “Tolong lah buat promosi besar-besaran” dan lain-lain.

Pelbagai usaha yang dilakukan tapi mereka tetap sama, promosi dan program dijalankan tapi mereka sendiri tidak melakukan promosi. Mereka yang tiada usaha untuk melakukan promosi secara yang lebih aggresif. Promosi promosi promosi adalah salah satu kejayaan sesuatu perniagaan.

Selain dari promosi, mutu sesuatu produk juga memainkan peranan dalam perniagaan. Pelanggan sekarang ini semakin pandai menilai sesuatu produk, mereka menilai harga seiring dengan kualiti. Sebagai contoh kedai makan yang menyediakan makanan yang lazat dan suasana yang selesa, pelanggan akan sanggup membayar lebih untuk makanan dan suasana. Ini adalah realiti hari ini.

Satu lagi cuba cari kelaianan, kenapa orang mesti membeli produk daripada kita? Apakah kelebihan kita? Kelainan itulah yang akan menjadi kekuatan dalam perniagaan kita. Eksperimen demi eksperimen akan memberikan kita jawapan terbaik untuk kita.

Apappun usaha sendiri lebih baik, memberikan kita kelebihan kita dan mematangkan pemikiran kita.

Biaya Keluarga Dengan Menjahit

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Biaya keluarga dengan menjahit adalah bukan suatu yang mustahil. Ia adalah perkara biasa yang terjadi. Ramai saja yang dibesarkan oleh orang tua mereka dengan jasa menjahit, saya adalah salah seorang dari mereka.

Mesin Jahit
Mesin Jahit

Menjahit sememangnya boleh dijadikan pendapatan utama. Malah dengan menjahit juga mampu membuatkan seseorang itu jadi kaya boleh mengalahkan pendapatan seorang jurutera, tiada yang mustahil asal mahu. Malah ada yang sudah jadi jutawan dengan menjahit. Tak percaya datang lihat di Medan MARA dan Wisma Yakin tengok berapa ramai tukang jahit yang berjaya.

Teknik SEO Merah Jambu

Tika musim perayaan begini memang satu rezeki kepada tukang jahit. Tempahan pasti tak menang tangan terlalu banyak tempahan yang diterima. Sampaikan kena limitkan jumlah tempahan pun ada. Kalau tengah Ramadahan sebegini jangan harap ada yang terima tempahan kalau ada pun mesti harga upah berganda.

Biaya keluarga dengan menjahit
Biaya keluarga dengan menjahit

Emak saya dulu pun kalau musim perayaan ini pasti akan sibuk dengan tempahan baju kurung dan hanya menjahit dari rumah. Orang tua biasalah mana tahu baju fesyen, baju kurung merekalah sifu. Kesian juga melihat emak menyiapkan baju kurung dahulu sampai tidak cukup tidur. Kekadang ada juga saya menolong, menolong tolong sembat baju dan jahit ‘mata lalat’. Kalau sekarang jangan suruh memang mata gajah jadi sebab memang lama saya tinggalkan alam menjahit setakat jahit seluar koyak masih lagi boleh.

Panduan Menjahit Baju Kurung

Dengan rezeki menjahit baju kurung jugalah digunakan untuk perbelanjaan perayaan. Senang itu tidaklah zaman saya kecil dulu semua sekolah. Memang tak merasa lah nak beli Robot Transformer Hasbro atau iPhone4S. Tapi cukup untuk makan pakai kami. Boleh dikatakan dengan rezeki menjahit jugalah saya berada di sini sekarang.

Memang tidak mustahil untuk menjana pendapatan dengan menjahit. Bagi suri rumah yang tiada apa yang ingin lakukan mungkin boleh cuba untuk belajar menjahit. Boleh dapatkan panduan menjahit baju kurung. Belajar dahulu sikit sikit. Mana tahu dari sekadar hobi saja-saja, boleh biaya keluarga dengan menjahit. Rezeki bumi Allah swt tiada siapa yang tahu.

Modal untuk beli mesin jahit dan peralatan lain jangan risau banyak tempat yang boleh membantu seperti GiatMARA dan Tekun. Yang penting kita harus berusaha.

Pada yang berminat untuk melakukan bisnes dari rumah mungkin juga boleh cuba bisnes putu dan dapatkan Rahsia Putu atau boleh juga cuba kerjaya dari rumah. Terus berusaha.

Roti John Juadah Pilihan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku..

Bulan Ramadhan memang banyak boleh lihat kedai yang menjual juadah berbuka puasa. Saya tidak suka sangat roti john, tapi ramai juga yang jadikan roti john juadah pilihan untuk berbuka puasa. Saya tak suka sebab besar roti john tak mampu saya untuk habiskannya.

Teknik SEO Merah Jambu

Tapi bila lihat Roti John 79 Pasar Ramadhan Pandai Dalam ni ramai je orang yang beratur untuk membelinya kamipun teruja untuk mencuba. Pandangan saya kalau ramai yang membeli maknanya pasti ada yang istimewa tentang juadah tersebut. Itu pendapat saya lah.

Roti John 79 Pasar Ramadhan Pantai Dalam
Roti John 79 Pasar Ramadhan Pantai Dalam
Orang beratur nak beli roti john
Orang beratur nak beli roti john

Ini adalah rupa Roti John yang dibeli. Rasanya pun memang boleh tahan sedapnya. Saya tak reti sangat bab merasa roti john ni tapi bagi saya memang saya boleh ulang beli roti john ini lagi. Boleh jadikan roti john juadah pilihan saya lepas ini.

Kereta Mampu Milik

Rupa Roti John
Rupa Roti John

Mega Sales sudah mula

Pada pandangan saya kesedapan roti john adalah terletak pada bancuhan intinya biasanya makin banyak daging/ayam digunakan dalam bancuhan dengan telur lebih ramai yang suka. Letakkan sos, mayonis dan sos lada hitam (ikut pelanggan minta) secukup rasa. Sos yang telalu sikit menyebabkan roti jadi kering dan kurang menarik kurang sedap, sos terlalu banyak akan menyebabkan terlalu comot. Jadi pandai-pandailah letak secukup rasa. Yang paling akhir adalah rotinya, roti yang lembut adalah elemen yang utama kalau inti dah sedap tapi roti keras, tak sedap juga roti john itu.

Bagi saya, dalam berniaga terutamanya niaga makanan baik kita ikut kehendak dan selera pelanggan, jangan kita syok sendiri. Sebolehnya dapatkan maklum balas dari pelanggan, jika ada teguran ambil sebagai positif. Apa yang penting pelanggan itu akan ulang datang, bukan sekali beli dah bye-bye. Kan best kalau barang jualan kita jadi juadah pilihan pelanggan?

Apapun, air kurma, kerabu saghe dan solok tetap menjadi juadah pilihan utama di hati saya.

Layanan Yang Baik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Layanan yang baik - pelanggan berhak mendapatnya
Layanan yang baik – pelanggan berhak mendapatnya

‘Customer always right’ itu adalah ungkapan yang selalu diungkapan kalau dalam soal perniagaan. ‘Customer always right’ tidak bererti pelanggan itu betul tapi adalah soal hak pelanggan. Pelanggan layak mendapat layanan yang baik dan berhak memilih. Itu hak pelanggan.

Itu lah yang terjadi kepada saya dalam 3 hari ini. Hak saya untuk memilih dan mendapat layanan yang baik.

Hari Pertama 

Oleh kerana cuti umum, banyak klinik swasta tidak beroperasi. Kita 1 Malaysia, bila saja perayaan besar banyaklah klinik mengambil peluang untuk cuti rehat. Jadi saya tidak banyak pilihan. Saya pergi ke satu klinik yang saya telah sedia maklum menyediakan perkhidmatan x-ray.

‘Hi, sini boleh buat x-ray tak?’ tanya saya pada seorang perempuan menjaga kaunter.

‘Ada, tapi mesti buat hari ini ke?’ jawab akak tu yang agak pelik soalannya.

‘Ya, saya nak buat hari ini. Boleh ke?’

‘You datang esok boleh tak. Hari ini kita malas nak bukak itu mesin.’

‘Ok, tak mengapa saya datang esok’. Walaupun, ingin menyelesaikan nya cepat saya tetap akur dan faham kerana cuti umum. Kecewa memang kecewa tapi saya terima alasannya, esok saya akan kembali.

Hari Kedua

‘Hi, boleh buat x-ray tak hari ini?’ saya bertanyakan perempuan yang sama di klinik yang sama.

‘Kenapa you datang lewat sangat.’ jawab kakak kaunter yang agak menaikkan amarah. Saya tengok jam baru pukul 7 malam bukannya 12 tengah malam.

‘Boleh buat tak boleh buat ni? Doktor ada tak? Tak boleh tak apa, saya pergi tempat.’

‘Doktor ada. Boleh buat. Tapi sudah lewat lah. Itu lah bla bla bla……’ panjang kakak kaunter tu membebel, saya pun angkat kaki. Saya datang untuk x-ray dan medical check up. Saya pergi ke klinik bersebelahan yang semalam tutup dan dapatkan perkhidmatan di situ.

Layanan yang baik - Pelanggan berhak memilih
Layanan yang baik – Pelanggan berhak memilih

Layanan Yang Baik

Saya tidak pernah minta di layan bagai VVIP. Cukup sekadar memberi layanan yang baik dan dengan senyuman. Klinik yang saya sebutkan di atas itu, kakak kaunter itu mukanya memang mencuka. Layan pun acuh tak acuh saja. Jadi ada baiknya untuk saya memilih tempat lain kerana itu hak saya sebagai pelanggan.

Sama juga dalam kehidupan seharian kita, cubalah memberi layanan yang baik buat semua orang sekeliling kita agar semua orang senang dengan kita. Bukan begitu saudaraku?