Malaysia Kita

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Malaysia adalah negara kita, tempat lahir tumpah darah saya. Malaysia kita, hak kita, tanggungjawab kita adalah untuk menjaga keamanan dan membangunkan nya. Kita yang membentukkannya.

Malaysia Kita
Malaysia Kita

Dalam dunia moden, dengan talian internet tanpa sempadan, dapat kita melihat pelbagai kerenah manusia terutamanya rakyat Malaysia sendiri. Dalam media sosial, blog, web dan lain lain lagi kita boleh melihat pelbagai kerenah manusia, manusia yang hebat yang berkongsi makanan minda yang hebat, menyebarkan aura positif. Mereka berkongsi buah fikiran yang hebat agar orang lain sama membangun dan positif seperti mereka.

Namun, dalam ramai pihak sibuk menyatukan semua pihak ada juga pihak yang cuba menjadi api perpecahan. Cuba semarakan perpecahan dalam perpaduan Malaysia kita. Sedih. Bukan ingin menyatukan tapi memecahkan.

Dek kerana terlalu taksub dengan sesuatu kita sanggup mengikut apa saja, mengiyakan semua hal walaupun kita tahu hal itu salah dek akal fikiran manusia. Dek kerana taksub dengan parti politik, individu, ideologi dan lain lain kita sanggup buat apa saja. Walaupun hanya dengan satu ayat yang kita sebarkan salam media sosial kita telah jadi agen perpecahan.

Fikirkan jangan dek kerana taksub kita menjadi virus. Biar kita menjadi makjun dan penawar untuk perpaduan. Bersatu kita membangunkan Malaysia kita tidak kira apa agama kita, bangsa kita, asal kita dan pegangan kita. Bersatulah kita demi negara Malaysia yang kita cintai.

Selamat Hari Merdeka.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Semalam kita dikejutkan satu lagi post yang hina
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan

Hentikan Nilai Dari Warna Baju

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna baju, terlalu taksub dengan warna baju. Kau baju biru tak boleh geng dengan aku. Kau warna hijau tak boleh geng dengan aku. Kau warna kuning tak boleh geng dengan aku.

We are one walaupun beza warna baju
We are one walaupun beza warna baju

Hentikan menilai ikut warna baju, cukup cukup lah tu. Jangan lagi ada, kau warna hijau aku tidak boleh menolong kau. Jangan lagi ada, bapak kau warna biru kau tak layak duduk sini. Jangan lagi ada, mak kau suka sangat baju hijau kau tak layak terima bantuan. Hentikan semua sentimen seperti ini saya tahu yang mana ramai lagi masih pegang pada semua ini.

Ayuh kita bersatu sebagai umat Islam dan juga bangsa Melayu. Seperti yang diajarkan oleh agama Islam bahawa semua umat Islam adalah bersaudara. Jangan kita cuba memutuskan silaturahim hanya kerana warna baju, hanya kerana berlainan ideologi.

Jangan kita jadi seperti sesetengah orang Palestin, sahabat saya sendiri yang mana mereka ada menyatakan bahawa ‘Fatah and Hamas will never together, never shake hand’, walaupun mereka satu bangsa Arab satu agama iaitu Islam tapi mereka tidak akan bersalaman apatah lagi bersatu dek kerana perbezaan ideologi.

Jangan kita jadi seperti mereka, lupakan warna baju tapi kita bersatu bawah satu agama, bangsa dan negara. jangan kita biarkan tanah air tergadai dek kerana warna baju. Ayuh kita bersatu menuju puncak kejayaan.

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) saya masih
Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut. Itu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan

Semangat Kekitaan Yang Hilang

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…….

Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan yang hilang dari diri kita kini? Tenung dalam jiwa sendiri melihat mencari semangat yang hilang.

Apakah itu semangat kekitaaan? Saya tidak tahu maksudnya dari segi bahasa atau kamus dewan. Tapi dari segi pemahaman saya ianya adalah perpaduan, kesatuan. Utuhkah perpaduan kita kini?

Semangat Kekitaan yang Hilang - Kembalikan perpaduan antara kita
Semangat Kekitaan yang Hilang – Kembalikan perpaduan antara kita

Saya tidak ingin melihat jauh. Cukup kita melihat dalam keluarga kita sendiri terlebih dahulu. Berapa ramai yang akan membantu adik beradik mereka yang susah? Berapa ramai yang turun merewang setiap kali kenduri? Berapa generasi keluarga yang kita kenal?

Apakah jawapan jujur saudara semua untuk soalan di atas?

Kalau orang tua dahulu bukan setakat kenal sepupu sepapat, dua pupu atau tiga pupu, bau bau bacang pun mereka masih kenal dan akrab. Amat akrab persaudaraan mereka. Tapi kita sekarang sepupu sepapat pun kita sudah tidak rapat. Tidak bersatu hati. Kau kau aku aku, semangat kekitaan yang hilang. Saudara sendiri boleh bertumbuk sebab tidak mengenali.

Kalau ada pun yang kenal saudara atau ramai kawan pasti kawan itu hanya dalam laman sosial, laman Facebook. Malah mungkin ada juga yang tak pernah kenal saudara sendiri di alam nyata tapi hanya kenal dalam laman sosial. Mengapa? Kerana tiada lagi semangat kekitaan dalam hubungan, tiada lagi amalan kujung mengungjung. Hujung minggu kita mengungjung juga tapi ke MegaMall MidValley, KLCC, One Utama, Tebrau City dan banyak lagi, bukan lagi ke rumah saudara dan sahabat.

Kalau dahulu untuk kerja rewang atau kenduri pasti segerombol turun pakat sama untuk gotong royong. Sambil potong daging sambil gulung rokok daun. Sambil kacau gulai di dapur sambil sedut rokok Malboro. Tapi kini, berapa kerat yang akan turun rewang? Buat kerja sikit sudah mengeluh itu ini. Tolong seminit hilang berjam jam, atau lesap terus.

Tak kurang juga yang beri alasan sibuk dengan cari wang ringgit. Komitmen kerja yang tinggi katanya. Berapa ratus ribu duit dalam bank? Berapa duit dalam ASB? Berapa simpanan unit amanah? Berapa ekar tanah? Berapa buah unit rumah?  Itu semua alasan. Orang dulu tanah berelung-relung, ladang berekar-ekar, binatang ternakan yang tidak terkira sempat saja datang membantu setiap kali diperlukan. Ini kerana sifat kekitaan mereka yang tinggi.

Itu baru situasi dalam keluarga belum lagi situasi dalam pejabat, organisasi atau masyarakat setempat. Semua pun lebih kurang sama saja. Setiap kerja diharapkan dengan habuan. Tiada kudrat tiada habuan.

Fikir fikirlah, dimanakah hilang semangat kekitaan kita? Kembalikan semangat kekitaan yang hilang. Jangan biarkan ia terus lupus. Hapuskan semangat kekakuan dari jiwa.

We are unite…. Hidupkan semangat kekitaan.

  Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Oktober 2012 sudah pergi meninggalkan kita, buka
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Semalam kita dikejutkan satu lagi post yang hina
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan

Hina Agama : Sekali Lagi Umat Islam Malaysia Dicabar

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Semalam kita dikejutkan satu lagi post yang hina agama, yang bagi saya lagi mencabar kesabaran diri saya sendiri sebagai Umat Islam dan orang Melayu. Lagi menghina berbanding tindakan dua orang yang sebelum ini malas saya nak sebutkan di sini.

Hina agama - sumber xlupa.net
Hina agama – sumber xlupa.net

Post hina agama kali ini memaparkan seorang lelaki bersama 3 ekor anjing berlatarkan sebuah kampung dan menggunakan takbir Raya sebagai muzik latar. Dalam video ini juga menggambarkan lelaki ini seperti mengambil wudhuk untuk dia dan anjing nya. Di bahagian akhir video ini ada menyatakan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi manusia dan haiwan (anjing), tidak kira warna dan asal usul.

Video ini memang satu penghinaan yang amat melampau bagi saya. Menyentuh sentiviti umat Islam bukan saja di Malaysia malahan seluruh dunia.

Saya cadangkan mungkin telah tiba masanya untuk mewujudkan satu undang-undang dan tindakan sewajarnya bagi pelampau-pelampau hina agama ini. Sesiapa saja yang menghina agama lain wajar dikenakan tindakan sewajarnya. Jangan biarkan hina agama ini menjadi satu virus berjangkit yang akan memecahbelahkan perpaduan yang ada dikalangan kita rakyat Malaysia selama ini. Pada pihak yang berwajib harapnya dapat ambil tindakan segera yang sewajarnya bagi membendung virus hina agama ini.

Semua agama wajar dihormati bukan untuk dihina sesuka hati. Tidak kira agama apa yang kita anuti kita tetap menghormati agama lain bukan buat kenyataan sesuka hati.

Ps: Video ini saya tidak mahu kongsikan kerana saya tidak mahu meyebarkan penghinaan agama Islam kepada orang lain.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan

Ayuh Kita Bersatu Berjuang…

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan kempen ‘boikot’. Ramai sangat saya terbaca post sahabat saya yang mengajak ‘boikot’ produk yang dikaitkan dengan Israel antaranya McDonald’s, Starbuck dan lain-lain.

Boikot sepenuhnya. (Sumber : sabasun)
produk israel
Boikot Sebahagian (Sumber: Sabasun)

Saya tidak mahu menyeru untuk kempen ‘boikot’ ini. Saya tidak mahu mengulas perihal setiap produk yang disenaraikan di atas dan yang dikaitkan dengan Israel. Kalau saudaraku berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah ‘google’ saya rasa banyak yang membicarakan tentang topik ini sekarang ini. Bagi saya, ‘boikot’ adalah hak individu, terpulang pada diri masing-masing. Tiada paksaan bagi saya. Sebab mungkin mereka mempunyai alasan masing-masing. Fikir-fikirkan dan pertimbangkan menggunakan akal fikiran kita yang waras kurniaan Allah swt selepas melihat kezaliman dan kekejaman Israel.

Namun begitu, saya sendiri tidak mampu memboikot sepenuhnya. Saya akui ini. Saya tidak mahu hipokrit. Sebab ada barangan yang berjenama yang perlu diboikot masih saya gunakan. Insyallah selepas ini akan saya elakkan untuk membeli produk mereka lagi.

Cuma saya agak kecewa dengan sesetengah individu yang  lantang bersuara menyeru agar mem‘boikot’ semua produk Israel ini, yang terlalu emosional. Ya, saya akui saya juga emosional apabila melihat kekejaman Israel. Tapi tidak perlu untuk terlalu emosional sampaikan bertikam lidah bagai mahu bergaduh dek kerana perbezaan pendapat.

Ingat ramai yang amat seronok apabila melihat kita bertelingkah. Ramai yang akan menangguh di air yang keruh. Kerana di saat kita bertelingkah, lebih senang mereka memecah belahkan kita.

Hanya perlu tambahkan minyak pada pecikan api pertelingkahan itu, pasti kebakaran besar akan terjadi. Dan jika ini terjadi, semakin sukar untuk kita padamkan apinya.

Berbaliklah kita pada ajaran Agama Islam yang kita cintai yang sememangnya menyeru kita kepada perpaduan. Bersatulah kita mempertahankan agama dan bangsa kita. Tiada orang lain akan mempertahankan agama dan bangsa kita kalau bukan bermula dari kita. Usah menyalahkan orang lain jika kita sendiri yang tidak bertindak. Bersatulah kawan, bersatu kita berjuang.

Lebih molek sekiranya, kita semua bersatu hati mendoakan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia terutamanya di bumi Palestin dan menyumbangkan sedikit sedekah seikhlas hati bagi membantu semua umat Islam di dunia. RM1 yang kita sumbangkan insyallah besar buat mereka dan besar ganjarannya.

Unite and Fight.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Semalam kita dikejutkan satu lagi post yang hina