Harapkan Tuah Lebih Baik Tahun 2016

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sememangnya prestasi saya pada 2015 memang teruk dan merundum yang amat sangat. Saya sendiri amat kecewa bila post-mortem diri saya.

Harapkan Tuah Tahun 2016 Lebih Baik
Harapkan Tuah Tahun 2016 Lebih Baik

Tahun 2015 saya hanya fokus pada tugas hakiki saya dan penjualan M-Prolabs sahaja dan banyak abaikan kerja lain saya. Masa lain saya habiskan dengan beraktiviti di Oasis Gym, Kuantan dan kekadang di Titanium Gym, Jalan Teluk Sisek.

Continue reading “Harapkan Tuah Lebih Baik Tahun 2016”

Duit Derma Dah Aku Pulangkan…

Kecoh sehari dua ini pasal duit derma dipulangkan bagi menunjukkan keikhlasan hati penerima derma untuk membersihkan diri. Betul atau tak aku pun tak tahu.

Tapi sifat manusia hutang pun susah nak bayar kalau barang dapat free memang jadi harta tak akannya nak pulangkan kembali. Betuk tak?

DUIT DERMA DAH AKU PULANGKAN…

Pada tahun 2007, seorang pakcik telah menyatakan hasrat nak dermakan aku RM2.6juta sebab dia tengok muka aku ni baik, jujur dan amanah. Dia percaya aku akan jaga belai duit RM2.6juta tu umpama puteri kayangan.

Duit Derma Buat Aku Kaya
Duit Derma Buat Aku Kaya

Aku memula aku ingat pakcik tu bergurau je. Aku cakap dalam hati ‘Kaya sangat pakcik ni, pakai basikal tua buruk, baju pun beli kat Bundle Abu, ada hati nak derma aku RM2.6juta.’

‘Eh… Pakcik gurau kasar nampak’ kata aku kat pakcik itu.

‘Kenapa kau tak nak ke?’

‘Gila tak nak duit pakcik. Sebab saya pun tengah cari tin ni nak jual. Sengkek….’

‘Tapi pakcik ada duit ke?’ sambung aku lagi.


Perghhh… Kaya aku, ini strategi aku. Aku mula berangan-angan.

Duit yang aku dapat akan aku masukkan kedalam akaun Unit Amanah yang aku jangkakan akan memberi pulangan dividen 10% setahun. Setahun dividennya adalah lebih kurang RM260k. Itu belum lagi kalau ada split unit yang akan double kan jumlah unit dan juga kenaikkan harga per unit.

Kenapa Unit Amanah bukan beli share saham? Aku dapat duit ni free. Kalau aku masuk dalam Saham risiko dia tinggi dan juga pulangan yang tinggi. Tapi aku tak nak kehilangan duit jika rugi sebab aku tak tau nak jana kembali RM2.6juta jadi aku pilih suatu investment yang boleh aku rendahkan risikonya tapi pulangan yang berbaloi.

Pulangan daripada dividen Unit Amanah berjumlah RM260k aku keluarkan dan memilih untuk labur dalam pelaburan yang lebih selamat iaitu Tabung Haji (masa ini Tabung Haji ada tabung lagi kot) pada 2008. Aku rasa TH masa ni lebih selamat sebab tak wujud lagi Ajis dan Ah Jib.

Katakan pulangan TH lebih kurang 8% setahun jadi pulangan lebih kurang RM20,800. Jadi di awal tahun 2009 aku dapat pulangan dari dividen TH berjumlah 20,800.

Simpanan aku pada tahun 2009 di TH menjadi RM280,800. Dividen TH aku tidak keluarkan dan biarkan ia terus kompoun. Dan setiap tahun aku keluarkan dividen dari Unit Amanah untuk labur ke TH.

Begitulah seterusnya hingga tahun 2014 aku nekad nak pulangkan derma RM2.6juta pada pakcik tu semula. Fuh… kaya aku beb. Komfirm tak rugi. Cuba korang kira berapa aku kumpulkan pada tahun 2014?

Boleh pakai Kereta Merah Cap Kuda Berdiri beb.

Derma Sudah Aku Pulangkan... Gaya Masa Nak Pulang Derma
Duit Derma Dah Aku Pulangkan… Gaya Masa Nak Pulang Derma

Aku pandu Kereta Merah Cap Kuda Berdiri pergi pada pakcik tu dan bawa briefcase hitam, aku pakai tuxedo kemas. Bersama briefcase tu aku selitkan nota dan aku tuliskan satu nota ringkas. ‘DUIT DERMA DAH AKU PULANGKAN. SATU SEN AKU TAK AMBIL. SEKIAN TERIMA KASIH.’

Mesti pakcik tu tak tahu kan?


‘Kau nak ke tak ni’ jerit pakcik tu kat aku.

Lama aku berangan agaknya. Bengang je muka orang tua depan aku ni.

‘Nak pakcik. Gila tak nak’

‘Nak ambil ni’ pakcik tu menghulurkan sekeping cek.

Aku tak buka cek tu terus. Aku salam pakcik tu siap cium tangan cium pipi. Masam pakcik ni aku cium juga sebab dah dapat RM2.6juta.

Aku hanya tersenyum gembira. Jalan tersengih je.


‘Sengih je bang’ tegur seorang budak dalam umur 10 tahun.

‘Hehehehe…. ‘ aku hanya gelak. Aku dah kaya,

‘Dapat RM2.6 juta ke?’ sapa adik tu lagi.

‘Mana kau tau?’

‘Saya nampak abang dengan pakcik 2.6juta tu. Dia memang gila bang. Dulu memang orang kaya tapi dah gila lepas kalah judi.’

‘Orang sini semua tahu’ sambung adik tu lagi.

Hancur hati ku… Kecewa aku kecewa… Aku kena tipu dengan orang gila.

PS: Ada yang nak derma kat saya RM2.6juta?

PS2: Hidup kena usaha mana ada yang mudah datang bergolek.

Mohd Zaidi
0182477971
Perunding Unit Amanah dan Takaful
www.takaful4u.com