Bila Bosan Bidik Sendirian Di KTM Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Inilah kerja saya kalau bosan, tiada apa yang nak dibuat akan diambil kamera saya untuk membidik sesuka hati. Destinasi saya yang terakhir adalah Stesen KTM Kuala Lumpur, ini gambar bulan September 2013 tapi baru hari ini dapat saya uploadkan, nampak sangat kemalasan saya di situ. Bila bosan bila malas apa pun tak jadi.

Semasa gambar ini di ambil, cuaca agak kurang elok sebenarnya, cuaca mendung ketika itu. Jadi gambar yang dihasilkan memang kurang menarik. Nak edit dalam photoshop malas lah pula. Saya suka bidik tapi malas nak edit, tak tahu bila akan berubah. Hehehe…

Mungkin bagi kita Stesen KTM Kuala Lumpur adalah suatu yang biasa, tapi Stesen ini memang menarik minat ramai pelancong sebenarnya, semasa saya melakukan bidikan ini ramai pelancong turut sama membidik.

Ini adalah antara hasil gambar yang saya bidik….

BIla Bosan : KTM Jadi mangsa
BIla Bosan : KTM Jadi mangsa
Bila Bosan : Dari Jaring Aku Memandang
Bila Bosan : Dari Jaring Aku Memandang
Bila Bosan : Seni Bina Klasik Jadi Tarikan
Bila Bosan : Seni Bina Klasik Jadi Tarikan
Bila Bosan : Saya anak Malaysia
Bila Bosan : Saya anak Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Kalau sebelum ini, saya ada menulis tentang speksifikasi Samsung
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Canon telah mengumumkan dua lagi baby DSLR nya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Majlis Perkahwinan Khairul dan Nita di Tanjung Api,

Preview : Canon PowerShot N

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Kalau sebelum ini, saya ada menulis tentang speksifikasi Samsung Galaxy Camera yang bakal memudahkan para blogger dan pengguna sosial lain untuk upload terus gambar ke interner kerana kemudahannya yang menyokong pelan data. Kini satu lagi kamera compact yang menarik minat saya iaitu Canon PowerShot N, walaupun tiada sokongan pelan data kamera ini mempunyai sambungan WIFI. Jadi setiap foto tetap boleh diambil boleh di upload terus ke internet ataupun smartphone anda. Hebat bukan?

Canon PowerShot N
Canon PowerShot N

Saiz Canon PowerShot N iaitu 79 x 60 x 29 mm, pastinya memudahkan ianya dibawa kemana saja. Dan dijadikan teman mesra dimana saja anda berada. Skrin LCD yang boleh di condongkan (tilt), akan membantu kita menyerlahkan lagi kreativiti semasa menangkap gambar di sudut-sudut yang sukar. Pasti ianya suatu yang menyeronokan.

Canon PowerShot N
Canon PowerShot N

Speksifikasi Canon PowerShot N adalah seperti berikut:

  • Max Resolution : 4000 x 2248
  • Effective Pixels : 12.1 mega pixel
  • Sensor Typer : CMOS
  • Processor : DIGIC 5
  • ISO : Auto, 80-6400
  • File Format : JPEG 2.5
  • Focal Length : 28 – 224 mm
  • Optical Zoom : 8x
  • LCD : Tilting
  • Screen Size : 2.8 in
  • Max Aperture : F3.0-F5.9
  • Max Shutter Speed : 1/2000 sec
  • Built In Flash : Yes (LED)
  • USB : 2.0
  • Wireless : Built In

Canon PowerShot N memang menarik bagi saya kerana kemampuannya untuk mengambil gambar dari sudut sukar. Lagi pula, dengan saiz nya yang kecil memang banyak membantu. Walaupun ramai mengatakan DSLR mampu menyerlahkan kreativiti kita pada tahap optimum, tapi tidak selalu kita berjalan dengan membawa DSLR. Jadi kamera compact seperti Canon PowerShot N sudah pasti menjadi pilihan hati.

Saya bukanlah photographer tapi sekadar minat mengambil gambar, terutama potret keluarga. Saya belum lagi handal seperti blogger ini, blogger ini dan blogger ini. Saya masih belajar. Sekadar sedikit perkongsian dari saya.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Canon telah mengumumkan dua lagi baby DSLR nya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Majlis Perkahwinan Khairul dan Nita di Tanjung Api,

Lens Terbaru Canon : EF 24-70mm f/4L IS USM dan EF 35mm f/2L IS USM

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Canon telah mengumumkan dua lagi baby DSLR nya yang akan berada di pasaran. Dua lens terbaru Canon itu adalah EF 24-70mm f/4L IS USM dan EF 35mm f/2L IS USM. Tengok dua lens terbaru Canon ini memang menggugat iman saya untuk dipadankan dengan DSLR EOS saya terutama sekali EF 24-70mm f/4L itu. Sebabnya saya sudah ada satu prime lens keluaran Sigma.

Lens Terbaru Canon
Lens Terbaru Canon – EF 24-70mm f/4L IS USM dan EF 35mm f/2L IS USM

Speksifikasi bagi lens terbaru Canon ini adalah seperti berikut :

24-70mm f/4L IS USM
24-70mm f/4L IS USM

EF 24-70mm f/4L IS USM

A versatile standard zoom well suited to full-frame EOS cameras and a variety of subjects

A versatile 24-70mm f/4 L-series lens with macro mode for up to 0.7x magnification. Ultrasonic AF provides fast, near-silent focusing. UD and aspherical elements deliver superb image quality.

  • Versatile zoom range for a variety of subjects
  • Macro mode for up to 0.7x magnification
  • Up to four-stop Image Stabilizer
  • Two aspherical and two UD lens elements
  • Fast ultrasonic AF
  • Sealed against dust and moisture
  • Nine-bladed aperture for soft bokeh

.

35mm F/2L IS USM
35mm F/2L IS USM

EF 35mm f/2 IS USM

A fast 35mm prime lens for photographers shooting hand held in low light

A 35mm prime lens with a four-stop Image Stabilizer and f/2 maximum aperture – ideal for low-light photography. Ultrasonic AF is fast and accurate. An aspherical lens element boosts image quality.

  • Up to four stops of image stablisation
  • Fast f/2 maximum aperture
  • Ultrasonic AF for quick and accurate focusing
  • Compact, lightweight design
  • Eight-bladed aperture for smooth bokeh
  • Moulded glass elements for consistent sharpness
  • 0.24m minimum focus distance

Harga Lens Terbaru Canon

Harga bagi pasaran Malaysia masih lagi belum di umumkan tetapi dari sumber yang saya perolehi harga di pasaran Eropah adalah seperti berikut:

  • EF 24-70mm f/4L IS USM – $1,499.00
  • EF 35mm f/2L IS USM – $849.99

PS: Memang kena tahan nafaslah kalau nak beli dua baby ni.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Inilah kerja saya kalau bosan, tiada apa yang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Kalau sebelum ini, saya ada menulis tentang speksifikasi Samsung
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Majlis Perkahwinan Khairul dan Nita di Tanjung Api,

Wordless Wednesday : Pantai Teluk Cempedak

Pantai Teluk Cempedak

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Inilah kerja saya kalau bosan, tiada apa yang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Kalau sebelum ini, saya ada menulis tentang speksifikasi Samsung
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Canon telah mengumumkan dua lagi baby DSLR nya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Majlis Perkahwinan Khairul dan Nita di Tanjung Api,

My 1st Time : Cover Majlis Akad Nikah dan Persandingan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Majlis Perkahwinan Khairul dan Nita di Tanjung Api, Kuantan, Pahang pada 1 Disember 2012.

Tahniah pada mempelai semoga ikatan yang terjalin kekal selamanya. Amin.

PS: Boleh jadi wedding photographer tak?