Rintihan Rakyat Bawahan

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Saya memang tidak berminat untuk bicara perihal politik Malaysia bukan kerana takut tapi kerana letih dengan ragam politik yang memang haprak. Memang sana sini sama saja, parti A ke parti B sama je.

Tapi pemerintahan 2015, di bawah Perdana Menteri sekarang memang meloyakan bagi saya. Paling teruk bagi saya sepanjang umur saya hidup.

Lagi bosan bila melihat senarai jemaah Menteri yang hampir semuanya ‘kaki bodek’.

Rintihan Rakyat Bawahan
Rintihan Rakyat Bawahan

Apakah maksud Wakil Rakyat? Tolong jelaskan.

Mereka dipilih oleh rakyat untuk mewakili rakyat bawahan, untuk bawa suara kecil rakyat bawahan ke atas. Memperjuangkan nasib rakyat yang pilih mereka sebagai pemimpin.

Tapi adakah mereka membantu rakyat bawahan sekarang ini?

Saya lihat rakyat bawahan semakin tertindas sekarang ini. Satu demi satu beban di tambah ke bahi rakyat.

Harga barangan bukan lagi naik setiap tahun tapi hampir setiap bulan harga barangan naik. Harga barang naik, tol naik, harga minyak naik, harga rumah memang tak terjangkau dek akal.

Bukan nak mengeluh, bukan nak merungut. Dan saya tahu ramai yang cakap ‘Rileks lah, ulat dalam batu boleh hidup’. Saya nak cakap satu je ‘Pernah tengok ulat hidup dalam batu ke?’

‘Jangan cakap hal ulat dalam batu’. Sekarang ni hal kita, kita yang nak hidup kat dunia ni. Kita nak gerak ke depan ke belakang.

Duit RM 50 dalam poket kita yang dulu boleh beli lengkap barang dapur tapi sekarang dapat apa? Fikir fikirkan.

Bukan tak nak usaha. Saya juga berusahaa. Dan saya yakin rakyat bawahan yang lain pun sama sedang berusaha bersungguh sungguh. Tiada seorang punyang goyang kaki goyang bontot. Masing-masing memerah keringat dan idea untuk mencari rezeki lebih.

Tapi dalam keadaan sekarang rakyat terus dihimpit. Wahai wakil rakyat jangan fikir pasal poket kalian saja. Tapi tenungkan perut ramai orang susah yang belum terisi.

Jadilah contoh buat kami, biar kami iringan kalian dengan doa dan pujian bukannya kejian.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) saya masih
Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut. Itu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam

Hentikan Nilai Dari Warna Baju

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna baju, terlalu taksub dengan warna baju. Kau baju biru tak boleh geng dengan aku. Kau warna hijau tak boleh geng dengan aku. Kau warna kuning tak boleh geng dengan aku.

We are one walaupun beza warna baju
We are one walaupun beza warna baju

Hentikan menilai ikut warna baju, cukup cukup lah tu. Jangan lagi ada, kau warna hijau aku tidak boleh menolong kau. Jangan lagi ada, bapak kau warna biru kau tak layak duduk sini. Jangan lagi ada, mak kau suka sangat baju hijau kau tak layak terima bantuan. Hentikan semua sentimen seperti ini saya tahu yang mana ramai lagi masih pegang pada semua ini.

Ayuh kita bersatu sebagai umat Islam dan juga bangsa Melayu. Seperti yang diajarkan oleh agama Islam bahawa semua umat Islam adalah bersaudara. Jangan kita cuba memutuskan silaturahim hanya kerana warna baju, hanya kerana berlainan ideologi.

Jangan kita jadi seperti sesetengah orang Palestin, sahabat saya sendiri yang mana mereka ada menyatakan bahawa ‘Fatah and Hamas will never together, never shake hand’, walaupun mereka satu bangsa Arab satu agama iaitu Islam tapi mereka tidak akan bersalaman apatah lagi bersatu dek kerana perbezaan ideologi.

Jangan kita jadi seperti mereka, lupakan warna baju tapi kita bersatu bawah satu agama, bangsa dan negara. jangan kita biarkan tanah air tergadai dek kerana warna baju. Ayuh kita bersatu menuju puncak kejayaan.

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) saya masih
Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut. Itu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan

PRU 13 : Perang Bendera Sudah Bermula

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) saya masih belum tahu, tidak pasti pula sama ada sudah ada pengumuman atau belum. Tapi ada khabar yang saya dengar yang menyatakan akan ada PRU13 akan berlangsung bulan Mac 2013, tarikh tepat belum pasti lagi.

Perang bendera - Jangan sampai perang saudara
Perang bendera – Jangan sampai perang saudara

Tempat saya tinggal sekarang ini sudah penuh dengan bendera, jika dua minggu sudah hanya bendera timbang saja yang ada. Sekarang ini bendera mata pun sudah kelihatan. Ini bermakna perang bendera sudah bermula ditempat saya. Tidak tahu lah mereka sudah umumkan perang bendera atau belum. Tapi caranya cam dah bersedia untuk berperang.

Kalau dahulu masa remaja saya, kerja gantung bendera ini agak seronok. Almaklumlah dapat upah gantung bendera ini, tak kiralah parti mana. Satu malam dapat RM50 kira besar sudah masa tu. Perang bendera bukan setakat gantung bendera saja, tapi kemuncak perang bendera apabila main bakar motor sambil bawak bendera. Gaya nya cam penyokong tegar padahal sebab kena bayar tu yang buat. Kalau tak jangan harap duit nak isi minyak pun tiada padahal nya.

Apapun, harapnya perang bendera sekadar perang bendera sahaja. Jangan sampai perang saudara, jangan sampai bergaduh jiran tetangga. Bersatulah kita, usah kita bergaduh kerana parti. Tiada apa kepentingan yang kita dapat kecuali jika kita adalah calon parti.

Perang bendera - Kalau nak sangat berperang, pergilah berjuang Syahid di Gaza.
Perang bendera – Kalau nak sangat berperang, pergilah berjuang Syahid di Gaza.

Bagi saya, parti mana pun yang menang saya tidak kisah sangat. Yang penting biarlah pemimpin yang tepat, yang mampu memimpin dan menjaga kepentingan rakyat bukannya kepentingan peribadi. Para wakil rakyat, ingat tugas pemimpin itu berat dan besar tanggungjawabnya. Namapun wakil rakyat, jadi tugas besar anda adalah membela rakyat dikawasan anda. Ingat, pemimpin adalah antara golongan yang pertama akan disoal di akhirat kelak.

Dan kita sebagai rakyat, jalankan tugas kita sebaiknya. Bersatu kita tidak kira parti. Ramai yang diluar sana yang seronok memerhatikan bangsa kita, bangsa Melayu retak dan roboh yang ingin mengaut di air yang keruh.

Perang bendera, perang sekadar suka-suka. Jangan terlalu taksub perang bendera sampai kerja tugasan hakiki kita tinggalkan. Tugas sebagai suami, tugas sebagai isteri, tugas sebagai pekerja, tugas sebagai majikan. Kerja tetap kita kena kerja, kena berusaha memajukan diri. Selamat berusaha dan selamat maju jaya kawan-kawan.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... PRU13 semakin hampir, dan entri ini bukan propaganda untuk
Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut. Itu
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah

Pelajar : Belajar atau Berpolitik?

Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut.

Itu yang aku alami dahulu. Dek kerana ayah aku adalah penyokong B, aku sukar untuk mendapat sebarang bantuan. Untuk memohon tandatangan sokongan dari penghulu kampung pun (parti A), aku dihalau buta-buta oleh penghulu tersebut dengan alasan ayah aku penyokong parti lawan. Ayah aku hanya menyokong parti B bukannya ahli KOMUNIS. Ayah aku sama bangsa, sama agama dengan penghulu itu. Dia makan nasi kami pun makan nasi. Tiada bezanya.

Tapi sekarang ini heboh di surat khabar arus perdana, akan keberanian pelajar universiti yang lantang bersuara. Menceburkan bidang dalam politik. Aku respek mereka kerana lantang bersuara dan berani.

Sejujurnya, pada pandangan aku kalau masa belajar sebolehnya elakkan berpolitik. Gunakan sepenuh masa belajar untuk berlajar. Belajar segala benda disekeliling kita.

Jangan sebab kelantangan suara kita dan kegilaan untuk berpolitik menyebabkan pelajaran terjejas. Ingat tujuan kita datang belajar adalah untuk belajar.

Biar orang tua kita di kampung bangga kerana kita berjaya dalam pelajaran. Lepas itu, kalau nak berjaya dalam politik teruskan usaha mu. Pasti kamu akan jaya.

Fikir-fikirkan….

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini saya dalam perjalanan pulang ke desa.
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku.. Apa khabar semua saudaraku sekalian? Sudah seminggu rasanya
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di