Port Makan Best Di Kuantan: Santai Restoran & Kafe Tanjung Lumpur

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sebut saja port makan best di Kuantan, Tanjung Lumpur pasti menjadi sebutan. Tanjung Lumpur memang sinonim sebagai port makan antara yang terbaik di Kuantan, baik dari segi harga mahupun rasa dan pilihan dari kuih muih, udang celup tepung, ikan bakar sampailah ke tomyam. Memang banyak port makan terbaik boleh di pilih.

Restoran & Kafe Santai Tanjung Lumpur

Kali ini, saya memilih untuk menjamu selera di Restoran & Kafe Santai Tanjung Lumpur, bersama dengan sahabat jauh, Mr Palmarum dari Bandung, Indonesia. Dari jauh turun ke Kuantan kerana kerja beliau, jadi di kesempatan yang ada saya bawa ke tempat yang istemewa ini.

Motto restoran ini iaitu ‘Tenang, Damai, Menyelerakan’ bagi saya adalah amat tepat sekali. Melangkah saja masuk ke dalam kawasan restoren pasti kagum dengan konsep yang dibuat, pelbagai tempat makan boleh pilih samaada nak makan atas pondok buluh, dalam batu, gazebo, atas meja batu dan macam-macam lah.

Santai Restoren & Cafe
Santai Restoren & Cafe
20150515_224149

Konsep di dalam Restoran & Kafe Santai Konsep di dalam Restoran & Kafe Santai

Menu pun ada banyak pilihan yang boleh di buat dari ikan bakar, dan aneka masakan tom yam. Mr Palmarum memilih untuk order Mee Celup manakala saya memilih nasi putih bersama kari hijau (green curry  – bukan mak kau hijau ya.) dengan udang goreng butter. Bersama minuman cuppacino untuk Mr Pal dan necafe tarik untuk saya.

Bersembang dan bertukar buah fikir tidak sampai 15 minit makanan yang kami order sampai. Mungkin orang pun tak ramai lagi masa ini. Boleh katakan servis mereka agak cekap.

Mr. Pal mencuba terlebih dahulu Mee Celupnya. Terus dia memuji. Kata memang sedap dan kena dengan seleranya. Antara yang terbaik pernah di rasanya.

Mr Pal menjadi model Mee Celup
Mr Pal menjadi model Mee Celup

Saya pula mencuba Kari Hijau – memang sedap terasa lemak santan dan pedas yang ala-ala saja. Tidak terlalu pedas dan memang sedap. Memang membuatkan saya menghirup kuahnya.

Udang goreng butter pula memang terasa udang yang mereka guna masih lagi segar. Terasa juicy. Telur goreng dengan butter dia pun sedap. Cuma sedikit terasa manis. Mungkin mereka gunakan susu.

Kari Hijau yang sedap
Kari Hijau yang sedap
Udang Goreng Butter yang terasa fresh udang nya
Udang Goreng Butter yang terasa fresh udang nya

Secara keseluruhan, memang kena dengan selera saya. Rasa makanan dan suasana memang sangat mendamaikan. Sesuai dengan namanya ‘Santai’ memang menjamu selera dengan santainya pada malam itu.

Harga makanan pun bagi saya tidak terlalu mahal. Total makanan yang kami order RM 31.50. Dengan harga yang memuaskan, suasana yang mendamaikan, menu yang menyelerakan memang antara port makan best di Kuantan.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Balik dari Pekan sempat lagi kami menyinggah untuk