Port Makan Best Di Kuantan: Santai Restoran & Kafe Tanjung Lumpur

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sebut saja port makan best di Kuantan, Tanjung Lumpur pasti menjadi sebutan. Tanjung Lumpur memang sinonim sebagai port makan antara yang terbaik di Kuantan, baik dari segi harga mahupun rasa dan pilihan dari kuih muih, udang celup tepung, ikan bakar sampailah ke tomyam. Memang banyak port makan terbaik boleh di pilih.

Restoran & Kafe Santai Tanjung Lumpur

Kali ini, saya memilih untuk menjamu selera di Restoran & Kafe Santai Tanjung Lumpur, bersama dengan sahabat jauh, Mr Palmarum dari Bandung, Indonesia. Dari jauh turun ke Kuantan kerana kerja beliau, jadi di kesempatan yang ada saya bawa ke tempat yang istemewa ini.

Motto restoran ini iaitu ‘Tenang, Damai, Menyelerakan’ bagi saya adalah amat tepat sekali. Melangkah saja masuk ke dalam kawasan restoren pasti kagum dengan konsep yang dibuat, pelbagai tempat makan boleh pilih samaada nak makan atas pondok buluh, dalam batu, gazebo, atas meja batu dan macam-macam lah.

Santai Restoren & Cafe
Santai Restoren & Cafe
20150515_224149

Konsep di dalam Restoran & Kafe Santai Konsep di dalam Restoran & Kafe Santai

Menu pun ada banyak pilihan yang boleh di buat dari ikan bakar, dan aneka masakan tom yam. Mr Palmarum memilih untuk order Mee Celup manakala saya memilih nasi putih bersama kari hijau (green curry  – bukan mak kau hijau ya.) dengan udang goreng butter. Bersama minuman cuppacino untuk Mr Pal dan necafe tarik untuk saya.

Bersembang dan bertukar buah fikir tidak sampai 15 minit makanan yang kami order sampai. Mungkin orang pun tak ramai lagi masa ini. Boleh katakan servis mereka agak cekap.

Mr. Pal mencuba terlebih dahulu Mee Celupnya. Terus dia memuji. Kata memang sedap dan kena dengan seleranya. Antara yang terbaik pernah di rasanya.

Mr Pal menjadi model Mee Celup
Mr Pal menjadi model Mee Celup

Saya pula mencuba Kari Hijau – memang sedap terasa lemak santan dan pedas yang ala-ala saja. Tidak terlalu pedas dan memang sedap. Memang membuatkan saya menghirup kuahnya.

Udang goreng butter pula memang terasa udang yang mereka guna masih lagi segar. Terasa juicy. Telur goreng dengan butter dia pun sedap. Cuma sedikit terasa manis. Mungkin mereka gunakan susu.

Kari Hijau yang sedap
Kari Hijau yang sedap
Udang Goreng Butter yang terasa fresh udang nya
Udang Goreng Butter yang terasa fresh udang nya

Secara keseluruhan, memang kena dengan selera saya. Rasa makanan dan suasana memang sangat mendamaikan. Sesuai dengan namanya ‘Santai’ memang menjamu selera dengan santainya pada malam itu.

Harga makanan pun bagi saya tidak terlalu mahal. Total makanan yang kami order RM 31.50. Dengan harga yang memuaskan, suasana yang mendamaikan, menu yang menyelerakan memang antara port makan best di Kuantan.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Balik dari Pekan sempat lagi kami menyinggah untuk

Sata Kuala Kemaman: Warung Otak-Otak Che Wan

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Hujung minggu lalu, sempat ke Kemaman, Terengganu untuk melawat adik saya yang sedang belajar di sana. Dari tiada aktiviti di Kuantan baik saya melawat adik saya. Sambil bertanya khabar boleh juga saya berjalan di sekitar Kemaman.

Warung Otak-Otak Che Wan
Warung Otak-Otak Che Wan

Bila sampai Kemaman, macam biasa lah target utama pastinya otak-otak Kuala Kemaman, lama tak merasa otak-otak Kuala Kemaman yang famous. Perjalanan dari Kuantan ke Kemaman ambila masa lebih kurang 45 minit saja. Tak jauh mana pun.

Kali ini, saya memilih untuk ke Warung Otak-Otak Che Wan, memang layan otak-otak dia. Panas dan juicy, lemak kelapa dan rasa ikan yang segar dan padu. Sedap beb.

Tapi kalau layan otak-otak tak sah kalau tak layan Pulut Bakar kan? Perfect partner katakan. Pulut bakar pun sedap, dah memang tempatnya. Pulut lemak, serunding ikan pun banyak di isi dalam tu, sedap pula tu. Memang gelojoh la saya menelan nya.

Nasib baik tak tak ada jual yang frozen kalau tak memang saya bungkus bawa balik ke Kuala Lumpur. Tu pun dah tapau untuk makan kat Kuantan. Kat kedai dah dekat 10 biji saya telan bawa balik lagi. RM5 je untuk 10 biji otak-otak. Gelojoh kan?

Kolestrol confirm naik la. Kalau timbang naik juga kilo tu kot. Nasib baik kerja di Kuantan kalau kerja di Kemaman memang hari hari makan otak-otak. Heheheh…. Time ni je dapat makan otak-otak bukan selalu dapat makan.

Kat sini juga mudah, tak payah pergi kedai lain semua ada dari otak-otak, pulut bakar, keropok dan bermacam hasil laut. Mudah kan?

Rupa Sata Kuala Kemaman
Rupa Sata Kuala Kemaman
Sos Keropok Pun Ada Dijual
Sos Keropok Pun Ada Dijual
Keropok Lekor Sedang Dibungkus
Keropok Lekor Sedang Dibungkus

Dah sampai sini boleh la jenguk-jenguk ‘Monica Bay’.

Diet saya minta maaf, terpaksa saya ‘cheat day’. (Hari-hari pun cheat day) hahahaha.. Nanti saya repeat lagi ke Warung Otak-Otak Che Wan.

Nanti saya continue Diet Atkins saya di Kuantan bukan di Kemaman. Hahahah

Workout-workout….

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Balik dari Pekan sempat lagi kami menyinggah untuk

Nasi Kandar Terbaik Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Mohon maaf kerana lama tidak menulis di sini. Kesibukan menguruskan kerja-kerja luar talian dan tugasan belajar menyebabkan dunia blog terpaksa diabai buat seketika. Hari ini hanya ingin menulis mengenai port makan, Nasi Kandar Terbaik Di Kuala Lumpur pada citarasa saya selama 3 tahun bekerja di sekitar ini. Bukan ingin menjadi food blogger tapi sekadar berkongsi rasa.

Nasi Kandar Terbaik : Mohd Yaseem Nasi Kandar Pulau Pinang
Nasi Kandar Terbaik : Mohd Yaseem Nasi Kandar Pulau Pinang

Mohd Yaseem Nasi Kandar Pulau Pinang yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman adalah antara Nasi Kandar Terbaik Di Kuala Lumpur. Kedai yang terletak bersebelahan dengan bengkel motosikal ini ada menyediakan tempat makan yang selasa dan berhawa dingin bagi pelanggan mereka yang berkunjung.

Nasi Kandar Terbaik : Pelbagai Pilihan Lauk
Nasi Kandar Terbaik : Pelbagai Pilihan Lauk
Nasi Kandar Terbaik : Berduyun Pelanggan Beratur
Nasi Kandar Terbaik : Berduyun Pelanggan Beratur

Bagi saya, adunan kuah campur yang dicampur adukkan dengan sempurna memang menaikkan selera sama seperti nasi kandar di Pulau Pinang. Yang paling istimewa di sini bagi saya adalah ayam madu yang terbaik. Lauk yang menjadi kemestian apabila saya berkunjung ke sana.

Nasi Kandar Terbaik : Ayam Madu + Telur Dadar + Lada Hijau
Nasi Kandar Terbaik : Ayam Madu + Telur Dadar + Lada Hijau

Selain, ayam madu terdapat perlbagai pilihan lauk tersedia seperti telur ikan, telur masin, telur dadar, ikan kari, ayam goreng, ayam kicap, daging kicap, sotong, udang dan lain-lain. Kalau nak datang berkunjung ke sini kalau boleh sebelum pukul 12.30 tengahari, kalau tak mahu beratur panjang.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Balik dari Pekan sempat lagi kami menyinggah untuk

Port Makan : Puncak Mutiara Cafe

Asslamualaikum dan salam 1 inspirasi buat semua saudaraku…

Kalian semua pernah pergi tak ke Puncak Mutiara Cafe di Kg. Pelet, Bukit Mertajam Penang??

Ya, saya berkesempatan menyinggah ke situ ketika berkursus di Hotel Summit, Bukit Mertajam tempoh hari. Terima kasih buat Tuan Fazly kerana sudi menjadi pemandu pelancong kami. Kami menerjah ke sana berlima saya (tuan blog), Tuan Fendi (tuan kereta), Tuan Fazly (tuan pemandu pelancong), Tuan Irwan dan Tuan Awang.

Memang kalau pergi sendiri memang kami tak jumpa tempat ni yang agak ke dalam kawasan kampung. Memang tak berani nak masuk pun takut kena kejar dengan orang kampung tapi sebab ada pemandu pelancong berani lah kami.

Pintu Masuk….Puncak Mutiara Cafe, Kg Pelet

Sampai saja kesini, lepas parking kereta, bau kambing mula menusuk hidung. Busuk?? Saya dah biasa bau kambing sebab saya pun orang kampung. (Tetiba rasa nak nyanyi lagu Orang Kampung) Bau kambing ni membuatkan kita berasa yang kita lepas dari kota.

Tempatnya memang best sangat. Aman. Dan nyaman.

Lauk Segar untuk Di Pilih
Pondok Makan yang santai

Tempat makan nya yang konsep pondok yang santai dan privacy. Kedudukan pondok tu memang jauh dan susah nak panggil waiternya. Tapi jangan risau ada butang untu kita panggil waiter yang sedia membantu dan mesra.

Kawan – kawan yang turut sama.

Antara menu best yang ada kat sana (sumber: www.puncakmutiara.com)

Air Kelapa Krital Blender (susu kambing + kelapa) (RM 7.80)
Memang best, saya order dan minum hari tu. Susu kambing segar. Terbaik.
Puncak Mutiara Special (RM 19.90)
Ini Tuan Irwan dan Tuan Awang order. Diorang kata best.
Kambing Masalla (RM 7.50)
Nanti kalau singgah nak cuba ini pula.
Ostrich Masak Pedas (RM27.90)
Insyallah..Nanti ini sasaran utama. hehehe

Saya memang suka makan di tempat ni. Insyallah nanti nak menyinggah ke sini bersama Madam Besar Saya dan Tuan Kecik.

 

Kalau berminat boleh lah menyinggah di Puncak Mutiara Cafe

Peta Puncak Mutiara Cafe

GPS Coordinate :N5.41517° E100.45613°
Address: 

Lot 179, MK 3, Kampung Pelet,
14400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
HotLine No :     1-700-81-9595
Tel No     :     604 – 522 8502 / 522 8503
Fax No     :     604 – 5228501
H/P No     :  
012 – 5175503 / 012 – 206 5003 /
012 – 286 5363
Email     :     query@puncakmutiara.com
Website     :     www.puncakmutiara.com

 

 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Warong Pokok Ceri Jalan Beserah Kuantan adalah satu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sebut saja Burger Bakar yang Best di Kuantan
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Mak Long Corner No
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Balik dari Pekan sempat lagi kami menyinggah untuk