Tag Archives: positif

Pertandingan Tupai Melompat : Kesan Kata Negetif

Assalamualaikum dan Salam Juara buat Saudaraku Sekalian…

Izinkan saya untuk berkongsi satu cerita bersama dengan Tuan-Tuan dan Cik Puan-Cik Puan.

Ceritanya bermula begini….

Di dalam hutan sana, telah diumumkan bahawa akan diadakan satu pertandigan iaitu pertandingan lumba dan melompat sepanjang 10km melalui pokok-pokok balak pada ketinggian 100m dari aras tanah. Pertandingan ini diadakan oleh Raja Tupai bagi mencari pewaris kerajaan nya dan juga menantu baginda. Raja Tupai mempunyai seekor anak yang cukup sexy dan cantik ala-ala JLo.

Pertandingan Tupai

Seluruh alam telah diwar-warkan. Banyak yang turut serta. Ada dari Malaysia dan juga negara luar seperti Afrika, Brazil, Germany, Portugal dan lain-lain lagi. Beratus ekor tupai telah mengambil bahagian. Dan lagi ramai yang menjadi penonton dengan muka pucat lesi kerana ini pertama kali diadakan pertandingan seumpama ini pada ketinggian 100m dari tanah. (Sungguh hebat pertandingan ini tapi hebat lagi pertandingan SEO Eyriqazz vs Denaihati )

“Beta bangga dengan keberanian tuan-tuan sekalian. Ingat pemenang akan menjadi menantu dan pewaris kerajaan beta.” Raja Tupai memulakan ucapan aluannya dengan penuh semangat.

“Semua bersedia, ke garisan dan MULA!!!!” Jerit Raja Tupai memulakan perlumbaan.

Bersungguh-sungguh para peserta berlari dan melompat dari dahan ke dahan. Ada juga yang jatuh dan mati. Ya, jatuh pada ketinggian yang amat tinggi.

Melihat keadaan tupai yang mati dalam keadaan ngeri. Ramai penyokong mula menjerit.

“Jangan teruskan. Kamu akan mati. Hadiahnya tidak seberapapun, nyawa kamu lagi penting!!”. Jeritan mematah semangat mula kedengaran.

Mendengar jeritan itu, makin ramai tupai yang hilang kosentrasi dan mula jatuh seekor demi seekor.

“Bodoh!!! Bergadai nyawa sedangkan kamu tahu kamu tidak akan berjaya”. Jerit seekor penonton lain lagi.

Mendengar jeritan itu makin ramai yang jatuh. Hanya tinggal 20 ekor saja lagi yang meneruskan saingan.

“Kamu berusaha pun, Puteri yang cantik belum tentu mahukan kamu!!!” Jerit penonton lagi.

Makin ramai yang jatuh dan gagal meneruskan saingan itu. Hanya kelihatan seekor saja tupai yang meneruskan saingannya. Bagaikan tidak peduli apa yang diperkatakan oleh penonton.

Berulang-ulang kata negetif dilontarkan kepada peserta. Moral peserta kelihatan mula terjejas. Ramai yang mula goyang dan tertewas dek kata-kata negetif.

Tupai itu makin menghampiri garisan penamat. Dan telah berjaya menamatkan saingan itu dengan jayanya. Maka, tupai itu semakin popular dan akan menjadi pewaris Raja Tupai.

“Tuan, boleh saya tanya, bagaimana tuan dapat menghabiskan perlumbaan ini?? Sedangkan semua yang lain telah gagal??” Seekor wartawan tupai bertanyakan tupai yang menang. Tupai yang menang bagai tidak dengar dan tidak mempedulikannya.

“Tuan….” Panggil wartawan tupai itu, mahukan jawapan pada soalannya.

Tetiba cuit seekor tupai lain dari belakang, mencuit tupai wartawan.

“Usah tanya dia, dia tidak akan jawab sebab dia tidak dengar. Dia pekak.”  Terang tupai tadi pada tupai wartawan.

Melihat pada cerita diatas tupai itu menang kerana dia pekak. Manakala, tupai yang lain telah gagal kerana telah terpengaruh dek kata-kata negetif para penonton. Tengoklah kesan kata negetif pada tupai. Dan cuba andaikan kita adalah tupai tersebut, adakah kita akan merasai kesan kata negetif? Adakah kita?

Sama juga dalam hidup kita, pekakkan telinga apabila mendengar kata negetif, anggapkan itu cabaran untuk kita lebih berjaya. Ambil semua benda dari sudut yang positif.

Dan elakkan melontarkan kata-kata negetif pada orang lain. Bersama kita membantu memajukan diri dan masyarakat.

Sekian.