Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5 Mei 2013 akan menjadi satu titik penentu bagi menentukan siapakah yang bakal menjadi pemimpin yang hebat yang akan mengemudi negara kita kearah negara Malaysia yang maju dan gah di mata dunia. Siapakah yang akan menjadi pemimpin baru kita? Bersama kita turun mengundi bagi menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin yang hebat kita pada masa depan.

Pemimpin yang hebat menawan dunia dengan ilmu
Pemimpin yang hebat menawan dunia dengan ilmu

Bagi para semua calon pemimpin yang hebat, bersedialah anda untuk berkhidmat untuk rakyat. Memperjuang hak rakyat serta mengutamakan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Dan kita pula jangan sesekali lupa untuk menjadi pemimpin yang hebat dalam keluarga dalam organisasi, tidak kiralah siapa pun kita. Kita semua adalah pemimpin. Kita yang memimpin kearah mana kita nak bawa diri kita dan keluarga kita kerana hanya kita akan menentukan nasib kita, kita yang menentukan arah tuju kita. Pastikan kita hidup bermatlamat. Jangan biarkan ianya menjadi sia-sia.

Ingat hanya kita yang dapat mengubah nasib kita. Jangan sesekali hanya berserah pada takdir semata-mata tapi berusaha untuk mengubah keadaan kita. Ingat dalam Al-Quran, surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”.

Ayuh kita terus berjuang, berjuang menjadi pemimpin yang hebat. Bersama kita bangkit mengubah nasib diri kita,keluarga kita, agama kita, bangsa kita dan negara Malaysia kita. Ayuh saudaraku.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... PRU13 semakin hampir, dan entri ini bukan propaganda untuk
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) saya masih
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Ramai yang sibuk melaungkan 'Peace, No War', 'Save
Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel

Untung Pelajar Sekarang

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua…

PRU13 semakin hampir, dan entri ini bukan propaganda untuk PRU13. Saya tidak sokong mana-mana dan tidak dibayar mana-mana pihak. Entri ini adalah pendapat peribadi saya.

Untung pelajar sekarang banyak kemudahan yang kerajaan sediakan sebenarnya. Kalau dibandingkan zaman saya belajar dahulu dengan kini memang jauh bezanya.

Untung pelajar sekarang - Belajarlah rajin rajin
Untung pelajar sekarang – Belajarlah rajin rajin

Dulu nak beli buku ke apa pun, korek la tabung gajah ke apa. Korek lah serdak serdak balance PTPTN untuk beli buku rujukan. Kadang-kala fotokopi saja. Kini kerajaan sediakan insentif baucer buku RM250. Agak besar tu sebenarnya, kalau buku rujukan mungkin boleh dapat dalam 2 buah. Kalau buku motivasi tulisan John C. Maxwell, Napeleon Hill dan seangkatannya boleh la dapat 4-5 buah. Kira bagus dapat membantu.

Tapi saya tidak faham apabila ramai juga pelajar yang sibuk menjual baucer ini untuk dapatkan wang tunai. Kenapa mesti dijual, kenapa tidak digunakan? Kan lagi baik jika kemudahan yang disediakan ini digunakan sebaiknya.

Mahasiswa sekarang juga dapat kemudahan Kad 1Siswa yang mana membolehkan pelajar membeli barangan keperluan dengan harga diskaun di premis yang terpilih. Bagi saya ini lagi satu penjimatan dan kemudahan yang bagus yang ditawarkan kerajaan. Untung pelajar sekarang, kerajaan banyak sediakan kemudah yang membantu meringankan beban pelajar.

Bagi yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat sarjana juga kerajaan ada menyediakan beberapa skim yang dapat membantu pelajar untuk meneruskan pelajaran. Untuk yang bekerja dengan swasta atau yang tidak bekerja, MyBrain15 ada disediakan. Mereka boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran.

Memang untung pelajar sekarang, banyak kemudahan sudah disediakan. Cuma mahu atau tidak mahu sahaja untuk terus belajar.

Memang bertambah untung pelajar sekarang jika PTPTN dapat mengurangkan kadar servis caj mereka. Itu sangat membantu semua orang.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kalau dulu peminjam tegar PTPTN disenarai hitam oleh
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..... Tempoh bulan madu saya dah tamat, pengembaraan dunia
Assalamulaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Zaman yang makin canggih dan maju ini di

PRU 13 : Perang Bendera Sudah Bermula

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) saya masih belum tahu, tidak pasti pula sama ada sudah ada pengumuman atau belum. Tapi ada khabar yang saya dengar yang menyatakan akan ada PRU13 akan berlangsung bulan Mac 2013, tarikh tepat belum pasti lagi.

Perang bendera - Jangan sampai perang saudara
Perang bendera – Jangan sampai perang saudara

Tempat saya tinggal sekarang ini sudah penuh dengan bendera, jika dua minggu sudah hanya bendera timbang saja yang ada. Sekarang ini bendera mata pun sudah kelihatan. Ini bermakna perang bendera sudah bermula ditempat saya. Tidak tahu lah mereka sudah umumkan perang bendera atau belum. Tapi caranya cam dah bersedia untuk berperang.

Kalau dahulu masa remaja saya, kerja gantung bendera ini agak seronok. Almaklumlah dapat upah gantung bendera ini, tak kiralah parti mana. Satu malam dapat RM50 kira besar sudah masa tu. Perang bendera bukan setakat gantung bendera saja, tapi kemuncak perang bendera apabila main bakar motor sambil bawak bendera. Gaya nya cam penyokong tegar padahal sebab kena bayar tu yang buat. Kalau tak jangan harap duit nak isi minyak pun tiada padahal nya.

Apapun, harapnya perang bendera sekadar perang bendera sahaja. Jangan sampai perang saudara, jangan sampai bergaduh jiran tetangga. Bersatulah kita, usah kita bergaduh kerana parti. Tiada apa kepentingan yang kita dapat kecuali jika kita adalah calon parti.

Perang bendera - Kalau nak sangat berperang, pergilah berjuang Syahid di Gaza.
Perang bendera – Kalau nak sangat berperang, pergilah berjuang Syahid di Gaza.

Bagi saya, parti mana pun yang menang saya tidak kisah sangat. Yang penting biarlah pemimpin yang tepat, yang mampu memimpin dan menjaga kepentingan rakyat bukannya kepentingan peribadi. Para wakil rakyat, ingat tugas pemimpin itu berat dan besar tanggungjawabnya. Namapun wakil rakyat, jadi tugas besar anda adalah membela rakyat dikawasan anda. Ingat, pemimpin adalah antara golongan yang pertama akan disoal di akhirat kelak.

Dan kita sebagai rakyat, jalankan tugas kita sebaiknya. Bersatu kita tidak kira parti. Ramai yang diluar sana yang seronok memerhatikan bangsa kita, bangsa Melayu retak dan roboh yang ingin mengaut di air yang keruh.

Perang bendera, perang sekadar suka-suka. Jangan terlalu taksub perang bendera sampai kerja tugasan hakiki kita tinggalkan. Tugas sebagai suami, tugas sebagai isteri, tugas sebagai pekerja, tugas sebagai majikan. Kerja tetap kita kena kerja, kena berusaha memajukan diri. Selamat berusaha dan selamat maju jaya kawan-kawan.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... PRU13 semakin hampir, dan entri ini bukan propaganda untuk
Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut. Itu
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah