Dugaan Bukan Di Pinta

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Dugaan tiada siapa mahu dugaan. Tiada siapa yang suka akan dugaan. Datangnya dugaan bukan di pinta. Tiada siapa yang pinta dugaan tapi ia datang kerana Allah swt mahu menguji hambanya.

Tidak kira kecil atau besar dugaan yang mendatang kita perlu menghadapinya perlu tabah menangani nya. Bagaimana cara kita hadapi dugaan itu adalah amat penting.

Kejadian Tsunami di Acheh, Kedah dan Penang, Kejadian Ribut Haiyan di Filipina, Kejadian Banjir Lumpur di Cameron Highland, Kejadian Ribut Creek di Sabah, Tragedi Pos Dipang, Tragedi Hoghland Tower dan banyak lagi. Semua adalah dugaan. Dugaan yang datang menguji kita. Apakah pelajaran yang kita ambil dari semua dugaan ini? Tengok saja atau ambil iktibar? Fikirkan. Semua yang terjadi pasti ada sebabnya.

Demam, sakit kepala dan batuk juga dugaan. Dugaan kecil yang datang menguji kita. Bagi menghapus dosa kecil.

Tidak kira besar atau kecil dugaan yang terjadi, tabahlah menghadapinya dan ambilah iktibar dari setiap dugaan yang mendatang. Dugaan bukan di pinta tapi perlu kita hadapinya.

Posted from WordPress for Android

Lihat Dalam Cermin

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Kita lihat dalam cermin, hanya diri sendiri yang kelihatan. Bagaimanakah kita? Bergayakah kita? Handsome kah kita? Sudah botakkah kita? Sudah boroikah kita? Sudah berubankah kita? Masih mampu berdirikah kita? Masih mampu bersujudkah kita? Jika jawapannya ya, ambillah wudhuk sujudlah pada-Nya. Jika jawapannya tidak sekalipun, ambillah wudhuk sujudlah pada-Nya. Bersyukurlah kita masih lagi mampu lihat dalam cermin diri kita sendiri, ertinya kita masih bernyawa.

Lihat Dalam Cermin
Lihat Dalam Cermin

Kita lihat dalam cermin, kita nampak diri kita sendiri. Sekarang ini, marahlah orang dalam cermin itu? Makilah orang dalam cermin itu? Hinalah orang dalam cermin itu? Tempelaklah orang dalam cermin itu? Sudah puas hati kita? Bagaimana muka kita? Buruk, sudah tentu buruk kerana amarah adalah sifat yang disukai syaitan. Apa perasaan kena marah? Itulah perasaan orang lain setiap kali dimarah, dimaki, dicaci, dihina oleh kita. Ingat kawal amarah, itu sebaiknya dan disukai Allah swt. Amarah itu sifat terkeji.

Kita lihat dalam cermin, hanya nampak diri kita sendiri. Cuba senyum pada orang dalam cermin itu? Cuba tuturkan kata manis pada orang dalam cermin itu? Apakah perasaan kita? Tenang? Bahagia? Sudah tentu kerana senyuman dan tutur kata yang baik amat disukai oleh semua orang di dunia ini.

Kita lihat dalam cermin, hanya nampak diri kita sendiri. Cubalah berbuat baik pada orang dalam cermin itu, pasti dia akan melakukan perkara yang sama. Sekarang ini, cubalah tumbuk cermin itu nescaya ia akan melakukan perkara yang sama. Itulah gambaran hidup di dunia ini, kita berbuat baik, baiklah kita dapat. Dan begitulah sebaliknya.

Kita lihat dalam cermin. Ya saya lihat dalam cermin. Saya sedang mencerminkan diri ini. Mencerminkan diri saya dari sudut yang paling dalam. Masih lagi cuba untuk mengenali diri sendiri sebelum orang lain mengenali saya.

Sekadar peringatan kepada diri sendiri.