Ragam Si Anak

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Rindu ragam si anak, itulah satu kerugian bagi saya seorang Bapa jarak jauh atau lebih glamour ‘weekend husband’. ‘Weekend Husband’ bukan bermakna kahwin 2 hari bujang 5 hari. Status tetap sama bezanya cuma tidak dapat bersama keluarga setiap hari.

Rugi serugi ruginya… Terlepas momen terbaik untuk melihat anak membesar di depan mata memang satu kerugian. Tidak dapat nak lihat ragam si anak.

Kekadang terkedu meilhat foto-foto kiriman isteri, terutama melihat teletah si Adik yang semakin lincah dan lasak. Hanya mampu tersenyum sendiri melihat teletah Anak Dara saya yang seorang itu.

Kalau nak dibandingkan dengan Abang Haiqal dia memang lagi hebat, lagi Advance kata orang. Benar kata orang tua-tua ‘Anak Perempuan lebih lasak’, kenyataan yang tidak dapat saya sangkal apabila melihat teletah adik yang bermacam ragam.

Ragam Si Anak Dara Saya
Ragam Si Anak Dara Saya

Setiap kali hujung minggu berjumpa dengan anak-anak ada saja perkembangan baru. Ada saja teletah baru. Ada saja ragam baru.

Anak-anak memang melengkapkan hidup kami suami isteri, menceriakan dan membuat kami terenyum.

Anak juga mematangkan saya dalam kehidupan ini.

Bagi saudara diluar sana, hargai setiap detik bersama keluarga. Kerana ia adalah masa yang paling berharga.

Assalamualaikum buat semua saudaraku... Apa khabar semua saudara ku? Sihat sejahtera bahagia senantiasa hendaknya buat
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi... Nak Untung Tapi Rugi. Ini saya ingin berkongsi pengalaman saya.
Emel dan Surat....Dulu dan Sekarang..

Up And Down

Assalamualaikum buat semua saudaraku…

Apa khabar semua saudara ku? Sihat sejahtera bahagia senantiasa hendaknya buat semua.

Up and down, begitulah hidup ini tidak selalunya kita di atas dan tidak selalunya kita di bawah, tepulang pada usaha dan rezeki kita. Dalam berblog juga begitu, ‘up and down’ adalah satu lumrah. Blog saya jarang sekali ‘up’ selalu saja ‘down’, inilah kalau jenis yang mudah hilang fokus dan selalu ke laut saja kosentrasi nya. Jangan contohi hal begini.

Ini teletah tuan kecil saya yang ‘up and down’ mengikut irama air pancut. Dah semakin membesar tuan kecil saya makin banyak ragam yang menghiburkan kami sekeluarga. Semoga anakku membesar menjadi anak yang soleh.

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi... Nak Untung Tapi Rugi. Ini saya ingin berkongsi pengalaman saya.
Emel dan Surat....Dulu dan Sekarang..

Wordless Wednesday : Jualan Murah

Jualan  Murah, Potongan harga
Jualan Murah
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Rindu ragam si anak, itulah satu kerugian bagi
Assalamualaikum buat semua saudaraku... Apa khabar semua saudara ku? Sihat sejahtera bahagia senantiasa hendaknya buat
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi... Nak Untung Tapi Rugi. Ini saya ingin berkongsi pengalaman saya.
Emel dan Surat....Dulu dan Sekarang..

Nak Untung Tapi Rugi

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi…

Nak Untung Tapi Rugi. Ini saya ingin berkongsi pengalaman saya. Nak kata pengalaman ditipu memang tak, sebab ianya silap saya dalam membuat keputusan. 

Adaptor Laptop HP

Laptop Compaq saya telah hampir 4 tahun lebih menabur bakti kepada saya. Banyak telah saya gunakan dan buat dengan laptop ni, dari benda elok sampai lah kepada benda yang tak elok. (Saya bukan budak baik).

4 tahun jugalah saya menggunakan laptop ini untuk berblog. Ya jasanya sememangnya amat besar pada saya. Dari bujang sampai bertiga sekarang ini dia masih lagi berjasa.

TV terbaik ketika ini

Laptop power?? Laptop saya spec biasa saja. Rank Windows7 pun 3.5 saja kerana tiada grafik card. Memang laptop ini ada masalah untuk mainkan game atau sebarang perisian bergrafik tinggi.

April tahun 2012, laptop ini mula meragam. Bukan masalah apa pun. Adaptor laptop ni dah blow. Dah meletup. Almaklum lah dah sampai ajalnya setelah lama berkhidmat.

Nak dijadikan cerita, disebabkan nak sangat untung. Nak jimat punya pasal. Saya mencari lah adaptor baru di Low Yat. Dapat 1 adaptor RM60. Murah kan?? Memang murah. Semua nya ok dan lancar. Khidmatnya tiptop.

Checkup Kereta guna Twiiter?? Boleh caya ke??

Prestasi cermerlangnya tidak lama. Dua bulan sahaja. Waranti adaptor murah ini hanya sebulan. Jadi dah tak boleh nak buat apa. Masalah adaptor ini adalah lambat tangkap current. Kadang terpaksa menunggu hampir 30minit baru boleh on power laptop. Kekadang langsung tak boleh on. (Bateri laptop memang dah lama kong.)

Julai 2012, saya nekad. Dah tak tahan dengan adaptor murah, lalu saya pecat adaptor murah dari jawatannya. Lalu saya mencari pengganti baru di Digital Mall, PJ SS14.

Mencari punya mencari saya jumpa 4 pilihan :

  1. Original Hp : RM139.00
  2. Adaptor multi purpose (Brand A…brand sebenar lupa) : RM110.00
  3. Adaptor multi purpose (Brand B…brand sebenar pun lupa) : RM89.00
  4. Adaptor murah : RM69.00

 

Pilihan no.4 memang saya reject terus sebab dah ada pengalaman lalu. Tinggal pilhan no 1, 2 dan 3. Disebabkan tak yakin dan tak berani ambil risiko sekali lagi saya nekad untuk reject pilihan 2 dan 3. Jadi saya beli pilihan 1, original HP.

Walaupun mahal, kualitinya lebih terjamin. Dan sekarang beliau sedang ceria menjadi bini baru Laptop Compaq saya.

Dek kerana nak jimat sangat. Saya telah kerugian RM60.00, kalau dari awal saya pilih original HP selamatlah RM60.00 itu dan boleh buat belanja. Itulah kesilapan dalam membuat keputusan nak untung tapi rugi.

Membuat keputusan yang tepat dalam apa jua keadaan adalah penting dalam hidup ini.

 

PS: Sekarang memikirkan untuk menukar bateri Blackberry yang sudah kong. Kawan ada suggest bateri China RM60.00….Tapi saya dah serik rasanya, sekarang tengah kumpul untuk beli bateri original.

 

Galaxy S3 murah..murah..murah bangat..

 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Rindu ragam si anak, itulah satu kerugian bagi
Assalamualaikum buat semua saudaraku... Apa khabar semua saudara ku? Sihat sejahtera bahagia senantiasa hendaknya buat
Emel dan Surat....Dulu dan Sekarang..

Wordless Wednesday : Reality #2

realiti, emel, surat, ragam
Emel dan Surat….Dulu dan Sekarang..
Assalamualaikum buat semua saudaraku... Apa khabar semua saudara ku? Sihat sejahtera bahagia senantiasa hendaknya buat
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi... Nak Untung Tapi Rugi. Ini saya ingin berkongsi pengalaman saya.