Tag Archives: rahsia jutawan islam abdul rahman bin auf

Buku Jutawan : Kenapa Saya Membeli Buku Jutawan??

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi.

Sebelum ini saya ada bercerita tentang Buku Jutawan : Untuk Jutawan Ke??. Hari ini saya ingin berkongsi kenapa saya membeli buku-buku jutawan. 

Buku yang bertajuk Jutawan ni boleh saya katakan satu niche yang menarik untuk kita beli dan baca. Beberapa contoh buku jutawan:

Jutawan Dari Planet Jupiter, azizi ali

Jutawan Dari Planet Jupiter

Rahsia jutawan Internet, irfan khairi

Rahsia Jutawan Internet – Irfan Khairi

Minta jutawan gaya trump, shah kadir

Minda Jutawan Gaya Trump – Shah Kadir

Bila tengok tajuk ketiga-tiga buku di atas pasti ramai yang akan tergoda apabila niche Jutawan diletakkan disitu. Saya pun sama juga. Tapi ketiga-tiga buku di atas saya belum milikki, insyallah suatu hari nanti.

Saya miliki buku ini :

Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf , Aizuddinur Zakaria

Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf – Aizuddinur Zakaria

Pernah seorang saudara dan kawan datang ke rumah saya, dan terlihat atas meja buku di atas iaitu Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman bin Auf. 

“Wah, baca buku jutawan lagi dia. Hebat. Nak jadi jutawan ke?”

“Ya, saya nak jadi jutawan

Terus terdiam saudara saya itu.

Memang saya ingin jadi jutawan kalau ada rezeki. Tapi buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman bin Auf, saya beli kerana saya kagumi sahabat rasulullah tersebut. Sedikit petikan dalam buku ini yang menggambarkan betapa hebatnya Abdul Rahman bin Auf (RA) adalah:

Dalam sejarah hijrah, Rasulullah telah mempersaudarakan Abdul Rahman bin Auf (RA) dengan sorang hartawan Madinah iaitu, Sa’ad bin Rabi‘. Sa’ad bin Rabi’ telah menawarkan harta dan istierinya untuk saudara barunya, tetapi Abdul Rahman bin Auf (RA) telah menolaknya tawaran suadara Ansar beliau. Lalu Abdul Rahman bin Auf (RA) berkata :

“Tolong tunjukkan saya jalan ke pasar”

Hebat bukan??

Sebenarnya saya membeli buku sebegini tiada sebab lain lagi tapi adalah kerana saya suka membaca. Membaca buku mahupun blog adalah salah satu hobi saya. Saya juga suka melihat koleksi buku saya bertambah. Sebenarnya, semakin banyak kita membaca, semakin banyak yang kita tidak tahu dan merasakan kita semakin kecil. Ilmu tidak akan habis untuk kita pelajari, jadi belajarlah sehingga ke liang lahad.

TV terhebat masa kini…

Walaupun saya tidak menjadi seorang jutawan atau hartawan, saya tidak pernah kecewa sedikit pun. Sekurang-kurangnya jadilah saya seorang berilmu. Itu lagi bermakna dan bahagia.