Menulis Untuk Menjemput Rezeki

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…..

Syukur alhamdulillah. Ada yang sudi memandang pada blog kecil daddydee.net ini. Blog yang tidak seberapa indah dari segi nama, trafik dan juga bounce rate. Tapi itulah kalau sudah tertulis rezeki itu milik kita ia akan kita miliki.

Menulis Untuk Jemput Rezeki
Menulis Untuk Jemput Rezeki

Selepas hampir setahun lebih saya menulis untuk menjemput rezeki, syukur alhamdulillah ada rezeki untuk saya. Walaupun Nuffnang agak suram dengan saya, 8share dan Ranking Alexa tetap mesra dan manja.

Sejak kebelakang ini, alhamdulillah mula ada beberapa pihak yang mula minat untuk menggunakan khidmat blogger kecil seperti saya. Ada beberapa emel yang menggembirakan hati saya menerjah masuk kebelakangan ini. Rezeki jangan ditolak, betul tak?

Percaya atau tidak itulah yang terjadi apabila kita ikhlas menulis untuk menjemput rezeki akan ada yang akan kita miliki. Yang penting berusaha untuk menulis dengan lebih baik dan terus berkongsi.

Menulis untuk menjemput rezeki yang saya cuba praktikkan alhamdulillah mula membuahkan hasil. Tidak sia-sia pelaburan untuk dapatkan ilmu dari Teknik Seo Merah Jambu dan Rahsia Penulisan Berkualiti. Sekarang ini cuba memperbaiki trafik dan bounce rate dengan dua panduan di atas.

Jika ada yang berminat untuk menggunakan khidmat saya boleh hubungi saya melalui emel. Inn sha allah akan saya respon dalam kadar segera.

Bacakan review ebook Teknik SEO Merah Jambu.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... 'Wah, dah jadi blogger sekarang?' Tegur seorang kawan
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Syukur Alhamdulillah, kita sudah hampir ke penghujung bulan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kejayaan tidak mengenal siapa, tapi siapa yang mahukan