Rentak Menulis

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sudah 3 hari kita melalui tahun 2013, bagaimanakah permulaan tahun 2013 saudara sekalian? Permulaan saya agak huru-hara. Sekejap kacak sekejap selebet, sekejap corot sekajap naik. Ada saja perkara yang best dan tak best yang terpaksa saya dengar dalam 3 hari ini.

Rentak Menulis
Rentak Menulis

Rentak menulis blog juga agak perlahan di awal tahun 2013 ini. Susah juga nak dapatkan kembali rentak menulis yang seperti dulu. Mencungkil idea juga bukan senang, itu sememang saya akui. Sukar untuk menulis untuk menarik para pembaca semua.

Bak kata tuan Titan, ‘Menulis dengan jiwa’. Itu adalah antara yang paling sukar. Untuk menjiwai tulisan itu. Saya masih belum berada di tahap itu.

Setakat ini saya masih menulis pengalaman saya dan perihal yang boleh saya kongsikan dengan pembaca, mencuba sebaiknya untuk menyampaikan setiap maklumat. Diharap maklumat disampaikan adalah tepat. Dan yang paling penting adalah cuba untuk mengelakkan ‘fitnah’.

Harapnya saya akan segera mendapat rentak untuk menulis kembali dengan segera. Harap dapatlah nanti tersenarai sebagai 10 blogger terbaik Malaysia.

Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan