Jual Rokok Elektronik Salah ?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Pasti masih ada yang tertanya-tanya jual rokok elektronik salah ke? Jawapanya adalah denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali adalah denda yang menanti bagi kesalahan menjual atau mengedar cecair nikotin rokok elektronik.

Rokok Elektronik adalah salah
Rokok Elektronik salah – Elemen dalam Rokok Elektronik

Petikan akhbar adalah seperti berikut:

BENTONG — Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

Sumber Kosmo

Adakah Rokok Elektronik ini merbahaya? Jawapanya ada dalam petikan di bawah yang berbunyi:
Rokok Elektronik adalah salah?
Rokok Elektronik salah? – Smoker Heaven
VIENNA 4 Sept. – Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.
Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.
Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.
Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.
Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.
Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.
Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.
Lagi satu Artikel :

PEROKOK yang menggunakan rokok elektronik atau rokok-e kini didapati terdedah kepada bahaya bahan-bahan kimia beracun. Rokok-e yang menawarkan campuran cecair nikotin, perisa dan bahan-bahan kimia lain tanpa asap ini terbukti tidak 100 peratus selamat.

Satu kajian saintifik mendapati rokok-e mengandungi karsinogen dan bahan-bahan kimia bertoksik seperti diethylene glycol.

Syarikat-syarikat Britain yang menjual rokok-rokok ini bagaimanapun mendakwa rokok-rokok standard itu tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya dan toksin berkarsinogenik.

Namun, Pentadbiran Perubatan dan Makanan Amerika Syarikat (AS) yang telah menguji 19 variasi rokok elektronik telah mengeluarkan surat amaran tentang tahap keselamatan produk-produk ini.

Meskipun rokok-e diharamkan di sesetengah negara seperti Kanada, ia boleh didapati dengan mudah melalui pelbagai laman web Britain. Malah, sebahagiannya juga mengandungi perisa seperti strawberi dan karamel yang dibimbangi boleh menarik minat pengguna kanak-kanak.

“Kami mengesyorkan sesiapa yang ingin berhenti merokok agar mencuba produk nikotin perubatan lain seperti gula-gula getah atau inhalator yang telah diuji selamat dan berkesan,” kata Deborah Arnott, Pengarah Action on Smoking and Health AS. – Independent

Sumber Kosmo
Apapun, terpulang pada diri masing-masing untuk membuat pilihan untuk merokok atau tidak samada menggunakan rokok atau rokok elektronik. Tepuk dada tanya selera. Mana satu selera pilihan anda.
Rokok Elektronik adalah salah? - Rokok elektronik keluaran EdSylver
Rokok Elektronik salah – Rokok Elektronik keluaran EdSylver
Satu lagi berita gembira buat pengedar rokok elektronik iaitu ‘Peningkatan permintaan terhadap rokok elektronik yang sentiasa meningkat iaitu 30% setahun sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2007, ianya telah dilaporkan  oleh EdSylver (syarikat pengeluar rokok elektronik).’
Jadi bagi pengedar rokok elektronik terpulang kepada anda menentukannya. Untuk mengaut keuntungan ketika inilah kerana permintaan memang sedang meningkat. Kalau ikut undang-undang, penjualan rokok elektronik salah, jadi berani buat berani tanggung. Betul tak?

Kesan Rokok Elektronik?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Entri saya sebelum ini, Rokok Elektronik : Pandangan Saya, ramai yang telah mengemukakan pandangan masing-masing, saya cukup seronok membacanya. Pelbagai pendapat yang dikemukakan malah ada juga yang agak emosi. Semua mengulas dan berkongsi pengalaman mereka.

Walaupun saya bukan perokok premier, saya hanyalah perokok sekunder kerana hampir 85% kawan-kawan saya (lelaki) adalah perokok. Dan saya tidak pernah menghalang mereka merokok, itu hak mereka, walaupun saya tahu perokok sekunder lebih banyak mendapat kesannya.

Rokok yang pernah boss saya hisap dulu
Kesan Rokok Elektronik – Kelihatan seperti rokok biasa.

Berbalik kepada rokok elektronik, ada yang menulis dalam ruangan komen entri sebelum ini, menyatakan bahawa kerajaan mengharamkan rokok elektronik (e-cig) ini kerana cukai bukan atas dasar kesihatan sebenarnya. Memang tidak dinafikan bahawa rokok adalah penyumbang pendapatan cukai negara yang paling tinggi.

Tapi pernahkah kita melihat kesan rokok elektronik kepada masyarakat? Terutamanya pengaruh dan kesan rokok elektronik kepada golongan kanak-kanak dan remaja?

Rokok Elektronik
Kesan Rokok Elektronik – rekabentuk rokok elektronik yang popular kini.

Apa pun, bagi saya gejala ini tetap perlu di bendung dan penjualan perlu dikawal terutama dikalangan pelajar sekolah. Kalau dulu pelajar yang merokok boleh dikesan melalui asap atau bau, tetapi apabila rokok e-cig ini tiada bau dan asap memang agak sukar untuk cikgu mengesan kegiatan merokok di kawasan sekolah. Sama juga dengan ibu bapa, sukar bagi mereka untuk mengesan anak mereka merokok dalam rumah dengan menggunakan rokok elektronik ini.

Walaupun bukan perokok, saya pernah merasai nikmat lari lintang pukang dek kerana dikejar guru disiplin kerana merokok. Saya tidak merokok tapi tukang cover line. Jadi berkongsi saham lah, kena kejar sama-sama lari sekali. Sampai sanggup menyorok dalam longkang.

Kemungkinan juga, rokok elektronik yang sepatutnya menjadi alat membantu untuk berhenti merokok bagi perokok tegar, akan tetapi ia juga mungkin menjadi alat bantu bagi pelajar yang baru mula belajar merokok. Seperti yang kita ketahui, rokok elektronik adalah lebih ringan walaupun harganya agak mahal tapi ia bukan penghalang. Tidak mustahil dari keseronokan suka-suka menghisap rokok elektronik bertukar kepada rokok, menghidu gam, ganja dan dadah. Tidak mustahil bukan? Jika keteguhan hati, jiwa dan iman mereka tidak kuat pasti mereka terpengaruh.

Di pejabat juga, penggunaan rokok elektronik bagi saya perlu diharamkan. Walaupun tiada bau dan asap serta dikatakan tidak merbahayakan orang lain, perbuatan menghisap rokok elektronik dalam pejabat tetap perbuatan merokok. Kelihatan agak tidak sopan apabila rokok elektronik dihisap dalam pejabat. Sebab ini yang berlaku di pejabat saya sekarang. Dan ada juga yang menghisapnya sementara menunggu mesyuarat bermula di depan bilik menyuarat.

Diharapkan kesan rokok elektronik kepada masyarakat adalah satu yang sihat iaitu dapat mengurangkan jumlah perokok tegar dan bukannya menjadi alat mula masalah sosial yang lain. Ini adalah pendapat saya semata. Apa pandangan saudara saudari pula tentang hal ini? Jom kita kongsi.

Entri yang telah lama diperap. Rasanya sudah matang untuk dihidang.

Hot Keyword : Rokok Elektronik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Rokok elektronik memang menjadi satu fenomena sekarang ini. Ramai yang mula beralih dari rokok kepada rokok elektronik (e-cig). Dalam minggu ni saya telah menulis satu artikel iaitu Rokok Elekronik : Pandangan Saya, ternyata ianya menjadi hot keyword bagi blog daddydee.net pada minggu ini.

keyword
Hot Keyword daddydee.net – sumber dari nuffnang
keyword2
Hot Keyword daddydee.net – sumber dari Google Analytics

Sebenarnya saya menulis entri Rokok Elektronik : Pandangan Saya, adalah untuk berkongsi pandangan saya tentang perihal rokok elektronik ni. Ternyata ianya mengundang pelbagai respon antaranya:

  1. Pandangan dari Tuan Edy – skadar brkongsi pndapat tntang rokok elektronik (e-cig). ‘e-cig’ berfungsi sbg wap air yg dari cecair (e-liquid) yg mrupakan dari bahan: (1) PG(propylene glycol) yg slamat dgunakan dan di iktiraf U.S. Food and Drug Administration, (2) VG(vegetable glycerin) yg mrupakn dr minyak tumbuhan2, selalu dgunakan utk perasa, ingredient utk kek, produk kecantikan dan kulit. (3) Nikotin. wlupun ada nikotin, tp pngguna bleh memlih utk nikotin rendah atau tiada nikotin. Brbanding rokok yg mngandungi racun, bahan kimia, nikotin, dll, e-cig hanya mngndungi bahan2 trsebut shj. kalau nk sebut tntang nikotin, buahan2 spt tomato pun ade sdikit nikotin, prlukah farmasi shj yg bleh mngeluarkan? Untuk perokok tegar agak ssah utk trus brhenti dn perlukan alternatif, wlaupun segelintir org ckp snang. tepuk dada tanya selera. siapa perokok tegar faham sy ckp. ni ada video doktor pakar brkata tentang e-cig.
    http://www.youtube.com/watch?v=x_MAOyU3ybk&feature=player_embedded*kalau e-cig ni ada tax, baru legal agaknye. hahaha
  2. Pandangan dari Tuan hairulazniSebelum ni memang tak tahu pasal e-cig ni..dalam seminggu dua lepas ada sorang kawan yang tunjuk benda ni..tapi tak berminat pun..alang2 nak hisap,baik hisap rokok betul..baru ada feel..haa..haa..
  3. Pandangan dari effortlabkalau dah namanya rokok, memang ada kesan. mungkin kesannya kita akan rasa dalam tempoh yg lama. pucuk pangkal perokok tu sendiri. hakikatnya, seorang perokok susah nak berhenti sebab nikotin dah sebati dalam badan. bila kurang nikotin, badan jadi lemah.
  4. Pandangan dari Tuan PuteraUtara – as salam… , ni pulak komen aq , aq seorang perokok tegar , dari dulu lg aq berniat nk benti merokok ni , penah aq berenti , tp selama beberapa hari je , lps tu sangkut balik, bg yg hisap rokok tu tahu la cm ne rasa nya klu x hisap beberapa hari , tp bila aq hisap rokok eletronik ni , aq memang dh x igt dh kat rokok tembakau , itu baru seminggu aq hisap rokok eletronik ni , klu sebulan , bau hasap rokok tembakau pun busuk , ini bukan aq yg kata , tp org yg dh lama hisap rokok eletronik ni , bg yg bg komen pasal rokok dan x de pengalaman merokok , jng sembang pandai la…

Terima kasih atas semua pandangan tersebut. Saya amat menghargai pendapat dan pandangan mereka. Ada lagi dua tiga komen dan bolehlah rujuk pada link.

Saya memang bukan perokok tapi saya dikelilingi perokok. Baik dari keluarga mahupun kawan-kawan memang majoritinya merokok. Saya jenis yang tidak kisah berkawan dengan perokok, asalkan mereka tidak mengajak saya. Malu untuk belajar merokok di usia yang sudah petang ini. Lagipun, saya sudah melihat kesan merokok itu sendiri.

Berbalik kepada rokok elektronik yang telah menjadi hot keyword bagi blog saya pada minggu ini, sebenarnya apa yang saya tulis sebelum ini adalah pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman beberapa sahabat terdekat saya yang pernah mengguna rokok elektronik ini dan pembacaan saya. Saya memang bertanyakan pandangan mereka selepas menggunakan rokok elektronik ini. Jawapan mereka ternyata sama, mungkin rokok elektronik tidak sesuai dengan jiwa mereka.

Saya faham lain orang lain citarasa, lain pandangan, lain rentaknya. Apapun, buatlah pilihan terbaik dalam hidup ini. Hidup adalah tentang membuat pilihan.

Rokok Elektronik : Pandangan Saya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Rokok e-cigerette kini dilihat menjadi satu fenomena dan trend. Kalau dilihat ramai yang mula terjebak dengan rokok elektronik yang dikatakan tidak merbahayakan kesihatan. Sana sini saya pergi kelihatan ramai yang mula lepak dengan menayangkan rokok e-cigerette.

E-cigeratte
E-cigeratte

Saya dapat tahu pasal rokok e-cigeratte ni sejak 3 tahun lalu, apabila diperkenalkan oleh kawan. Namun harganya hampir RM300 lebih tapi kini rokok e-cigeratte boleh didapati dengan harga RM100 lebih sahaja. Kalau dulu, hanya buatan Eropah atau Amerika sahaja dipasaran kini sudah ada buatan China.

Ramai yang menyatakan rokok elektronik salah satu penyelesaian untuk berhenti merokok. Ia juga dinyatakan juga tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya hanya wap air berbanding rokok biasa yang asap.

Pada pandangan saya ianya bukan penyelesaian untuk berhenti merokok. Bagi saya untuk berhenti merokok adalah terpulang kepada diri sendiri. Jika mahu berhenti merokok tak perlu pengganti, rokok elektronik atau rokok tradisional, ianya tetap rokok.

Laporan tentang rokok elektronik atau e-cigerette.

Setahu saya juga rokok e-cigerette juga tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia pada hari ini (8 Januari 2013) bertajuk ‘Penjualan Rokok Elektronik Salah’. Dalam laporan itu ada menyebut bahawa ‘menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana didalam cecair e-cigerette terdapat kehaidran nikotin dalam amuan tertentu’. Dalam laporan itu juga ada menyebut bahwa ‘nikotin adalah bahan yang dikawal dibawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam procuk tembakau. Penjualan produk ini hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi yang berlesen sahaja’.

Walaupun saya bukan pengguna e-cigerette dan bukan perokok, nasihat saya bagi semua adalah usah menggunakan produk yang belum terbukti kesahihan dan keberkesananya. Dan setahu saya setiap produk berasaskan kimia pasti ada kesan sampingan yhang tidak kita ketahui dalam jangka panjang. Jika mahu berhenti merokok berhentilah merokok kerana kita mahu berhenti.

Jalani hidup sihat pasti kita akan bahagia. Jom jalani hidup sihat dengan panduan dari Kevin Zahri.