Medidik Dalam Filem : Perginya Seorang Lagenda

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Saya membesar dalam filem lakonan beliau. Dari saya mula pandai melihat television sehingga sekarang saya masih menonton filem lakonan beliau, Allahyarham S. Shamsuddin. Al Fatihah buat Allahyarham S. Shamsuddin yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Allahyarham akan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Lagenda yang mendidik dan menghiburkan
Lagenda yang mendidik dan menghiburkan

Saya akui saya amat menggemari filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee terutama filem legasi Bujang Lapok. Memang amat saya gemari. Jika dulu saya menonton dengan sekadar ingin berhibur dengan filemnya yang lawak dan best, tapi seiring dengan usia saya yang meningkat  saya mula sedari filem-filem lagenda ini sebenarnya mendidik saya dalam sedar atau tidak. Banyak isu moral yang digarapkan dalam setiap filem nya. Banyak garapan skrip nya adalah membidas orang Melayu untuk mendidik.

Ingin menjadi pakat internet

WTF! Rahsia menjadi Jutawan Hartanah

Sebagai dalam filem Pendekar Bujang Lapok, kalau kita ingat sekolah orang tua yang diselitkan dalam cerita tersebut adalah menyedarkan kita bahawa ilmu perlu dituntut sehingga akhir nyawa. Dan jangan sombong dan malu dalam menuntut ilmu kerana ilmu saja boleh mengubah kita.

Saya sering mengharapkan akan lahir generasi baru yang mampu berbuat apa yang pernah lagenda ini lakukan. Iaitu mendidik dalam filem. Bukan sekarang menghiburkan. Kalau dulu lagenda ini mendidik dalam filem dengan kiasan dan sindiran sinis. Tapi cara orang kita sekarang adalah mendidik melalui unsur negetif untuk kita jadikan sempadan. Ya, itu bagi mereka yang berfikir? Bagi yang tidak befikir dia mengambil yang negetif ini sabagai panduan bukannya sempadan. Fikir-fikir kan?

Sekali lagi, Al-fatihah buat Allahyarham S. Shamsudin. Semoga allahyarham ditempatkan di golongan orang yang beriman.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Kering idea punya pasal, jadi saya nak riak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Terima kasih buat para
Guru, terima kasih atas pengorbanan mu selama ini dalam mendidik aku sehingga aku berada di