Tunjuk Sana Tunjuk Sini

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi Buat Semua Saudaraku Sekalian..

Tunjuk sana tunjuk sini. Ya hari ini saya nak kongsi cerita tunjuk. Bukan cerita saya membeli kuih juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan. Tidak sama sekali. Jangan risau. Daddydee makan nasi dengan petai dan budu. Itu wajib.

Semut pun bersatu

Tunjuk sana tunjuk sini, ramai orang suka macam ini, menyalahkan orang lain. Ramai yang begini. Dan tak ramai yang akan tunding jari pada diri sendiri. Menyalahkan diri sendiri. Dan mungkin juga tiada.

Sepanjang beberapa tahun saya bekerja dalam organisasi swasta atau kerajaan, boleh dikira dengan jari jumlah insan yang akan menyalahkan diri sendiri dahulu. Kabanyakan akan menyalahkan orang lain diri diri sendiri.

Sebolehnya semua kerja mahu di ‘tai chi’ pada orang lain. Sebolehnya mahu orang lain bertanggung jawab atas apa yang kita tidak buat. Mengapa sukar untuk manusia mengaku akan kesilapan diri sendiri? Mengapa harus menjadikan orang lain sebagai kambing hitam? Sejujurnya saya cukup menyampah boss/kawan seperti ini.

Mereka sanggup buat apa saja janji tengkuk mereka lepas tanpa mempedulikan penganiayaan ke atas orang lain yang dilakukan. Mereka ini lebih pentingkan diri.

Ada juga yang berbuat sebegini bukan sahaja untuk mengelakkan hukuman tetapi bagi menunjukkan kepada pegawai lebih atas beliau lebih terbaik. Terbaik dari semua orang. Walaupun, kadang kala orang sebegini hanya tahu bercakap sahaja. Mulut manis umpama gula, tapi hati busuk.

Bagi Saya

Saya bukan budak yang baik, bukan insan berhati murni. Saya insan biasa yang penuh dosa dan alfa, saya bukan ingin berlagak baik tapi cuba menjadi yang terbaik. Pendiriaan saya, sekiranya saya salah, saya akan akui itu silap dan salah saya kerana saya tidak pernah lari dari kesalahan kerana saya insan cuma.

Jadi Mangsa

Kalian pernah jadi mangsa dalam situasi begini? Saya pernah. Dan ini pernah jadi antara sebab mengapa saya ‘resign’ dari kerja saya dulu. Bila semua jari menunjuk pada saya, dan saya tidak lagi mampu memperbetulkan dan memperjelaskan keadaan sebenar. Tambahan tiada lagi ruang untuk berkata-kata. Saya nekad untuk ‘resign’ dari saya terus berkerja dalam keadaan yang terpaksa. Dalam hiudp saya saya pegang pada dua iaitu ‘mengalah bukan bermakna kalah’ dan ‘kebenaran sentiasa menyinar cuma antara lambat atau cepat’. Better seek others¬†opportunity¬†than stuck for me.

Tunjuk
Tunjuk

Cingu saya pernah berkata ‘Kebiasaannya bila seseorang itu menunjuk pada orang lain, dia sendiri tidak menyedarinya iaitu 1 jari dituntuk pada orang lain tapi 3 jari akan menunjuk padanya’.

Sekiranya saya bersalah, maafkan saya. Tiada niat untuk mempersenda. Sekadar menulis luahan rasa dari dalam.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Berperang dengan diri -
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kejayaan tidak mengenal siapa, tapi siapa yang mahukan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sering kali kita menyatakan nanti lah dulu, biarlah,
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat semua adik-adik yang baru mendapat keputusan