Semangat Kekitaan Yang Hilang

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…….

Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan yang hilang dari diri kita kini? Tenung dalam jiwa sendiri melihat mencari semangat yang hilang.

Apakah itu semangat kekitaaan? Saya tidak tahu maksudnya dari segi bahasa atau kamus dewan. Tapi dari segi pemahaman saya ianya adalah perpaduan, kesatuan. Utuhkah perpaduan kita kini?

Semangat Kekitaan yang Hilang - Kembalikan perpaduan antara kita
Semangat Kekitaan yang Hilang – Kembalikan perpaduan antara kita

Saya tidak ingin melihat jauh. Cukup kita melihat dalam keluarga kita sendiri terlebih dahulu. Berapa ramai yang akan membantu adik beradik mereka yang susah? Berapa ramai yang turun merewang setiap kali kenduri? Berapa generasi keluarga yang kita kenal?

Apakah jawapan jujur saudara semua untuk soalan di atas?

Kalau orang tua dahulu bukan setakat kenal sepupu sepapat, dua pupu atau tiga pupu, bau bau bacang pun mereka masih kenal dan akrab. Amat akrab persaudaraan mereka. Tapi kita sekarang sepupu sepapat pun kita sudah tidak rapat. Tidak bersatu hati. Kau kau aku aku, semangat kekitaan yang hilang. Saudara sendiri boleh bertumbuk sebab tidak mengenali.

Kalau ada pun yang kenal saudara atau ramai kawan pasti kawan itu hanya dalam laman sosial, laman Facebook. Malah mungkin ada juga yang tak pernah kenal saudara sendiri di alam nyata tapi hanya kenal dalam laman sosial. Mengapa? Kerana tiada lagi semangat kekitaan dalam hubungan, tiada lagi amalan kujung mengungjung. Hujung minggu kita mengungjung juga tapi ke MegaMall MidValley, KLCC, One Utama, Tebrau City dan banyak lagi, bukan lagi ke rumah saudara dan sahabat.

Kalau dahulu untuk kerja rewang atau kenduri pasti segerombol turun pakat sama untuk gotong royong. Sambil potong daging sambil gulung rokok daun. Sambil kacau gulai di dapur sambil sedut rokok Malboro. Tapi kini, berapa kerat yang akan turun rewang? Buat kerja sikit sudah mengeluh itu ini. Tolong seminit hilang berjam jam, atau lesap terus.

Tak kurang juga yang beri alasan sibuk dengan cari wang ringgit. Komitmen kerja yang tinggi katanya. Berapa ratus ribu duit dalam bank? Berapa duit dalam ASB? Berapa simpanan unit amanah? Berapa ekar tanah? Berapa buah unit rumah?  Itu semua alasan. Orang dulu tanah berelung-relung, ladang berekar-ekar, binatang ternakan yang tidak terkira sempat saja datang membantu setiap kali diperlukan. Ini kerana sifat kekitaan mereka yang tinggi.

Itu baru situasi dalam keluarga belum lagi situasi dalam pejabat, organisasi atau masyarakat setempat. Semua pun lebih kurang sama saja. Setiap kerja diharapkan dengan habuan. Tiada kudrat tiada habuan.

Fikir fikirlah, dimanakah hilang semangat kekitaan kita? Kembalikan semangat kekitaan yang hilang. Jangan biarkan ia terus lupus. Hapuskan semangat kekakuan dari jiwa.

We are unite…. Hidupkan semangat kekitaan.

  Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Oktober 2012 sudah pergi meninggalkan kita, buka
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Semalam kita dikejutkan satu lagi post yang hina
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan

Best Of The Best – October 2012

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Oktober 2012 sudah pergi meninggalkan kita, buka pula lembaran November 2012. Lagi dua bulan saja lagi 2012 yang tinggal, menjelma pula 2013.

Apapun, saya memang tabik pada semua saudara saya yang hebat kat bawah ni.

Best Of The Best – October 2012

 

 

 

Kalian semua adalah juara.

Dalam gambar itu adalah senarai pengomen tegar blog daddydee.net buat bulan Oktober 2012. Terima kasih banyak banyak buat semua saudaraku yang best belaka.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal Juara Liga 2013? Kemungkinan sentiasa ada, apa
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... ATM Juara ATM telah muncul