Terima Kasih Isteriku Kerana Makin Memahami Diri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat semua saudaraku…

Minat saya terhadap bidang penulisan blog semakin berkobar-kobar sekarang ini. Minat untuk terus menulis dan berkongsi semakin tinggi. Berjuang terus berjuang untuk tingkatkan trafik blog ini dengan mengikut panduan Teknik SEO Merah Jambu terhebat ditambah pula dengan sokongan dari Isteri Tersayang yang makin memahami. Terima kasih isteriku.

Terima kasih isteriku
Terima kasih isteriku

Ya lah, isteri mana yang tidak risau apabila suaminya asyik dengan laptop dan handphone sentiasa. Pantang ada idea sedikit terus saya buat catatan ringkas tidak kira dimana saya berada. Isteri pada mulanya jeling-jeling juga bila lihat suami asyik menaip keyboard kusyuk dan tersenyum-senyum. Tapi sekarang pendek saja yang akan keluar dari mulut nya ‘Blog la tu’.

Isteri saya bukan penulis blog. Tiada masa katanya. Inn-sha-allah, suatu masa saya akan tarik dia untuk menulis sama dengan saya untuk projek yang akan datang. Apapun, terima kasih buat isteriku yang makin memahami diri ini yang suka menulis blog.

Bagi pasangan suami isteri bersama adalah sebahagian dari aktiviti mereka, tapi sedarkah kita walaupun sering
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di