Awas Scammer Kad Debit Sedang Berleluasa… Pengalaman Sendiri…

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Scammer Kad Debit dan Kad Kredit satu masalah yang dari dulu tak pernah selesai. Dari tahun ke tahun bertukar modus operandi.

Beberapa tahun lepas saya sendiri pernah kena, seingat saya dalam tahun 2008-2009. Masa tu saya masih ‘buta’ pasal isu ini.

Awas Scammer Kad Debit Berleluasa
Awas Scammer Kad Debit Berleluasa

Masa itu dia minta no kad saya dengan buta tuli berikan semua maklumat tapi syukur alhamdulillah. Kad yang diminta bukan kad debit tapi kad atm, jadi tiada apa yang berlaku. Syukur alhamdulillah.

Pengalaman Sendiri Dalam Kes Scammer Kad Debit

Hari Rabu lepas, saya dan isteri terpaksa ambil cuti kecemasan kerana anak-anak saya tidak sihat. Dalam perjalanan pulang selepas bawa anak buat rawatan saya ke kedai.

Masuk ke kereta isteri cakap ‘Ambil purse jap, cuba tengok tarikh expired kad debit’. Sambil bercakap dalam handphone.

‘Mana?’ Saya tercari cari kad.

’06/17′ saya bagitahu isteri.

’06/17′ Isteri bagitahu kepada pemanggil yang saya belum pasti.

Tak sampai beberapa minit kemudian dia terus letak telefon.

‘Kenapa?’ Tanya saya

‘Dia minta no kad.’

‘Ooo… Scammers?’

‘Ntah. Cam pelik je jawab isteri.’

Tak sampai beberapa saat, ada panggilan masuk lagi.

‘Tengok dia call lagi’ Isteri bagitahu saya sambil menunjukkan handphone nya. Terpapar di skrin Private Number.

Pencuri dan penyamun
Pencuri dan penyamun

Saya ambil handphone isteri dan jawab panggilan tersebut.

‘Hello’

‘Hello, you yang sebelah Puan Shima ke?’ Kedengaran suara seorang lelaki kedengaran pelat seakang berbangsa India dan agak kasar. Dari tempo suara tidak menggambarkan dia seorang Customer Services.

‘Ya, saya kenapa? Ada apa masalah?’ Tanya saya.

‘You bagitahu dia, kad debit dia saya dah block kerana dia memutuskan panggilan telefon tadi’

‘Apa hak you untuk block?’

‘Dia tak bagi kerja sama untuk pengesahan’ jawab lelaki itu seakan beralasan. ‘Sekarang bagitahu dia kena pergi ke Maybank Putrajaya untuk unblock akaun’

‘Kenapa mesti pergi ke Putrajaya?’

Untuk Makluman!!!! HQ Maybank adalah di Kuala Lumpur, Card Center Maybank pun di Kuala Lumpur. Bukan di Putrajaya. Jadi jangan terjerat.

‘Ya lah sebab dah kena block akaun. You perlukan akaun Maybank right? Jadi pergi unblock balik’

‘Siapa nama you? Dari Branch mana? No ID you?’

‘Saya Simon David, dari Bahagian Kad Maybank.’

‘No ID?’

‘Untuk apa-apa urusan sila berurusan di Maybank Putrajaya. Thank you’ cakap lelaki tersebut dan terus memutuskan talian.

Nasihat dan Teladan Menghadapi Scammer Kad Debit

Banyak keraguan yang timbul. Lalu saya ambil keputusan untuk call Maybank Customer Services. Dari percakapan dengan Maybank Customer Services ada beberapa perkara iaitu:

  • Bank tidak akan minta maklumat pengguna kerana mereka ada semua maklumat tersebut.
  • Jangan beri sebarang maklumat pada kad kepada orang yang tidak dikenali
  • Minta ID Pekerja Bank jika mereka nyatakan mereka dari bank
  • Minta alamat branch
  • Segera laporkan kepada Pihak Bank jika terberi maklumat dan untuk pengesahan atau nyaaktifan kad. Maklumat digunakan untuk pembelian atas talian biasanya.
  • Jangan mudah gelabah dan terpedaya dengan teknik psikologi scammer

Jangan mudah terpedaya dan jangan biarkan anda menjadi mangsa.

Semoga pembaca di luar sana tidak menjadi mangsa seterusnya.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Saudara pernah melakukan urusniaga internet? Sama ada menggunakan
Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia