Berapakah Nilai Seringgit

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pada zaman saya sekolah dahulu, di kawasan luar bandar di Kelantan dengan Seringgit saya mampu untuk menggunakan duit itu untuk perbelanjaan saya sehari. Perbelanjaan di sekolah dan juga waktu petang, untuk beli air sirap lepas main bola sepak di padang. Itu pun kadangkala boleh ada lagi baki untuk saya untuk masuk dalam tabung gajah. Bagi saya pada masa itu nilai Seringgit memang besar. Berapakan nilai Seringgit pada saudara sekalian?

Berapakah Nilai Seringgit
Berapakah Nilai Seringgit

Untuk pegang RM10 memang susah sangat pada zaman sekolah menengah. Kalau ada dua keping duit RM10 saya dah rasa ada banyak duit. Sudah berasa kaya. Saya akui untuk terima RM10 dari orang tua saya memang susah kecuali perlu membayar sesuatu di sekolah.

Mengeluh, menyesal? Ya, dulu saya mengeluh menyesal kerana saya masih cetek fikiran tidak mengerti apa itu takdir dan suratan hidup. Saya salahkan orang lain termasuk ibu bapa saya. Saya cemburu dengan kawan-kawan yang anak orang berada. Yang mampu pakai jam besar G-Shock, yang mampu membeli kereta model Tamiya, yang mampu beli dan kumpu komik Juara Wira, Raja Rimba, Pedang Setiawan dan lain-lain.

Tapi tidak lagi kini kerana dengan apa yang saya lalui saya mampu berada di sini, pengalaman lalu mematangkan saya menjadikan saya seseorang. Malah saya bersyukur sangat.

Berapakah nilai Seringgit sekarang ini? Mungkin bagi sesetengah orang tiada nilainya, boleh main campak saja not kertas Seringgit. Mungkin bagi sesetengah orang nilai Seringgit amat kecil sekali, ya lah harga teh O ais sekalipun sekarang ini paling kurang RM1.20 segelas. Mungkin ia kecil bagi kita, tapi mungkin besar bagi orang lain. Jadi hari ini saya sarankan pada diri saya dan saudara sekalian agar sama kita membantu saudara kita yang memerlukan seikhlas hati, bersedekah seikhlas hati, walaupun sekecil Seringgit. Bersama kita membantu insan yang memerlukan.

Mungkin dengan duit seringgit kita mampu membantu insan yang kurang bernasib baik untuk mengubah nasib mereka. Nilai seringgit yang kecil itu akan jadi besar maknanya dalam hidup kita.

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi... Juara Masterchef Selebriti Malaysia Tadi menyempat
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam

Pengemis

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Jumaat lalu, selesai saja solat Jumaat, saya seperti biasa bersama teman sepejabat singgah sebentar di kedai mamak berdekatan ofis untuk mengisi perut yang kosong.

Sedekah

Sementara, menunggu makanan sampai kami di datangi oleh seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an. Wanita ini kelihatan masih sihat tubuh badannya, pakaian memang agak kurang senang bagai sudah lama tidak berbasuh, datang mendekati kami dengan menjinjing satu plastik berisi rambutan. ‘Bang minta seringgit nak buat makan’. Kami tidak melayannya, dan membiarkan dia berlalu, bukan kedekut tapi sebab terlalu ramai yang berbuat demikian.

‘Bang, minta seringgit nak buat makan’ kata pengemis wanita itu pada satu keluarga di meja yang lain. Kelihatan kakak di meja itu menghulurkan not seringgit kepada pengemis itu.

Lalu dia beralih ke meja yang lain pula. ‘Dik, minta seringgit nak buat makan’ ayat yang sama diulangnya.

‘Badan sihat pergi lah cari rezeki halal, tak malu ke jadi pengemis’ kata salah seorang lelaki yang duduk di meja tersebut. Agak lancang kedengaran tapi ada kebenarannya.

‘Aku minta seringgit je. Aku minta sebab nak rezeki yang halal.’ Pengemis wanita tadi mula naik angin. Panjang dia membebel. Satu kedai pandang ke arahnya. Dengan rasa tidak bersalah dia terus beredar dari kedai tersebut.

——Tamat—–

Tutup cerita pengemis wanita itu. Semakin hari saya lihat semakin ramai pengemis di sekeliling. Terlalu ramai ada yang warga tempatan dan ada juga warga asing. Pelbagai modus operandi yang mereka gunakan bagi menagih simpati dari orang ramai. Kalau dulu hanya di kedai-kedai makan, tepi jalan, masjid dan stesen bas saja kelihatan wujudnya pengemis tapi di pusat membeli belah yang besar juga ada pengemis.

Kenapa saya tidak memberi kepada pengemis? Bukan saya kedekut. Tapi kalau sejam duduk di situ boleh lihat 4-5 orang pengemis yang berlainan akan bersilih ganti. Kekadang tidak mampu lagi untuk membezakan mana yang betul-betul susah dan yang mana pula dari sendiket yang mengambil kesempatan. Mungkin kerana orang kita kaya dengan simpati yang telah dipergunakan oleh mereka yang tidka bertanggung jawab.

Sekarang ini, pilihan saya untuk menderma saya lebih memilih untuk terus menderma di masjid (atau insan yang benar-benar memerlukan). Biarkan pihak masjid yang mengagihkan nya seadil-adilnya. Dari saya memberi tapi mulut dan hati terus berkata-kata, lebih baik saya menderma di masjid tanpa syak wasangka. Menderma biar ikhlas bukan untuk menunjuk.

“Tangan yang berada di atas lebih baik dari tangan yang di bawah”

Entri ini hanyalah pendapat peribadi saya, bukan berniat ingin menghasut.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pada zaman saya sekolah dahulu, di kawasan luar
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi.... Senarai peserta bagi Giveaways Pertama Daddydee.net adalah : keretahitam jebengotai budakfelda
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia

Pemenang Giveaways Pertama Daddydee.net

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi….

Senarai peserta bagi Giveaways Pertama Daddydee.net adalah :

  1. keretahitam
  2. jebengotai
  3. budakfelda
  4. sop
  5. hafizmohd
  6. irsah
  7. akmaomar

Terima kasih atas semua peserta di atas. Sememangnya apabila di baca semua review yang dilakukan semuanya hebat-hebat belaka. Tidak dinafikan. Dan alhamdulillah dengan review jujur akan saya gunakan untuk meningkatkan blog Dadddydee.net yang tidak seberapa ini.

Senarai Pemenang Giveaway Daddydee.net
Senarai Pemenang Giveaway Daddydee.net

Pemenang Pertama : jebengotai

Pemenang Kedua : akmaomar

Tempat Ketiga :

  1. sop
  2. hafizmohd
  3. irsah

Terima kasih buat kesemua peserta. Diharapkan para peserta dapat menghantar emel kepada saya di daddydee.net[@]gmail.com dengan maklumat berikut iaitu nama penuh dan akaun bank.

*Pas wayang akan di poskan kepada Tuan JebengOtai esok. Insyallah.

pondokkecil.com

Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat Saudara Hafizul (Pondok Kecil) yang telah menjadi penaja bersama. Terima kasih banyak-banyak.

Mohon maaf atas kelewatan pengumuman ini. Maafkan hamba.

Sekian, terima kasih.

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pada zaman saya sekolah dahulu, di kawasan luar
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Jumaat lalu, selesai saja solat Jumaat, saya seperti
Assalamualaikum dan Salam Ispirasi buat Semua... Syukur. Syukur Alhamdulillah. Dengan nikmat dan kurnianya masih lagi
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hari Raya bakal menjelma tidak sampai lagi 10