Tahun Baru Azam Baru

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku..

Tahun baru pasti banyak yang sibuk bertanyakan azam baru, ya soalan biasa yang wajib ditanya setiap kali tahun baru menjelma. Saya pun nak tanyalah, apa azam baru saudara-saudari sekalian?

Seperti tahun sebelumnya juga, kita akan disajikan dengan kes tangkapan khalwat dan ke pesta liar setiap kali tahun baru menjelma. Di zaman maju penuh teknologi ini, makin sukar kita untuk membendung kes pesta liar ni. Jemputan lebih senang di buat hanya menggunakan Facebook. Itu yang sering dikatakan internet memang banyak kebaikan tapi banyak juga keburukannya. Jadi pandailah memilih dan menilainya.

Berbalik kepada azam, azam baru saya tetap sama seperti tahun lepas iaitu ingin menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan itulah azam harian saya untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Untuk gadjet impian, mungkin tahun ini, impian saya adalah untuk membeli sebuah laptop baru yang mempunyai keupayaan grafik, ini adalah untuk saya lebih serius dalam bidang fotografi.

Tahun ini juga saya ingin lebih serius dalam bidang pelaburan unit amanah dan sekiranya termakbul doa saya dan permohonan saya diterima, insyallah saya akan kembali menjadi pelajar. Harapnya otak saya masih mampu untuk menerima pelajaran sebaiknya.

Apapun, saya doakan semua pembaca blog daddydee.net akan menjadi lebih hebat, lebih kacak, lebih cantik dan lebih besar pada tahun 2013 ini. Selamat tahun baru buat semua.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... 2012 tahunku yang kacak akan meninggalkan kita, akan
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Budak Kampung Yang 'Bodoh'... 'Bodo mung' dah lali
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah

Sambutan Ambang 2013

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

2012 tahunku yang kacak akan meninggalkan kita, akan menjelma pula 2013 yang indah tertarik super duper daboom. Singkat benar rasanya dua belas bulan berlalu meninggalkan kita.

Sambutan ambang 2013
2013 full of colour

Sana-sini, di jalanan, di mall, di akhbar, di internet sibuk mewar-warkan perihal sambutan ambang 2013. Pelbagai cara sambutan ambang 2013, ada dengan konsertnya, ada juga yang memgunakan kaedah Islam iaitu dengan mengadakan ceramah agama dan tidak lupa dengan bunga apinya.

Walau apapun, yang paling saya harapkan adalah pengurangan angka statistik kes pembuangan bayi sekitar bulan Ogos dan September 2013, pengurangan angka statistik kes rogol serta pengurangkan angka statistik tangkapan khalwat sempena sambutan ambang 2013. Biarlah 2013 menjadi satu detik perubahan yang positif. Pengurangan segala angka statistik yang negatif tetapi penambahan angka statistik yang positif seperti pertambahan blogger-blogger yang berjaya.

Saya mendoakan agar tahun 2013 akan menjadi lebih baik buat kita semua. Menjadikan tahun 2013, pemangkin kejayaan kita semua. Selamat Tahun Baru buat semua saudaraku.

Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia