Tips Kurus : Makan Banyak atau Banyak Makan, Mana Yang Lagi Baik Untuk Badan?

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Makan Banyak atau Banyak Makan
Makan Banyak atau Banyak Makan

Macam mana cara diet?

Kurus… Bila cakap pasal nak kurus nak turunkan berat badan semua pakat mengiakan. Tak kira lelaki atau perempuan memang berminat untuk kurus

Bagaimana cara untuk kurus? Diet lah.

  • Makan sikit @ kuantiti yang sikit
  • Tak makan
  • Makan sekali sehari

Mana satu pilihan diet anda? Ok simpan jawapan anda.

Kenapa saya tidak letakkan pilihan ‘makanan yang seimbang sekali?’. Sebab tajuk saya adalah makan banyak atau banyak makan.

Makan Banyak atau Banyak Makan?

Mana yang anda pilih? Saya percaya ramai yang memilih makan  banyak atau makan dalam kuantiti yang besar setiap kali makan berbanding banyak makan ataupun makan banyak kali dalam portion yang kecil.

Kenapa? Saya tidak tahu orang lain tapi ini jawapan diri saya.

Dulu…

Saya dahulu memang pilih makan banyak. Saya akan makan dalam jumlah yang banyak sekali makan, dua pinggang nasi putih bukan masalah dengan lauk pauk yang pelbagai.

Kenapa? Alasan saya adalah saya nak jimat. Nak kawal duit poket. Biasa saya akan skip sarapan dan bawa ke makan tengahari dan makan banyak sekali gus.

Tapi itu hanya alasan…. Sebenarnya nafsu makan saja.

Dan sebab prinsip saya ‘Makan selagi sihat, dah sakit dah tidak boleh makan’.

Sekarang…

Tapi diusia 30-an ini, saya ubah prinsip itu ‘Jaga kesihatan selagi boleh, dah sakit apa pun tak boleh’.

Antara punca utama penyakit pada hari ini adalah makanan.

Jadi sekarang ini, saya memilih untuk banyak makan dari makan banyak.

Sarapan pagi tidak akan saya tinggalkan, sekurangnya secawan oat atau dengan telur separuh masak. Tengah hari saya akan ambil lagi makanan, dalam jumlah kecil. Paling kurang capati, kalau ada kedai jual capati. Sebab susah nak dapat capati. Kalau tak, terpaksalah ambil nasi, tapi dalam portion yang kecil lah. Ambil ikut keperluan badan bukan nafsu.

Dan untuk jam 10 atau jam 4 petang saya siapkan biskut kering atau cream cracker dalam paket saya. Untuk alas perut.

Dan untuk makan malam saya pilih untuk makan sebelum jam 7 malam, sebolehnya la. Tapi kekadang tersasar juga. Biasa lah, disiplin masih lemah.

Tapi jika sudah lewat malam saya elakkan ambil nasi putih dan saya tukar dengan sumber lain seperti roti wholemeal atau pisang.

Dan tidak lupa, lakukan senaman. Amalkan senaman tidak kira di taman, gym, rumah atau di mana saja. Kalau boleh sekurangnya 3 hari seminggu. Cuba amalkan rasai perubahan.

Senaman tak perlu senaman yang heavy pun, cukup senaman yang ringan-ringan saja. Jogging atau swimming itu yang terbaik jika boleh dilakukan.

Kelebihan M-Prolabs
Kelebihan M-Prolabs

Supplement? Ya, saya amalkan M-Prolabs Alpha Capsule. Alhamdulillah kesan yang positif.

Berminat nak dapatkan M-Prolabs Alpha Capsule boleh whatapps saya 0182477971 (zaidi). COD Kuantan atau postage.

Ingat Filem Animasi UP? Ini versi realiti

Tiada orang yang akan menolak untuk menjual tanah rumah kita pada harga jutaan kan? Kalau kita tengok apa yang jadi di Kg Baru Kuala Lumpur, sudah makin banyak bangunan tinggi naik di sana. Majoriti adalah pejabat koperat dan kondominium mewah yang mana tidak mampu kita miliki. Mampu tengok saja kalau saya lah.

Dulu tanah itu ada yang milik orang Melayu kita kini sudah tiada lagi.

Movie UP versi Realiti
Movie UP versi Realiti

Tapi berbeza dengan seorang nenek berusia 84 tahun, Edith Macefield pada tahun 2006. Pemaju telah menawarkan beliau dengan Jutaan Dollar untuk tapak rumah nya. Tapi beliau menolak.

Dan pemaju tetap menerukan projek mereka dengan megecualikan bahagian rumah Edith. Tindakan berani Edith yang berani Menentang Demi Hak Yang Benar telah menjadi inspirasi ramai orang.

Untuk pengetahuan semua, animasi UP adalah inspirasi dari kisah Edith.

Edith telah meninggal dunia pada 2008 pada usia 87 tahun. Beliau telah mengamanahkan rumahnya kepada Barry Martin yang banyak membantunya semasa sedang tenat melawan sakit kanser.

UP
UP

Dan sehingga kini rumah itu masih lagi dilelong pada harga $170,000 dengan cukai sebanya $300,000.

Ingat Filem Animasi UP? Ini versi realiti…

Tidak semua orang tahan dengan godaan wang.

Yang penting kita mesti tahu Rahsia Jutawan Hartanah.

Jangan Jadikan Bazaar Ramadhan Medan Eksperimen

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Semua Saudaraku….

Hari ini genap seminggu kita semua mengerjakan ibadah puasa. Sudah seminggu jugalah Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita. Lagi 3 minggu Ramadhan yang tinggal.

Bila bulan Ramadhan tiba, pasti akan tumbuhnya bazar Ramadhan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Ramai yang cukup teruja untuk berniaga di bazar Ramadhan ni. Apa taknya berniaga cendol pun boleh dapat RM 120,000. Banyak tu?

Bazar Ramadhan

Ada yang balik dari pejabat sambung berniaga di Bazar Ramadhan. Ada juga yang sanggup ambil cuti tanpa gaji sebulan Ramadhan untuk berniaga. Tidak dinafikan pendapatan perniagaan memang mengagumkan. Dalam Islam pun ada menyatakan 9/10 sumber pendapatan adalah dari perniagaan.

Sesiapa yang pernah berniaga atau ada pengalaman berniaga pasti rasa cukup hebat dan teruja. Saya sendiri pernah menolong ma abah dan saudara saya berniga di tapak pasar malam dan expo. Memang satu pengalaman yang hebat.

Berbalik kepada cerita bazar Ramdhan, setiap kali bazar Ramadhan saya lihat pasti ada muka-muka baru yang berniaga. Yang cuba bereksperimen.

Bagi yang berniaga juadah berbuka, janganlah berniaga syok sendiri. Masakan yang disediakan biarlah kena rasanya. Jangan berniaga untuk mengaut keuntungan saja kelak nanti sendiri juga yang rugi.

Masaklah masakan yang hendak diniagakan dengan kasih sayang dan hati yang ikhlas. Barulah masakkan itu lebih mengancam.

Pernah saya membeli satu bungkus nasi Tomato semasa bujang dulu. Nampak macam okey je masakannya. Tapi bila makan memang hampa, memang membantutkan selera.

Candangan saya yang tidak pernah berniaga masakan atau kuih ini kepada yang nak berniaga, sebelum memasarkan masakan anda buat lah seperti di bawah:

  1. Masak dan makan sendiri dahulu, sedap tak?
  2. Kalau anda rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada keluarga, sedap tak?
  3. Kalau keluarga rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada sahabat, sedap tak?
  4. Kalau sahabar rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada tetangga, sedap tak?
  5. Kalau tetangga rasa sedap, masaklah dan pasarkan, insyallah akan dapat sambutan.
Kalau tak sedap, ulang masak sampai sedap dulu. Masakan yang sedap orang suka.

Rugi buat seperti yang saya cadangkan? Ingat dalam Islam menggalakkan kita untuk memberi. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan menerima.

Teknik yang saya cadangkan juga secara tidak langsung dapat mempromosikan produk yang ingin dipasarkan. Bila orang dah kenal masakan kita kerana keenakkannya, pasti akan ada yang membeli, dan pasti ada yang ulang beli.

Lakukan eksperimen dulu sebelum berniaga, jangan buat eksperimen semasa berniaga.

Kepada yang berniaga, saya ucapkan selamat berniaga dan selamat berjaya.

Sekian, terima kasih.

Posted with WordPress for BlackBerry.