Review Filem Skin Trade

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sudah lama tidak menulis pasal review filem tapi kali ini saya cuba berkongsi tentang filem aksi gabungan dua negara iaitu Thai-Kanada, arahan sepenuhnya oleh Ekachai Uekrongtham.

Sinopsis Filem Skin Trade

Filem ini bermula apabila seorang gadis Kemboja meninggalkan kampung untuk ke Bangkok, untuk mengubah hidupnya menjadi seorang bintang. Setibanya, di Bangkok dia telah di culik dan di jual kepada skin trade (human trafikking).

Tony Jaa Dalam Skin Trade
Tony Jaa Dalam Skin Trade

Sementara itu di New Jersey, Detektif Nick Cassidy (Dolph Lundgren) telah menangkap Dex, dalam usahanya membenteras aktiviti jenayah (human trafficking) yang diketuai oleh Viktor Dragovic (Ron Perlman). Dalam satu operasi menangkap Viktor, Cassidy telah menembak mati Adre dan menangkap Viktor. Namun, disebalik kejayaan itu bermula kisah duka apabila rumah Cassidy diserang oleh 2 anak Viktor, Ivan dan Goran yang mengakibatkan kematian isteri Cassidy dan anak nya di culik.

Dan lebih mengecewakan Cassidy apabila dia dapat tahu bahawa Viktor dibebaskan dengan jaminan dan keluar negara. Untuk mencari anaknya, Cassidy telah melakukan serangan di sebuah restoren untuk mendapatkan maklumat dan menjadikannya buruan.

Sementara di Bangkok, Tony Vitayakul (Tony Jaa) telah cuba sedaya untuk membenteras aktiviti human trafficking. Menghalang lebih ramai anak gadis menjadi mangsa sendiket pelacuran dan dadah.

Cassidy telah tiba di Thailand, dalam usaha untuk mencari anaknya dan Viktor. Gerak Cassidy telah di hidu oleh Captain Castello (Micheal Jay White) yang telah bekerjasama dengan Tony. Captain Castello juga merupakan rakan sekerja Cassidy dan juga kawan.

Dalam usaha menjejak Viktor, Cassidy perlu melarikan diri dari Castello dan Tony yang memburunya. Tony amat mahukan Cassidy apabila Castello menyatakan rakan baik Tony di bunuh Cassidy.

Filem Skin Trade
Tony Jaa seperti biasa gerakan tangkas dari beliau

Berjayakah Cassidy dalam misi nya? Berjayakah Castello menghalang Cassidy? Berjayakah Tony membenteras aktiviti human trafficking? Dapatkah Cassidy dan Tony menumpaskan Skin Trade?

Komen Saya Tentang Filem Skin Trade

Filem aksi ini mengetengahkan jalan cerita yang amat menarik sekali sebenarnya. Banyak juga unsur moral yang di ketengahkan seperti iaitu kepercayaan, persaudaraan, korupsi dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun, saya sedikit kecewa dengan filem ini kerana saya mengharapkan sesuatu yang lebih apabila gabungan nama besar dalam cerita ini iaitu Dolph Lundgren, Tony Jaa dan Micheal Jay White.

Kalau siapa yang meminati Dolph pasti tahu corak lakonan nya, begitu juga Tony Jaa, dua bintang ini memberikan impak besar dalam filem ini. Gaya super soldier Dolph dan aksi martial art Tony Jaa memang tampak padu.

Tetapi Micheal Jay White bagi saya agak mengecewakan. Aksi Micheal Jay White tidak selincah dalam filem beliau sebelum ini iaitu Undisputed 2, Blood and Bone dan Never Back Down 2. Mungkin sebab wataknya.

Nota: Jangan tonton filem ini dengan anak kecil.

PS: Movie 2015 says rasa setakat ini yang berjaya memukau says adalah Furious 7, Run All Night, Chappie, Rounine Kenshin. Menunggu Ant-Man selepas kecewa dengan Age of Ultron.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sinopsis Movie Elysium Movie Elysium adalah satu filem
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Dulu makcik sangat menyayangi aku, dia sangat baik
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia