Alarm Kereta Tak Berfungsi Selepas Tukar Bateri Ini Cara Penyelesaian nya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Selepas beberapa tahun berbakti pada diri aku, kira-kira 7 tahun berjasa Alarm Kereta Toyota Vios 2007, 1st gen Toyota Vios mula meragam. Rasa pun dah lama tak tukar bateri remote alarm.

Ketika turun melawat kawasan masa nak lock kereta tetiba remote tak berfungsi, berkali kali tekan baru memberi respons. Alhamdulillah.

Dua hari selepas itu sekali lagi dia buat hal, time nak unlock kereta tak boleh sampai ke sudah. Panik juga… Dah la malam. Mana aku nak cari bateri remote tengah malaam ni.

Vios 2007 kesayangan ku
Vios 2007 kesayangan ku

Selepas dua kali kena aku dah mula serik. Esoknya sempat pergi ke kedai di Seremban masa lunch aku pergi tukar bateri remote alarm kereta sekali. Kereta Vios model aku menggunakan Cobra Alarm System. Rasanya Kereta Honda tahun yang sama juga menggunakan sistem yang sama.

Ingat selepas tukar 2 biji bateri segala masalah telah selesai.

Rupanya tidak, Sabtu dan Ahad pada minggu itu kereta aku tersadai dua hari di parking kerana remote tidak berfungsi.

Dalam kepala otak mula membayangkan kepingan wang kertas yang bakal hangus dek kerana Alarm kereta yang dah rosak.

Continue reading “Alarm Kereta Tak Berfungsi Selepas Tukar Bateri Ini Cara Penyelesaian nya”

Cara Menggantikan MCB Di Rumah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Saya bukan orang elektrik dan memang takut dengan elektrik. Walaupun ada pengalaman bekerja dengan 132kV dan 235kV tapi itu bukan satu pengalaman yang memberi kekuatan pada saya untuk bermain dengan elektrik. Berpengalaman dalam projek transmission line dan dalam bidang maintanance sekarang ini bermain dengan Low Voltage untuk tukar MCB (Miniature Circuit Breaker) di rumah memang saya agak takut.

Rupa MCB - sumber google.com
Rupa MCB – sumber google.com

Saya memang tidak pernah tahu cara menggantikan MCB di rumah. Tapi dek kerana tidak tahan plug top dan extension kabel bahagian dapur yang selalu saja terbakar dan menyebabkan trip satu rumah, saya bertanyakan pada seorang kawan yang orang elektrik. Beliau mencadangkan saya meniaktaraf MCB di rumah saya dari 20amp kepada 32amp.

Hasil dari sedikit tunjuk ajar secara teori yang diberikan di pejabat oleh kawan saya tentang cara menggantikan MCB. Saya cuba memberanikan diri unutk menggantikan MCB, mulanya saya dapatkan MCB di kedai hardware berdekatan. Harga MCB 32amp saya dapatkan dalam harga RM7.00 untuk satu unit. Saya beli untuk 4 unit MCB.

Cara Menggantikan MCB Di Rumah

1. Matikan semua perkakasan elektrik di rumah terlebih dahulu. Jangan matikan di main switch untuk elakkan barangan elektrik rosak. Selepas semua pekakasan dimatikan baru matikan di main switch.

Rupa MCB sebelum dibogelkan
Rupa MCB sebelum dibogelkan

2. Bukakan skru penutup dan tanggalkan penutup MCB. Sekarang boleh lihat kabel-kabel berseliratan.

Rupa yang selepas dibogelkan
Rupa yang selepas dibogelkan

3. Longgarkan skru pengikat basbar pada bahagian bawah MCB. Untuk tanggalkan basbar, kesemua skru setiap unit MCB mesti dilonggarkan. Kemudian keluarkan basbar.

Rupa basbar MCB
Rupa basbar MCB
Rupa Basbar yang melekat pada MCB
Rupa Basbar yang melekat pada MCB. Basbas yang berwarna coklat tembaga.

4. Longgarkan skru kabel pada bahagian atas MCB dan tanggalkan MCB tersebut. Untuk tanggalkan MCB, kita perlu menarik klip keselamatan pada bahagian bawah MCB.

5. Selepas tanggalkan MCB lama dan masukkan MCB baru yang ingin dinaiktaraf atau digantikan.

6. Ketatkan kabel pada bahagian atas dan pasangkan klip keselamatan dengan kemas agar MCB tidak terjatuh dan kemas.

Pastikan kabel benar benar ketat
Pastikan kabel benar benar ketat

7. Selepas semua MCB yang ingin digantikan selasai diganti, pasangkan semula basbar dan ketatkan kembali basbar dan pasangkan semula penutup.

8. Hidupkan kembali semua switch dan boleh hidupan kembali semua pekakasan elektrik dirumah kita.

Berapa lama masa diambil untuk gantikan MCB? Tak lama pun sebenarnya. Dalam 30 minit boleh siapkan semua kerja jika tiada masalah.

Sedikit lagi tips tambahan yang saya ingin kongsikan berkaitan dengan MCB ini adalah:

  • Pastikan basbar adalah seperti gambar iaitu kepiangan cooper diatas bukannya loop menggunakan kabel. Kerana terdapat juga kes yang mana basbar menggunakan kabel, ini adalah bahaya.
  • Kabel tidak diketatkan. Selepas selesai saya menggantikan MCB di rumah saya dapati rumah saya tiada elektrik selepas diperiksa rupanya terdapat kabel yang tercabut. Kabel ini tidak diketatkan oleh pemaju asal. Selama 5 tahun rumah ini didiami dengan kabel MCB tidak diketatkan. Nasib baik tiada apa yang berlaku. Keadaan sebegini boleh menyebabkan litar pintas dan kebakaran.
  • Pastikan kabel tidak bersentuh satu sama lain.

Selamat mencuba…

Floor trap penting ke? Perlu pasang floor trap?

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Jika saya ditanya penting ke floor trap? Jawapan saya adalah penting. Dan jika ditanya perlu pasang floor trap? Jawapan saya perlu pasang floor trap dan guna floor trap. Bukan letak buat hiasan tapi penutupnya dibuka untuk beri aliran air yang laju.

Floor trap adalah amat penting dan sangat berguna. Tidak kira floor trap jenis apa sekali pun sama ada jenis PVC atau stainless steel ia sama saja.

Floor Trap tidak kira apa bentuk, rupa, bahan atau harga fungsi nya amat penting sekali
Floor Trap tidak kira apa bentuk, rupa, bahan atau harga fungsi nya amat penting sekali

Ramai yang menganggap komponen kecil ini tidak berguna dan menyusahkan. Ramai peniaga di lot kedai di bawah seliaan saya dapati membuka floor trap ini. Alasan mereka floor trap ini menyusahkan dan menyebabkan air mengalir perlahan.

Floor trap sebenarnya berfungsi memerangkap sebarang sampah dari memasuki saluran paip air buang dan menyebabkan saluran paip air buang tersumbat. Sampah yang tersangkut di floor trap perlu dibersihkan seeloknya setiap hari.

Jika floor trap tidak digunakan akan menyebabkan paip saluran air buang akan tersumbat. Jika bernasib baik, paip yang tersumbat akan kembali lancar selepas menggunakan pelocok dan mengunakan sedikit bahan kimia yang sesuai. Dan lebih bertuah jika paip perlu dipotong dan digantikan kerana telah rosak atau saluran yang makin mengecil.

Floor trap harganya tidak mahal. Untuk floor trap jenis PVC boleh didapati dengan harga RM3.00 saja. Tapi jika floor trap tidak digunakam dan menyebabkan saluran paip air buang tersumbat kita perlu membayar kos yang tinggi sehingga boleh mencecah RM1,000 tengok pada jenis kes.

Jadi jangan ingat komponen kecil dan murah seperti floor trap ini tidak penting. Fikir dulu sebelum melakukan tindakan yang tidak patut.

Sistem Keselamatan Lif

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Pertamanya, saya ingin mengucapkan takziah pada keluarga allahyarham adik Khairul yang menjadi mangsa kemalangan dalam lif. Sama kita sedekahkan al-fatihah pada arwah. Al Fatihah.

Pada mula saya membaca kes kemalangan ini saya hanya mampu tergamam. Suatu yang tidak pernah saya terfikir akan berlaku.

Situasi terperangkap dalam lif telah saya alami dua kali. Satu adalah masa zaman belajar dan terbaru adalah ketika melawat salah satu bangunan baru di Ibu Kota. Semasa zaman belajar dulu dek kerana cetek ilmu saya juga mengambil tindakan sama seperti arwah cuba keluar dari lif, mungkin sebab saya terlalu terpengaruh dengan filem aksi. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit tentang perihal sistem keselamatan lif.

Rahsia Jana Wang Melalui Adwords

Terdapat dua jenis lif di pasaran iaitu lif seistem kabel dan lif sistem hidraulik tapi kebayakan yang digunakan bagi lif penumpang adalah sistem kabel. Sebenarnya kalau di lihat lif dibina dengan penuh ciri keselamatan lif terutama lif yang dengan rekabentuk terbaru. Beberapa komponen utama lif sistem kabel adalah kabel, motor, motor controller, car (kotak penumpang), pemberat, rel dan brek keselamatan.

Komponen utama lif
Komponen utama lif

Untuk sistem keselamatan lif terdiri dari beberapa kompenon iaitu governor, brek kecemasan dan penyerap hentakan di bahagian paling bawah.

Governor akan diaktifkan apabila lif bergerak telalu laju atau dalam keadaan jatuh bebas, maka governor pada sistem gandar akan diaktifkan bagi menghentikan pergerakan lif.

Brek kecemasan juga akan bertindak apabila lif jatuh secara bebas. Dalam rekabentuk lif terbaru mereka menggunkan sistem brek elektromagnet. Brek ini akan menghentikan kotak penumpang apabila lif jatuh bebas atau kehilangan kuasa.

Sistem keselamatan lif yang terbaru adalah penyerap hentakan pada bahagian paling bawah. Alat ini berfungsi mengurangkan impak apabila lif jatuh bebas. Alat ini diuji agar tahan hentakan apabila lif jatuh bebas dari tingkat paling atas dengan beban penuh. Ujian ini perlu bagi memastikan lif benar-benar selamat.

Untuk rekabentuk terbaru, kebanyakan lif didatangkan dengan sistem komputer yang mana akan membenarkan bilik kawalan untuk mengawal pergerakan lif. Sistem komputer ini lebih baik kerana ada yang mengawal di bilik kawalan, jadi sekiranya ada apa-apa masalah mereka boleh segera bertindak.

Entri ini sekadar perkongsian sedikit ilmu lif yang saya tahu, sekiranya ada salah maklumat harap tegur saya kerana saya bukan pakar lif dan bukan dari bidang kejuruteraan mekanikal atau elektrikal, saya hanya pekerja biasa.