Selepas Setahun Menggunakan Servis NetKL

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

8 Mei 2012 adalah hari pertama saya memiliki blog self-host wordpress iaitu daddydee.net selepas selama 3 tahun menggunakan blog blogspot. Walaupun memula agak terkial-kial nak menggunakan wordpress ni, lama-lama terasa lebih syok dan senang.

Saya memilih menggunakan servis netKL, saya memilih plan mygold yang berharga RM100.00 untuk setahun. Bagi saya sudah mencukupi dengan 1.5 GB (1500MB) Storage Space, 20 GB Monthly Bandwidth dan lain-lain lagi.

NetKL
NetKL –  Perkhidmatan yang memuaskan dan berbaloi

Bagi saya, servis NetKL amat memuaskan, dan dengan harga yang agak berpatutan. Setakat saya menggunakan servis NetKL seingat saya ada dua kali berlakunya server down. Saya tidak boleh access ke blog saya sepanjang masalah ini, dan alhamdulillah tidak sampai 24 jam semua masalah diselesaikan. Kalau mengalami sebarang masalah boleh terus hubungi mereka insyallah akan segera diambil tindakan oleh mereka. Boleh hubungi mereka melalui emel ataupun facebook NetKL.

Saya juga pernah emelkan masalah yang saya hadapi dengan blog saya dan ternyata mereka amat cekap menyelesaikan masalah. Saya amat berpuas hati dengan mereka.

Servis NetKL - blog menggunakan wordpress
blog menggunakan wordpress

Selepas bertukar platform dari blogspot ke wordpress, saya merasakan tidak akan berpaling lagi, memang seronok dan syok berblog menggunakan wordpress. Saya pun masih lagi belajar sedikit demi sedikit untuk menguasai ilmu wordpress.

Berblog dengan wordpress memang senang untuk update entri blog, boleh melakukan update blog dimana saja dan bebila saja yang kita suka. Kerana ada aplikasi wordpress yang boleh di install ke smart phone anda. Senang untuk update blog di mana saja yang kami suka. Kalau dulu semasa menggunakan blogspot, untuk update entri hanya boleh digunakan dengan emel yang mana agak rumit bagi saya. WordPress memang banyak memudahkan.

Kalau yang berminat untuk berpindah dari blogspot ke wordpress boleh mencuba menggunakan servis NetKL, murah dan memuaskan.