Puisi Buatmu Isteriku

Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudara…

Cintai cinta yang kita miliki

Puisi buatmu isteriku, ini saya tujukan buat isteri saya yang tersayang sebagai tanda terima kasih atas segala yang telah beliau lakukan untuk saya selama ini. Beliau amat memahami saya selama ini dengan tugasan harian dan hobi blogging saya selama ini. Saya amat menghargainya, selamanya sayang kamu.

Puisi buatmu Isteriku

Isteriku,

kau menceriakan aku yang kesuraman,

kau menerangkan aku yang kekegelapan,

kau menyedarkan aku yang kealphaan.

Isteriku,

Kau korbankan diri demi keluarga,

Kau korbankan jiwa demi bahagia,

Kau korbankan cita demi cinta.

Isteriku,

Maafkan aku atas segala dosaku,

Janjiku akan perbaiki akan diriku,

Janjiku akan setia bersama mu.

Isteriku,

Terima kasih kerna hadir dalam dunia ku,

Temanilah aku dampingilah hingga akhir waktu,

Akan ku selamanya menyintai kamu.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Seperti yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Perkenalan dalam tempoh yang lama, berkawan dalam masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isteri atau ibu atau wanita memang tinggi martabatnya
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,