Perancangan Kewangan : Kirakan Setiap Sen Yang Keluar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket anda
Kirakan setiap sen yang keluar dari poket anda

Hari ini saya ingin sambung lagi soal Perancangan Kewangan yang pernah saya tulis dulu. Tips pertama telah saya berikan kini saya ingin kongsikan Tips Kedua iaitu Kirakan Setiap Sen Yang Keluar.

Memang kalau kita lihat tips ini seperti orang kedekut atau tahi hidung masing atau tangkai jering. Tapi sebenarnya tidak, ini adalah langkah paling penting dan mujarab iaitu dengan mengira setiap sen yang keluar. Kerana walaupun 1 sen yang keluar tetap duit.

Dengan merekodkan setiap perbelanjaan kita, kita akan dapat mengenalpasti yang manakah perbelanjaan yang tidak perlu dan yang manakah yang perlu. Dengan langkah ini, kita dapat mengeluarkan atau mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup kita.

Saya sendiri ada perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup dahulu seperti membeli komik-komik kegemaran seperti Pendekar Laut, Juara Wira, Alam Perwira, Senjata Misteri dan lain-lain. Saya dulu adalah kaki komik juga, dan hampir kesemua koleksi komik diatas ada dalam simpanan saya dulu tapi kesemuanya saya sudah bakar. Kenapa saya bakar? Sebab saya nak tamankan zaman komik beralih kepada buku dan ebook.

Kirakan setiap sen yang keluar dari poket - 2
Jangan biarkan duit keluar tanpa dihitung

Untuk komik, saya berbelanja lebih kurang RM 3.00 seminggu untuk satu komik. Komik terbit seminggu sekali maknanya lebih kurang RM 12.00 sebulan untuk komik yang dibaca selama 5 minit, untuk setahun pula saya berbelanja RM 144.00 setahun. RM 144.00 mungkin satu nilai kecil bagi sesetengah orang tapi kalau lima buah komik saya beli serentak adalah RM 720.00 setahun duit saya habiskan untuk beli komik.

Bayangkan kalau RM 720.00 saya laburkan untuk penambahan unit amanah saya. Kalau untuk 10 tahun saya buat penambahan unit amanah dengan nilai kosisten sebanyak RM 720.00, bermakna saya sudah laburkan RM 7,200.00. Itu nilai yang belum di kira dengan pulangan. Katakan pulangan minimanya adalah 10% setahun? Kirakanlah nilai pulangannya.

Laburkan duit untuk SEO dengan Kitab SEO Merah Jambu
Laburkan duit untuk Ilmu Pelaburan Saham

Sekurangnya duit untuk anak saya daftar masuk universiti telah ada nanti. Bukan begitu? Cuba kirakan untuk kos-kos perbelanjaan yang tidak perlu dalam hidup anda pula seperti rokok.

Jika anda tidak ingin melabur, mungkin dengan mengeluarkan perbelanjaan yang tidak perlu anda akan mampu membeli barangan impian seperti:

  • Anda boleh membeli laptop seperti Imac, Alienware secara tunai
  • Anda boleh membeli beg tangan PRADA, LV atau Gucci
  • Anda boleh melancong ke Paris, London, New York
  • Anda boleh tunaikan haji dan umrah
  • Anda boleh membeli theme wordpress yang hebat untuk blog anda
  • Lain-lain lagi anda senaraikan barang impian anda….
Quote hebat dari Warren Buffet
Quote hebat dari Warren Buffet

Caranya mudah saja sebenarnya, gunakan buku atau excell. Sediakan kolumn meingukut bulan, dan senaraikan perbelanjaan tetap. Sediakan ruang untuk perbelanjaan yang diluar jangkaan seperti kereta rosak, baiki rumah dan lain-lain. Senaraikan setiap perbelanjaan dan kos nya. Atau anda boleh gunakan apa kaedah sekalipun yang penting anda harus mengira setiap sen yang keluar dari poket anda.

Ini bukan untuk menilai anda perbelanjaan tapi untuk menjejaki perbelanjaan harian, mingguan, bulanan dan tahunan anda.

PS: Kita perlu berusaha untuk membebaskan diri kita dari masalah kewangan serta yang berminat untuk tahu berkenaan unit trust boleh hubungi saya daddydee at gmail dot com

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai