Ukur Baju Di Badan Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Sudaraku…

Hari Raya Aidilfitri sudah menghampiri, Ramadhan pula sudah dekat penghujung bakal meninggalkan kita lagi.

Pasti ramai yang sibuk membeli belah untuk persiapan raya pada saat akhir. Ya lah semua kalau boleh mahu ditukar kepada yang baru. Selain pakaian baru yang sedondon dan berkodi-kodi itu. Pasti ada juga yang nak tukar langsir, tukar perabot, tukar cat, tukar itu tukar ini. Sebolehnya semua mahu baru.

Tapi dalam tukar semuanya baru. Jangan lupa juga untuk servis kereta bagi yang memandu sendiri ke kempung. Memastikan kereta dalam keadaan baik sebelum meneruskan perjalanan adalah amat penting. Membuat persediaan perjalanan yang selamat.

hutang
Terbeban dek Hutang

Yang muda pula pasti sibuk mahu bergaya sakan, sibuk tukar aksesori kereta. Pasang itu pasang ini. Macam macam lagi. Ya lah, nak bergaya sakan dengan sahabat di kampung.

Tapi ingatlah,dalam sibuk membeli belah, menukar itu ini yang baru. Pastikan kita mengukur baju pada badan sendiri. Berbelanjalah mengikut kemampuan kita. Jangan berlebih-lebih dan membazir. Ingat, membazir itu amalan syaitan.

Jangan terlalu seronok berbelanja. Swap sana swap sini tidak terhingga. Selepas raya tepuk dahi bila melihat jumlah hutang yang melambung. Cukuplah berbelanja setakat termampu. Janji kita bahagia. Biarlah bersederhana saja.

Semua ini nasihat untuk diri saya juga.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi... Saudara semua sudah habis bershopping ke? Ke bershopping last minute? Petang
Assalamualaikun dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa kedua, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku... Apa khabar tuan puan semua? Sihat ke? Saya doakan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi.... Senarai peserta bagi Giveaways Pertama Daddydee.net adalah : keretahitam jebengotai budakfelda

Saya Sudah Outdated Kah?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi…

Saudara semua sudah habis bershopping ke? Ke bershopping last minute?

Petang tadi, saya, wife dan tuan kecik keluar mengambil biskut yang ditempah dengan kawan my wife. Balik dari mengambil tempahan kami pergi ke satu mall terkemuka di bandar Kuala Lumpur. Khabarnya, mall tersebut di miliki oleh pak Arab.

Niatnya hanya mahu membeli hadiah untuk my wife. Tapi biasalah, ada saja yang terlencong, saya bukan saja beli hadiah untuk my wife tapi turut beli baju untuk tuan kecik dan adik di kampung.

My wife kata mall tu biasa dikunjungi oleh anak-anak orang kaya. Memang pun apa yang saya lihat mereka semua dengan pakaian yang berjenama. Saya pun pakai baju berjenama juga, baju M7 yang dimenangi dalam Giveaway JebengOtai.

Apa yang cukup buat saya rasa kaget dan tergamam adalah bila kami menyinggah ke KFC untuk beli dan suapkan Tuan Kecik, Kentang Putar KFC. Masuk saja KFC saya lihat penuh beberapa meja dengan remaja Melayu. Tempat mereka berkumpul agaknya.

Kuburan Band
Kuburan Band.

Pakaian mereka membuatkan saya tertanya pada diri saya apakah yang mereka banggakan sebenarnya? Dengan lelaki yang hanya bersinglet (badan bukan sasa pun), seluar koyak, bersubang sebelah, bertindik di mulut dan rambut berwarna warni. Perempuan pula dengan seluar pendek, make up ala gothic, rambut cam pelangi, bersinglet dan bertindik di hidung dan mulut. Berjumpa lelaki perempuan bebas bersalam peluk siap cium pipi lagi. Mungkin int trend mereka dan fesyen mereka sekarang.

Dan yang paling membuatkan kami terasa malu adalah remaja lelaki terbabit tanpa segan silu nya membeli KFC dan makan dalam premis terbabit di sudut tersembunyi. Mata saya tak rasa mereka itu John, Rajamuthu atau Ah Chong tapi saya yakin mereka semua ada nama yang cukup indah yang tertera perkataan ‘Bin’ antara nama mereka dan bapa mereka bukannya ‘Anak Lelaki’. Dan saya yakin juga dalam Kad Pengenalan berwarna biru mereka ada tertulis ‘Islam’ sama seperti saya.

Apakah tiada terdetik di hati mereka untuk berpuasa? Atau mereka tidak dididik untuk berpuasa? Sedangkan bangsa lain pun tahu di bulan Ramadhan semua umat Islam sedang berpuasa, inikan pula kita umat Islam takkan kita lupa sekarang adalah Ramadhan.

Bakal peneraju negara di masa depan sudah makin alpha dan hanyut dalam arus kemodenan. Minda mereka terus dijajah oleh manisfesto Barat yang dicanang dalam hiburan mereka. Dalam Pemimpin kita sibuk mencanang pembentukan 1Malaysia dan bulan Kemerdekaan, anak remaja Melayu kita masih lagi di jajah. Di jajah minda nya walaupun dari segi zahir kita bagaikan sudah merdeka. Tapi minda remaja kita terus di jajah oleh pengaruh barat.

Sudah 55 tahun negara kita merdeka tetapi bilakah minda orang Melayu kita terutamanya akan Merdeka? Merdeka dari segala aspek dan sudut.

Saya doakan agar mereka semua akan Merdeka.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikun dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa kedua, sudah
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Setiap kali tiba satu Ramadhan mercun pun akan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah misi untuk mencari putu bambu telah berjaya

Tak Malu Pada Allah swt, Malulah Pada Manusia

Assalamualaikun dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…

Bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa kedua, sudah masuk minggu ketiga kita berpuasa. Pagi tadi (Ahad) sempat ke pasar Chow Kit membeli sedikit barang dapur, jalan sudah mula sesak, ramai keluar pagi. Balik dari Chow Kit lalu depan SOGO, penuh manusia sudah mula duduk bertenggek pada jam 9.30 pagi depan SOGO dan sekitar Jalan TAR. Awal sungguh mereka semua keluar untuk membeli belah.

Kita tinggalkan cerita SOGO, Chow Kit dan Jalan TAR, kita berbalik kepada tajuk iaitu ‘Kalau Tak Malu Pada Allah swt, Malulah pada Manusia’. Tajuk ini mungkin akan ada yang tempelak blog ini, dipersilakan, berblog kita harus terbuka, bukan begitu?

tak puasa,
Puasa jangan tak puasa. (Sumber : google.com)

Dulu, semasa bujang selalu juga terserempak dengan mat rempit yang selamba menghisap rokok atas motosikal. Kalau semasa motosikal bergerak mungkin orang tak nampak sangat, tapi ini dekat lampu isyarat merah pun dengan selamba menghisap rokok tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Sekarang, sejak tinggal di flat ini, pelbagai rencah dan ragam manusia yang saya jumpa dan temui. Yang muda remaja, yang sihat tubuh badannya, tanpa segan silu menghisap rokok dibawah flat.

Yang lagi teruk, adalah ada sebuah warung yang berdekatan dengan flat ini yang menjadi port untuk orang tidak berpuasa. Selama ini saya lalu depan warung ini rasa agak janggal kenapa tuan kedai berniaga di siang hari. Dan yang lagi peliknya bila berniaga dalam selimut. Setiap ceruk penjuru kedai ditutup.

Petang tadi tergerak hati untuk mengintai ke dalam warung tersebut semasa naik motosikal untuk membeli juadah berbuka puasa. Mengucap panjang saya. Terkejut juga. Bila kelihatan bukan dua tiga orang tapi hampir sepuluh orang dalam warung itu dengan selamba menghisap rokok sambil minum. Kalau umur setahun jagung tak mengapa, ini umur taraf ayam pencen dah semua. Semuanya saya jangkakan dalam lingkungan 30-an hingga 50-an. Sedarlah, malulah pada manusia lain kalau tak malu pun pada Allah swt.

Dalam usia yang rumah kata pergi, kubur melambai-lambai menjemput kita. Masih lagi enggan melakukan ibadah puasa. Ya Allah, apa sudah jadi? Sepatutnya merekalah yang menjadi contoh tauladan yang baik. Bukannya contoh yang buruk kepada remaja. Tak hairan jika anak-anak mereka tidak berpuasa kerana bapanya pun tidak berpuasa. Oh Dunia…

Selama ini, aku hormat juga peniaga warung tersebut yang berumur 50-an, pernah juga aku menjadi pelanggannya. (Bukan bulan Ramadhan). Beliau adalah seorang lelaki yang berkopiah semasa berniaga. Tapi siapa sangka beliau lah juga yang menghidangkan air untuk orang yang tidak berpuasa. Rosak anak bangsa.

Minta maaf pakcik, saya sudah hilang hormat pada pakcik dan kawan-kawan. Kalau pun tidak puasa, makan dan minum lah dalam rumah. Tak perlu nak tunjukkan pada orang lain. Tak perlu berasa bangga kerana tidak puasa. Kalau pun, pakcik-pakcik tidak malu kepada Allah swt, malulah kepada manusia sekeliling.

Saya mendoakan agar Allah swt akan membuka pintu hati mereka semua sebelum Allah swt menarik kembali nikmat sihat daripada mereka.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi... Saudara semua sudah habis bershopping ke? Ke bershopping last minute? Petang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Berperang dengan diri -
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hidup saya memang saya jadikan secawan kopi jadi