Al Fatihah Buat Kawan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku semua…

Dua tiga hari ini, perasaan untuk kembali aktif dalam silat amat mebuak-buak. Terasa ingin kembali ke gelanggang latihan menggerakkan tulang empat kerat yang sudah lama tidak membuka langkah tari silat. Memang sudah agak lama saya meninggalkan ia, hampir 7tahun.

Dulu zaman sekolah ada juga belajar tapi hanya separuh jalan saja dan apabila masuk ke universiti peluang itu kembali terhidang. Jadi saya rebutlah ia, walaupun agak lewat. Tapi dalam belajar atau untuk berubah tiada istilah lewat sebenarnya. Selagi ada kemahuan disitu pasti ada jalan, hanya i’tikad dan usaha yang kita perlukan.

Penglibatan saya tidak lama apabila terpaksa berhenti selepas menjalani pembedahan apendiks, atas nasihat doktor dan nasihat dari ma abah saya.

Dua hari lepas saya terkenangkan kembali rakan seperguruan yang sama-sama belajar. Kekadang serius kekadang main-main. Senyum tawa rakan latihan di gelanggang. Persahabatan di gelanggang di bawa keluar, erat hubungan atas dasar persaudaraan persilatan dan sesama Islam.

Namun, ajal maut siapa yang tahu. Salah seorang sahabat lama yang tidak bersua muka dan berhubung rupanya telah kembali ke rahmatullah pada bulan Mei yang lalu. Tapi, saya hanya mengetahuinya pada dua hari lepas. Maaf saya wahai sahabat kerana tidak sempat kita bersua. Terasa amat kejamnya saya kerana baru dua hari lepas saya mengetahui berita kepergian Allahyarham.

Al Fatihah.

Al Fatihah buat kawan, Allahyarham M. AlHafiz B. Zulkifly. Bersama kita mendoakan kesejahteraan Allahyarham moga-moga Allahyarham dicucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham.

Al Fatihah.

Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia