Tag Archives: simpanan

Mulakan Sekarang

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Petang Jumaat lalu, tika bersantai bersama Isteri dan anak saya di Pantai Teluk Cempedak sempat jua saya mendengar sedikit kupasan hujah Perhimpunan Agung UMNO tentang isu pembiayaan pelajaran oleh PTPTN. Mereka menyatakan ‘isu tentang pembiayaan PTPTN tidak timbul’. Mereka menyatakan sepatutnya semua pelajar membayar mengikut jadual dan merancang kewangan untuk disimpan sedikit untuk masa depan.

Pelaburan

Simpanan

Pendapat saya kenyataan mereka adalah benar. Memang benar kita sebenarnya harus mula merancang kewangan kita seawal kita melangkah ke alam pekerjaan. Tetapi berapa ramaikah graduan baru di luar sana mempunyai kesedaran tentang pentingnya perancangan kewangan?

Hakikatnya, yang dapat kita perhatikan pada hari ini adalah ramai graduan baru yang terlalu ghairah apabila melangkah ke alam pekerjaan. Ghairah untuk memenuhi kehendak mereka. Kebanyakan graduan baru tanpa ragu membuat pinjaman pembiayaan kenderaan sebaik sahaja layak.

Ada juga yang mengambil pinjaman peribadi untuk memenuhi kehendak mereka. Terutamanya kakitangan kerajaan. Sehingga ada yang membuat pinjaman pada paras maksimum dan lagi menyedihkan apabila wang sepatutnya digunakan sebaiknya, habis tanpa hala.

Bukan ingin mengata tapi sekadar mengingatkan. Saya sendiri dulu juga tidak merancang kewangan saya. Tahun pertama saya juga nyaris mejerat diri saya ke dalam masalah pinjaman peribadi dan kad kredit. Tapi, alhamdulillah, saya membatalkan kedua-dua niat tersebut di saat akhir. Saya hanya membuat satu hutang iaitu pijaman pembiayaan ASB kerana saya sedar saya tidak mempunyai disiplin menyimpan yang tinggi.

Pelaburan

Pelaburan

Andainya kesedaran saya terhadap pentingnya menabung ini awal lagi kan lagi bagus. Sebenarnya menabung bukan memerlukan modal yang besar pun.Yang penting adalah disiplin kita bukanya alasan.

Sedikit tips untuk melabur yang boleh saya kongsikan:

  • Tetapkan matlamat pelaburan kita untuk jangka pendek atau jangka panjang. Contohnya, untuk hantaran kahwin, untuk perbelanjaan anak-anak masuk universiti.
  • Cari dana yang tepat dan sesuai dengan matlamat kita. Kalau boleh baca prospektuf dengan teliti dan dapatkan nasihat pakar.
  • Mulakan pelaburan dengan modal yang ada. Modal kecil pada permulaan tidak mengapa yang penting setiap bulan kita kosistenkan pelaburan kita. Mulakan Sekarang.

Simpanan atau pelaburan lebih baik kita bermula sekarang dan bermula dari dengan apa yang kita ada. Jangan sesekali meminjam untuk melabur. Tapi bagus sekiranya lebihan wang pinjaman yang ada dilaburkan dari dihabiskan tanpa hala. Bukan begitu?

Ingat masa depan kita bermula hari ini. Ayuh, mulakan sekarang.

PS: Jika tuan-tuan/cik puan-cik puan, ingin berkongsi lagi tentang pelaburan boleh emelkan kepada saya, daddydee.net@gmail.com. Insyallah kita akan berkongsi dan bantu setakat termampu.

Duit Raya : Apakah Patut Kita Buat?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku…

Apa khabar tuan puan semua? Sihat ke? Saya doakan semua sihat sejahtera semuanya. Saya pun alhamdulillah sihat, cuma mood bekerja belum memuncak, mood lebih pada rindukan kampung halaman lagi.

Duit raya bagaimana? Banyak tak dapat? Saya tak dapat duit raya. Tuan Kecik saya banyak la dapat duit raya. Almaklumlah orang pertama kali beraya.

Tuan Kecik, duit raya,

Tuan Kecik nak beraya.

Saya dulu pun zaman sekolah dulu selalu juga dapat duit raya, banyaklah juga iaitu RM30. Tak banyak? Saya dapat RM30 dah cukup banyak. Kalau dapat RM50 dah terasa kaya. Kenapa? Saya nak dapat RM2 pun susah dulu. Tapi sekarang RM2 terlalu kecil.

Saya dulu duit raya saya akan simpan dalam tabung. Dan akan saya korek bila dah terdesak nak pakai duit. Simpan dalam bank, sekali setahun belum tentu saya simpan. Kekadang cemburu juga tengok kawan-kawan beli baju baru, kasut baru guna duit tabung. Tapi apakan daya saya perlu berjimat untuk kepentingan diri saya kelak.

Dulu saya agak cemburu bila kawan-kawan sibuk bercerita yang ayah mereka bukakan mereka akaun ASB, akaun Tabung Haji dan macam-macam akaun lagi. Saya pula, hanya ada tabung anak gajah dan akaun Giro. Sebab itu saja yang senang didapati dibandar tempat saya dahulu.

Sekarang, bila sudah menjadi seorang ayah, pemikiran saya tetap sama. Sama seperti zaman saya sekolah dulu. Duit raya adalah untuk disimpan untuk kegunaan pada masa depan. Jadi, duit raya Tuan Kecik saya simpan dalam akaun bank beliau. Untuk kegunaan beliau juga.

Kenapa saya berbuat demikian? Kerana saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada zaman Tuan Kecik kelak. Saya tak tahu berapakan kadar Inflasi pada tahun 2040. Saya tak tahu berapa yuran Universiti tahun 2040. Saya tak tahu berapa harga sebungkus nasi pada tahun 2040.

Tuan Puan bagaimana? Duit raya buat apa? Menabung atau berbelanja?

Sekian, terima kasih.

Posted with WordPress for BlackBerry.

ASB Loan : Cara Saya

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian.

Kalau dulu saya pernah berbicara tentang ‘loan ASB’. Kali ini saya ingin membicarakan lagi sedikit hal ini dengan lebih terperinci. Harap sudilah membacanya. Dan diingatkan sekali lagi saya bukanlah agen untuk ‘loan ASB’ berminat silalah ke bank yang berdekatan. Bank yang menyediakan khidmat ‘loan ASB’ setahu saya adalah Maybank, CIMB dan RHB Easy. Setakat yang saya tahu.

Hebat sangat kah ‘loan ASB’? Bagi yang tak berduit seperti saya sudah tentu hebat. Dalam masa boleh mendisiplinkan saya yang tidak pandai menabung.

Walaupun saya tahu, adalah berlawanan dengan prinsip ‘Financial Freedom’ iaitu berhutang untuk menabung, saya tetap pilih jalan ini. Kenapa?? Kerana ianya boleh menggandakan wang kita dalam jangka masa yang panjang. 

ASB LOAN

Perihal Pinjaman

Jumlah Pinjaman : RM 30,000.00

Kadar Pembiayaan Asas (KPA) : 6.60% (-1.65%)

Ansuran Bulanan : RM 175.00 selama 25 tahun

Jumlah Keseluruhan yang Dibayar kepada Bank : RM 52,500.00

Keuntungan yang Bank Dapat : RM 22,500.00

 

Banyakkan keuntungan bank dapat iaitu RM22,500.00. Kalau jumlah itu dimasukkan kedalam poket kita lebih bagus dari dimasukkan ke poket Bank. Bukan begitu ke?

Tunggu dulu, tengok ini pula dan ini adalah cara saya buat :

Tabungan dalam ASB : RM 30,000.00

Anggaran Dividen Tahunan ASB (+- 10%) : RM 3,000.00 setahun

Jumlah Pendapatan + Jumlah Pinjaman selepas 25 tahun (sekiranya pendapatan tidak dikeluarkan) : RM 295,491.98*

*Pengiraan terperinci tak dapat saya tunjukkan kerana saya gunakan Excel. Maafkan saya.

Keuntungan pelabur : RM 295,491.98 – RM 52,500.00 = RM 242,991.98

Pendapatan : RM 242,991.98 – RM 30,000.00 = RM 212,991.98

Dalam masa 25 tahun kita telah berjaya menyimpan sebanyak RM 30,000.00 dan mendapat bonus tambahan sebanyak RM 212,991.98 jadi jumlah terkumpul yang kita dapat adalah RM 242,991.98. Banyakkan??

SIMPANAN BIASA (Bukan ASB Loan)

Dan sekiranya kita hanya menyimpan dengan kaedah biasa (bukan loan ASB) dengan jumlah yang sama RM 175 sebulan pula :

Tabungan Kaedah Biasa 

Simpanan Bulanan : RM 175.00

Jumlah Simpanan selepas 25 tahun (Tanpa Pendapatan/Diveden) : RM 175.00 x 12 bulan x 25 tahun = RM 52,500.00

Dan sekiranya pelaburan adalah kedalam akaun ASB 

Jumlah pendapatan (+-10%) selama 25 tahun tanpa dikeluarkan pendapatan : RM 68,250.00

Jumlah tabungan selepas 25 tahun dalam ASB : RM 120,750.00

CARA SAYA

Saya pula tidak memilih untuk memaksimumkan pendapatan seperti pengiraan pertama yang saya tunjukan. Sebabnya saya mahukan menggunakan modal minimum sahaja. Itulah sebabnya

Jumlah Pinjaman : RM 30,000.00

Kadar Pembiayaan Asas (KPA) : 6.60% (-1.65%)

Ansuran Bulanan : RM 175.00 selama 25 tahun

Anggaran Dividen Tahunan (+-10%) : RM 3,000.00

Jumlah perlu dibayar setahun : RM 2,100.00

Saya memilih untuk menggunakan pendapatan tahunan saya untuk membayar balik pijaman ASB saya. Jadi saya hanya akan perlu mengeluarkan duit RM 2,100.oo untuk tahun pertama. Pada tahun kedua saya akan menggunakan hasil dari dividen untuk membayar balik pinjaman saya. Dan begitulah pada tahun berikutnya.

Baki dividen sebanyak RM 900.00 saya kekalkan dalam akaun ASB saya.

Dan sekiranya berjaya :

Selepas 25 tahun saya akan mengumpulkan : RM 109,647.59

Menggunakan modal RM 2,100.00 untuk mengumpulkan RM 109,647,59 selepas 25 tahun sudah cukup lumayan bagi saya.

 

 

KESIMPULANNYA

Semua cara adalah betul dan tidak salah, sama ada anda mahu simpan secara bedisiplin tanpa membuat pinjaman. Atau ingin membuat secara pinjaman ASB dari bank terdekat. Tepuk dada tanyalah hati, buatlah keputusan yang bijak dan tepat demi masa depan kita.

Apa yang saya kongsikan adalah sebahagian dari pengalaman hidup saya. Harap maaf sekiranya maklumat yang saya berikan adalah tidak tepat dan menyinggung perasaan saudara sekalian.

Moganya apa yang saya kongsikan ini bermanafaat bagi semua pembaca blog Daddydee.net.

*Semua pengiraan saya lakukan dengan menggunakan Microsoft Excel dan tidak dapat saya paparkan disini. Maafkan saya.

Sekian, Terima Kasih

ASB Loan : Bagus ke tidak??

Assalamualaikum…

Hari ni daddydee.net ingin berkongsi pengalaman tentang ASB Loan yang telah lama dilancarkan oleh bank-bank di Malaysia. Banyak bank seperti Maybank, CIMB dan easy RHB juga menyediakan perkhidmatan ini.

Saya tahu di luar sana telah banyak blog mengulas soal ini. Tapi saya tetap ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dan pandangan saya. Dan dijelaskan di sini, saya bukan ajen ASB LOAN. Apa yang saya kongsikan adalah pengalaman saya semata-mata.

simpanan

ASB Laon : Salah satu cara untuk menyimpan

Sebut saja LOAN, semuanya sama. Takkan menguntungkan kita. LOAN mesti akan menguntungkan pemberi pinjam sebabnya semua LOAN pasti ada faedahnya yang perlu ditanggung oleh peminjam. Sama juga ASB LOAN ni.

Tapi ada sedikit perbezaannya, jumlah pinjaman yang di pinjam kita tidak dapat. Sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun kita dan hanya boleh diambil apablia cukup masanya. Peminjam hanya boleh mengeluarkan dividen sahaja. Senang cakap pinjam duit tapi tak dapat duit la. Pinjam duit dan simpan saja.

Ianya bagus untuk orang macam saya yang agak kurang disiplin dalam menabung. Orang yang pabila tengok duit tabung penuh, saya akan gatal tangan nak keluarkan untuk membeli gadget impian.

Tapi dengan ASB LOAN tak dapat lah. Dapat pun awal tahun bila pengagihan dividen dilakukan.

Contohnya :

Kita pinjam RM15,000. Dan kita perlu bayar RM180 sebulan bagi 10 tahun. Jadi jumlah yang kita bayar adalah RM21,600. Jumlah faedah yang kita bayar pada bank adalah RM6,600.

Katakan dividen tahunan kita dapat dalam RM1,100 setahun. Jadi bagi tempoh sepuluh tahun kita akan dapat RM11,000 jumlah dividen sepuluh tahun. (Ini sekiranya dividen dikeluarkan bagi setiap tahun. Kalau di simpan lagi bagus lah.)

Jadi, jumlah keuntungan kita dapat adalah RM11,000 – RM6,600 = RM 4,400. Jumlah keuntungan kita dapat adalah RM4,400.

RM 4,400 bukanlah banyak sangat kan. Betul tu, tapi baiklah ada dari langsung tiada.

Apabila cukup tempoh dia, 10tahun, jumlah pinjaman kita akan dimasukkan kedalam akaun. Jadi barulah dapat merasa duitnya.

Lambat…… Memang lambat. Tapi biar lambat asalkan selamat.

Sikit-sikit lelema jadi bukit.

Tapi, apa yang paling penting bagi saya bukannya jumlah duit tu. Tapi sebaliknya disiplin menabung yang dipupuk dari ASB LOAN ni.

Kalau kalian semua berdisiplin, sejujurnya saya cakap, tak perlulah ambila LOAN ni. Kenapa nak berhutang. Ye tak?

Semoga apa yang dikongsikan oleh daddydee.net memberi manafaat buat semua.

Sekian, terima kasih.