Semoga dipermudahkan segala urusan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Hujung minggu seperti biasa, rutin harian saya akan diteruskan lagi dengan pergi menuntut ilmu, semoga dipermudahkan pembelajaran saya hari ini. Ya allah, kurniakan jiwa yang tenang hati yang lapang agar mudah saya menerima ilmu yang diajarkan.

Semoga kita dipermudahkan
Semoga kita dipermudahkan

Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM, selamat mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir ini. Mungkin latih tubi adalah pendekatan terbaik di saat akhir ini. Perbanyakan latihan, jangan pernah jemu mengulang kaji pelajaran insyallah akan berbaloi pengorbanan adik adik. Saya mendoakan adik-adik, Semoga dipermudahkan semasa menduduki peperiksaan SPM nanti.

SPM adalah satu langkah kecil yang akan menjadi pemangkin satu kejayaan besar esok. Buat yang terbaik insyallah terbaik yang kita dapat. Selamat berusaha.