Rakyat Sudah Bersuara, Janji Ditepati

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua? Sihat sejahtera bahagiakah anda semua? Kota raya Kuala Lumpur yang semalamnya lenggang hari ini kembali sesak, agaknya sudah ramai yang telah kembali bekerja. Mesti ada yang masih lagi cuti sebab penat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Saya pun ambil masa lebih kurang 10 jam dari Tumpat ke Kuala Lumpur.

Keputusan PRU 13  sudah diketahui, Barisan Nasional sekali lagi mendapat mandat dari rakyat. Tahniah buat mereka. Rakyat sudah besuara kini tiba masanya pemimpin baru menunaikan janji mereka seperti manifiesto mereka. Janji mesti ditepati.

image

Walaupun keputusan PRU 13 sudah dimutamadkan masih ada kedengaran bunyi ketidakpuashatian terhadap keputusan itu. Harap harap apa pun yang tidak puas hati jangan sampai buat kacau. Jangan sampai huru hara. Say no to riot.

Rakyat sudah bersuara, pemimpin silalah mula bekerja. Ingat pemimpin yang dipilih adalah wakil rakyat bukan bos rakyat. Silalah hormati hak rakyat dan bantulah rakyat tingkatkan ekonomi mereka. Tingkatkan ekonomi setempat. Betul tak saudaraku?

Hari ini saya telah mula bekerja, sekarang ini sedang bergerak ke negeri pembangkang, Penang. Insyallah saya akan berkursus di sana selama 3 hari. Saudara bagaimana?

Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut. Itu
Biasa sudah kita dengar akan penyakit kemurungan, tapi tahukah kita betapa bahayanya penyakit kemurungan ni?
Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia