Penang – Sup Hameed

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua…

Awal Mei 2013, semasa saya berkursus di Jawi, Pulau Penang sempat juga saya menjengah ke Pulau Penang. Sudah lama tidak pijak kaki ke pulau ini ada dekat 2 tahun saya rasa, dulu datang pun setakat sampai Padang Kota. Merasa Rojak Pesemboq Padang Kota. Itu cerita dua tahun lepas.

Tapi kali ini, sekali lagi saya berpeluang menjejak kaki ke Pulau Pinang. Dengan 3 orang sahabat kami menuju ke destinasi kali ini iaitu Sup Hameed. Kedudukan Restoran Sup Hameed ini betul-betul bertentangan dengan Hotel Malaysia.

Sup Hameed photo C360_2013-05-09-23-02-27_org_zps92df93b0.jpg
Sup Hameed – Papan tanda kedai yang berwarna warni

Inilah rupa papan tanda kedai Sup Hameed ini. Dibuka di deretan kedai lama. Saya suka Penang ini sebab bangunannya masih banyak yang historical. Vintaj bab kata orang zaman sekarang. Betul ke?

Menu photo C360_2013-05-09-21-58-20_zps9ca33af0.jpg
Menu Sup Hameed

Nampak tak menu dan harga sup yang di sediakan di Restoran Sup Hameed ni. Ada sup ayam, sup kambing, sup puyuh dan sup lembu. Sup lembu pula dari sup lidah sampailah ke sup torpedo. Semua ada, bilang saja.

Sup Kambing photo C360_2013-05-09-22-04-59_zps2154b22d.jpg
Sup Kambing yang jadi pilihan saya

Sup kambing yang menjadi pilihan saya.Sup nya memang best. Pekena dengan roti paun saja sudah cukup menyelerakan.  Sup Torpedo belum lagi, insyallah lain kali saya datang lagi untuk mencuba sup torpedo di Restoran Sup Hameed.

Beca Mural Art photo C360_2013-05-09-23-04-15_zps07ad1f47.jpg
Mural Art Beca – memang kreatif habis

Mural art beca yang cukup menarik bagi saya. Memang kreatif habis. Memang best membidik di Pulau Pinang ini banyak yang menarik. Kalau bawa DSLR pasti lagi seronok.

Aku bukan lah pakar dalam bab pemakanan dan kesihatan. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan
Ramai yang tanya 'Apa kau buat boleh kurus camni?'. Jawapan aku mudah saja 'Nekad'. Pendek
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.