Jonjo Shelvey Pemain Tumpuan Minggu Ini

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sebelum perlawanan ramai yang menyebut Mesut Ozil dan Fellaini, pemain berambut afro yang menjadi pemain tumpuan minggu ini. Memang ramai yang menunggu penampilan pertama dua pemain ini dengan kelab baru mereka iaitu Arsenal dan Manhester United.

Saya juga menunggu untuk melihat perancang utama baru Arsenal, Mesut Ozil dalam penampilan pertama nya. Memang aksi beliau amat memukau dan memainkan peranan utama buat Arsenal dalam menentang Sunderland pada Sabtu lepas.

Jonjo Shelvey Pemain Tumpuan Minggu Ini
Jonjo Shelvey Pemain Tumpuan Minggu Ini

Namun begitu, selepas kesemua perlawanan minggu ini berakhir, saya boleh simpulkan bahawan pemain tumpuan minggu ini bukanlah Mesut Ozil atau Fellaini tapi Jonjo Shelvey iaitu pemain tengah Swansea dan juga bekas pemain Liverpool. Liverpool mengharapkan kemenangan ke atas Swansea untuk menduduki taktha liga.

Awal pagi semalam, berlangsungnya perlawanan antara Liverpool dan Swansea yang berakhir dengan keputusan 2-2. Dua gol Liverpool dijaringkan oleh Sturridge dan Moses manakala gol Swansea dijaringkan oleh Jonjo Shelvey dan Michu.

VIdeo Gol Pemain Tumpuan Minggu Ini – Jonjo Shelvey

Apa yang menariknya, Jonjo Shelvey adalah pemain penting dalam perlawanan tersebut dengan menjaringkan 1 gol dan 3 assist. Apapun, Jonjo Shelvey telah memohon maaf secara terbuka kepada peminat Swansea diatas kesilapan yang dilakukannya.

Bagi saya, Jonjo Shelvey sememangnya pemain berbakat besar cuma mungkin beliau perlukan sedikit masa lagi untuk jadi nama besar dalam pasukan.

Semua manusia melakukan kesilapan.

Asaalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Eden Hazard telah berjaya menyenaraikan dirinya sebagai salah
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu ini, English Premier League masuk mingu ke-23,

Chelsea Lawan Swansea : Eden Hazard Mengamuk

Asaalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Eden Hazard telah berjaya menyenaraikan dirinya sebagai salah seorang penerima kad merah terburuk. Eden Hazard mengamuk dan telah menendang budak bola Swansea. Kejadian ini berlaku ketika perlawanan Capital One Cup, dimana Chelsea telah terika 0-0 dengan Swansea. Swansea layak ke final dengan aggregat 2-0.

Saya akui Eden Hazard adalah salah satu wonderkid yang menarik minat saya. Skill individu dan keserasiannya dengan Chelsea amat menarik minat saya. Dalam masa yang singkat Eden Hazard telah berjaya menyesuaikan diri dengan rakan sepasukannya.

Video Eden Hazard mengamuk, menendang budak bola Swansea

Gambar Eden Hazard mengamuk, menendang budak bola Swansea

Eden Hazard tendang budak bola Swansea

Eden Hazard tendang budak bola Swansea
Eden Hazard mengamuk
Eden Hazard mengamuk

 

Budak Bola, Charlie Morgan, 17 tahun, anak kepada director Swansea
Mangasa Eden Hazard mengamuk – Budak Bola, Charlie Morgan, 17 tahun, anak kepada director Swansea.

Pandangan pemain bola sepak lain terhadap tindakan Eden Hazard mengamuk

Eden Hazard - Pandangan pemain bola lain
Eden Hazard – Pandangan pemain bola lain

Pada pandangan saya, tindakan Eden Hazard sememangnya tidak wajar dan tindakan Charlie Morgan juga salah. Apapun, sebagai seorang pemain bola professional, Eden Hazard sepatutnya mengawal perasaan amarah dalam dirinya. Bukan dengan menendang budak bola, Charlie Morgan. Tapi situasi sebenar ketika itu siapa tahu, seperti kes Zinadine Zidane dan Metarazzi suatu ketika dulu. Apa pendapat saudara sekalian pula?

Semoga kes sebegini tidak berlaku di negara kita. Play safe and clean. Real fan Real football.

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sebelum perlawanan ramai yang menyebut Mesut Ozil dan
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Demam bola telah kembali lagi untuk Euro 2012. Sejak hari Sabtu malam hari tu sampai
Kumpulan A Poland 1 - 1 Greece Lewondawski 17' Salpingidis 51' Russia 4 - 1

EPL : Perpindahan Pemain 2012 dan Keputusan Minggu ke-3

Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Arsenal
Arsenal

English Premier League (EPL) sudah masuk minggu ke-3 sebenarnya, dan baru kali ini saya sempat update berkenaan EPL. Apa yang menarik pada minggu ini adalah dengan berakhirnya jendela perpindahan pemain. Dan sememangnya agak kecewa apabila tiada lagi pemain baru yang dibawa masuk oleh Arsene Wenger selain dari Santi Cazorla, Oliver Giroud dan Lukas Podolski yang menggantikan tonggak utama Arsenal iaitu Robin Van Persie (Man Utd) dan Alex Song (Barcalona). Selain itu, pemain lain seperti Nicklas Bendtner (Juventus), Park Chu Young (Celta Vigo) dan Ryo Miyachi (Wigan) telah dipinjamkan ke kelab lain.

Santi Cazorla
Santi Cazorla

Kecewa kerana saya mengharapkan untuk melihat Yann M’villa, Leonardo Damiao, Essien ataupun Cabeye. Tapi saya tetap yakin dengan keputusan Arsene Wenger untuk tidak membawa pemain lain. Kerana Arsenal telah mempunyai pemain yang berkualiti seperti Mikel Arteta, Ramsey, Rocisky, Diaby dan bintang dalam pembikinan seperti Wilshere, Gibbs, Jenkinson dan Oxlade Chamberlain.

Podolski
Podolski

Jika, kita melihat dari perpindahan pemain, QPR paling banyak membawa masuk pemain baru antaranya Park Jing Sung, Jose Bosingwa, Julio Cesar, Stephane M’bia, Estaban Grenero, Hoilett, Fabio, Andrew Johnson, Diakite’ dan lain-lain.

Perpindahan Pemain Masuk di Kelab Lain:

  • Aston Villa – Jordan Bowery, Ashley Westwood, Christian Benteke, Joseph Bennett, Ron Vlaar.
  • Chelsea – César Azpilicueta, Victor Moses, Oscar, Eden Hazard, Thorgan Hazard
  • Everton – Bryan Oviedo, Matthew Kennedy, Vadis Odjidja-Ofoe, Kevin Mirallas, Steven Pienaar, Steven John Naismith
  • Fulham – Kieran Richardson, Dimitar Berbatov, Ashkan Dejagah, Hugo Rodallega, Sascha Riether, Mladen Petric
  • Liverpool – Samed Yesil, Nuri Sahin, Oussama Assaidi, Joe Allen, Fabio Borini
  • Manchester City – Scott Sinclair, Richard Wright, Maicon, Matija Nastasic, Javi Garcia, Jack Rodwell
  • Manchester United – Alexander Büttner, Robin Van Persie, Sean Goss, Nick Powell, Shinju Kagawa
  • Newcastle United – Anita, Curtis Good, Gael Bigirimana, Romain Amalfitano
  • Norwich City – Harry Kane, Sebastien Bassong, Javier Garrido, Michael Turner, Robert Snodgrass
  • Reading – Stuart Taylor, Nicky Shorey, Danny Guthrie, Pavel Pogrebnyak
  • Southampton – Gaston Ramirez, Maya Yoshida, Emmanuel Mayuka
  • Stoke City – Charlie Adam, Steven Nzonzi, Michael Kightly, Maurice Edu
  • Sunderland – Danny Rose, Adam Johnson, Steven Fletcher, Louis Saha, Carlos Jimenez Cuellar
  • Swansea – Ki Sung-Yueng, Michu, Pablo, Kyle Bartley, Jonathan De Guzman
  • Tottenham Hotspur – Hugo Lloris, Clint Dempsey, Moussa Dembele, Emmanuel Adebayor, Jan Vertonghen
  • West Brom Albromich – Goran Popov, Romelu Lukaku, Markus Rosenberg
  • West Ham – Yossi Benayoun, Andrew Carroll, Matthew Jarvis, Alou Diarra, James Collins, Modibo Maíga, Jussi Jaaskelainen
  • Wigan – Arouna Koné, Ryo Miyaichi, Ivan Ramis, Fraser Fyvie

 (Untuk senarai penuh  : Soccernet)

 

Senarai Keputusan EPL Minggu Ke-3 :

 
West Ham West Ham 3 – 0 Fulham Fulham
Swansea Swansea 2 – 2 Sunderland Sunderland
Tottenham Tottenham 1 – 1 Norwich Norwich
West Brom West Brom 2 – 0 Everton Everton
Wigan Wigan 2 – 2 Stoke City Stoke City
Man City Man City 3 – 1 QPR QPR
Liverpool Liverpool 0 – 2 Arsenal Arsenal
Newcastle Newcastle 1 – 1 Aston Villa Aston Villa
Southampton Southampton 2 – 3 Man Utd Man Utd
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu ini, English Premier League masuk mingu ke-23,