Tahniah Adik Adik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tahniah adik adik yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun 2014. Tahniah juga buat ibu bapa dan para guru-guru yang berjaya mendidik adik adik ini sehingga berjaya.

Tahniah adik adik
UPSR Tahniah Buat Semua

Kejayaan ini adalah kejayaan bersama. Kejayaan adik adik yang belajar bersungguh sungguh tanpa jemu. Kejayaan ibu bapa yang membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang. Kejayaan guru yang tanpa jemu memberikan ilmu.

Yang paling tersenyum riang sudah pasti ibu bapa kan? Melihat anak mereka berjaya. Begitu juga saya sebagai seorang ayah, ingin sekali melihat anak saya berjaya suatu hari nanti. Ini bukan harapan saya seorang tapi semua ayah di dunia mahukannya.

iklan: Anak Pintar Cerdas

Tahniah adik adik yang telah menduduki UPSR 2014. Yang tidak mendapat keputusan cemerlang, jangan kecewa ini bukan pengahir cerita tapi permulaan. Teruskan langkah jangan layu, pasti ada kejayaan buat adik adik nanti. Hari ini mungkin bukan rezeki kita tapi esok siapa tahu?

Ingat tuntut ilmu jangan pernah jemu.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Telah lama saya impikan kejayaan. Berjaya mendapat semua
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keputusan UPSR Tahniah pada semua adik-adik yang telah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... UPSR sudah berlalu, PMR pula bakal menjelma. Sudah
Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu: Menang Disanjung Kalah

Sekejam Kejam Manusia Atau Manusia Hebat?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah paling kejam di abad ini. Sejujurnya tiada apa yang boleh saya ucapkan saya lafazkan buat pasukan PDRM yang berjaya memberkas penjenayah ini selain dari ucapan Terima Kasih dan Tahniah. Ingat sekejam kejam manusia tumpas juga akhirnya.

Sekejam Kejam Manusia Tumpas Juga
Sekejam Kejam Manusia Tumpas Juga

Bagi saya manusia ini memang amat kejam sekali, dia adalah sekejam kejam manusia. Dia sanggup menembak seorang wanita yang tidak berdosa untuk merompak duit yang bukan milik mangsa terbabit. Kenapa perlu tembak? Kenapa?

Duit itu sudah pasti akan jadi milik penyamun ini buat sementara waktu kerana dia bersenjata. Manakala, orang lain langsung tiada bersenjata. Menyerang dan membunuh orang yang tidak berdaya manusia ini bukan lagi manusia. Tidak layak juga saya gelar binatang kerana binatang tidak sekejam manusia. Apa yang layak, kalian labelkan?

Tutup cerita manusia kejam, ini pula cerita manusia yang tulus membantu dan bersemangat berdakwah. Beliau bersama Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) dengan bersemangat waja untuk terus menggerakan usaha dakwah dikalangan anak muda dengan cara mereka sendiri tanpa pernah kenal mengenal erti penat lelah dengan sukarela. Tanpa sebarang paksaan.

Gema Jalanan
Gema Jalanan

Sekali lagi tahniah buat mereka yang berjaya melakukan satu program hebat iaitu Gema Jalanan. Tahniah buat PAFI, semoga PAFI terus berjaya dan berjaya.

Akhir kata, pilihlah mana jalan yang kita mahu, jalan yang kita inginkan. Ingin dikenang sebagai Sekejam Kejam Manusia atau Manusia Hebat. Fikir-fikirkan.

PS: Jom like page Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI) untuk mengetahui perkembangan mereka.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Kering idea punya pasal, jadi saya nak riak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Saya membesar dalam filem lakonan beliau. Dari saya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Terima kasih buat para
Guru, terima kasih atas pengorbanan mu selama ini dalam mendidik aku sehingga aku berada di

Ucapan Tahniah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola sepak Kelantan yang telah menjuarai Piala Malaysia 2012 dengan mengalahkan pasukan ATM, 3-2.

Ucapan tahniah buat pasukan Harimau Muda yang berjaya memenangi Piala Newspaper 2012 dengan mengalahkan Vietnam.

Ucapan tahniah juga pada Datuk Lee Chong Wei yang berjaya memenangi Badminton Terbuka Denmark 2012 dengan mengalahkan Du Pengyu dari China.

Tak lupa ucapan tahniah buat Zulfahmi yang melakar sejarah tersendiri apabila menang ditempat kedua dalam Moto3 di Sepang International Circuit.

Mungkin minggu ini banyak kemenangan yang dilakar oleh atlet negara. Pencapaian atlet negara yang semakin membanggakan. Saya rasa masih ramai atlet yang berbakat dan berpotensi di luar sana yang bakal menggegarkan dunia. Tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan menjadi sebuah negara yang mampu melahirkan ramai bakat besar dalam sukan. Semua itu tidak mustahil. Insyallah.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... ATM Juara ATM telah muncul