Tag Archives: tak puasa

Saya Sudah Outdated Kah?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi…

Saudara semua sudah habis bershopping ke? Ke bershopping last minute?

Petang tadi, saya, wife dan tuan kecik keluar mengambil biskut yang ditempah dengan kawan my wife. Balik dari mengambil tempahan kami pergi ke satu mall terkemuka di bandar Kuala Lumpur. Khabarnya, mall tersebut di miliki oleh pak Arab.

Niatnya hanya mahu membeli hadiah untuk my wife. Tapi biasalah, ada saja yang terlencong, saya bukan saja beli hadiah untuk my wife tapi turut beli baju untuk tuan kecik dan adik di kampung.

My wife kata mall tu biasa dikunjungi oleh anak-anak orang kaya. Memang pun apa yang saya lihat mereka semua dengan pakaian yang berjenama. Saya pun pakai baju berjenama juga, baju M7 yang dimenangi dalam Giveaway JebengOtai.

Apa yang cukup buat saya rasa kaget dan tergamam adalah bila kami menyinggah ke KFC untuk beli dan suapkan Tuan Kecik, Kentang Putar KFC. Masuk saja KFC saya lihat penuh beberapa meja dengan remaja Melayu. Tempat mereka berkumpul agaknya.

Kuburan Band

Kuburan Band.

Pakaian mereka membuatkan saya tertanya pada diri saya apakah yang mereka banggakan sebenarnya? Dengan lelaki yang hanya bersinglet (badan bukan sasa pun), seluar koyak, bersubang sebelah, bertindik di mulut dan rambut berwarna warni. Perempuan pula dengan seluar pendek, make up ala gothic, rambut cam pelangi, bersinglet dan bertindik di hidung dan mulut. Berjumpa lelaki perempuan bebas bersalam peluk siap cium pipi lagi. Mungkin int trend mereka dan fesyen mereka sekarang.

Dan yang paling membuatkan kami terasa malu adalah remaja lelaki terbabit tanpa segan silu nya membeli KFC dan makan dalam premis terbabit di sudut tersembunyi. Mata saya tak rasa mereka itu John, Rajamuthu atau Ah Chong tapi saya yakin mereka semua ada nama yang cukup indah yang tertera perkataan ‘Bin’ antara nama mereka dan bapa mereka bukannya ‘Anak Lelaki’. Dan saya yakin juga dalam Kad Pengenalan berwarna biru mereka ada tertulis ‘Islam’ sama seperti saya.

Apakah tiada terdetik di hati mereka untuk berpuasa? Atau mereka tidak dididik untuk berpuasa? Sedangkan bangsa lain pun tahu di bulan Ramadhan semua umat Islam sedang berpuasa, inikan pula kita umat Islam takkan kita lupa sekarang adalah Ramadhan.

Bakal peneraju negara di masa depan sudah makin alpha dan hanyut dalam arus kemodenan. Minda mereka terus dijajah oleh manisfesto Barat yang dicanang dalam hiburan mereka. Dalam Pemimpin kita sibuk mencanang pembentukan 1Malaysia dan bulan Kemerdekaan, anak remaja Melayu kita masih lagi di jajah. Di jajah minda nya walaupun dari segi zahir kita bagaikan sudah merdeka. Tapi minda remaja kita terus di jajah oleh pengaruh barat.

Sudah 55 tahun negara kita merdeka tetapi bilakah minda orang Melayu kita terutamanya akan Merdeka? Merdeka dari segala aspek dan sudut.

Saya doakan agar mereka semua akan Merdeka.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...