Andai Ku Tahu

Assalamulaikum dan salam inpirasi buat semua saudaraku…

andai ku tahu
Adakah kita tahu?

Andai ku tahu hari ini ku begini kerana tidak sia-siakan masa lalu, bersungguh semasa belajar dahulu. Jika tidak pasti aku dulu pelajar yang tekun dan gigih.

Kalau ku tahu betapa susahnya mahu mencari duit, sungguh aku telah belajar rajin rajin. Mungkin hari ini aku seorang graduan kelas pertama. Pasti mudah aku mencari kerja sekarang ini.

Kalau ku tahu bila ajal ku menjemput, pasti aku tidak akan mempersiakan hari ku dengan sesuatu yang sia sia. Akan ku penuhi hari ku dengan amal ibadah. Hanya kepada Mu, aku bersujud tuhan Ku yang maha esa.

Tapi itu semua andai ku tahu, kalau ku tahu, ternyata kita tidak tahu apa yang terjadi pada diri kita. Bukan saja esok atau masa depan malah seminit lagi pun kita tidak tahu apa yang akan jadi pada diri kita. Mungkin juga ajal akan menjemput kita seminit lagi? Siapa tahu? Hanya Allah swt yang tahu, kita tidak akan tahu.

Kita bisa merancang sejuta perancangan tapi hanya Allah swt yang menentukan.

Putus asa? Jangan putus asa. Biarpun kita tidak menentukan tapi biarlah kita berusaha sehabisnya kemudian doa dan tawakal. Biarpun kita tidak berjaya hari ini tapi esok mungkin akan berjaya dan Allah swt suka orang yang berusaha.

Andai ku tahu memang tidak akan kita tahu apa yang jadi esok. Jadi bekerjalah mengejar dunia bagai esok sudah tiada dan beramal ibadahlah bagai esok ajal kita.

Seorang nelayan di botnya sedang menjala ikan di sungai terlihat seorang lelaki di tepi sungai
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Bagaimanakan diri kita hari ini? Adakah hari ini
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian... Sebelum ini, saya ada membicarakan tentang angan-angan.
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah

Kisah Seorang Nelayan

Seorang nelayan di botnya sedang menjala ikan di sungai terlihat seorang lelaki di tepi sungai yang berjalan tetiba jatuh di tepi tebing.

Nelayan itu terus mendekat botnya di tebing dan menolong lelaki tersebut. Nelayan itu menolong lelaki tersebut mengumpulkan semula buku-bukunya, baju sejuk, topi dan sebuah perakam suara. Nelayan turut membantu lelaki tersebut memungut kembali kertas-kertas yang ditiup angin.

“Nak pergi mana jalan seorang diri,” tanya nelayan tersebut.

“Nak balik rumah di sana,” kata lelaki tersebut.

“Ini dah nak malam, ana nak balik sana juga, jom naik bot ana,” tawar nelayan tersebut.

Dalam perjalanan tersebut, nelayan dan lelaki tersebut berbual mesra. Nelayan itu mengetahui nama lelaki itu ialah Ramli. Dalam perjalanan balik ke rumah, nelayan tersebut mengetahui hobi Ramli ialah menulis diari dan rencana untuk surat khabar. Ramli tinggal membujang kerana baru bercerai dengan isterinya dan anaknya pula mengikut ibunya. Setibanya di rumah Ramli, nelayan dijemput untuk minum teh dan menonton TV. Nelayan yang lapar, mencadangkan untuk makan malam dengan ikan patin yang ditangkapnya tadi.

Mereka terus berbual mesra. Rupanya Ramli sangat pandai memasak, patin tempoyaknya cukup sedap, Setelah makan malam, nelayan itu mengundurkan diri untuk pulang. Sejak itu, Ramli selalu pergi ke jeti mencari nelayan itu untuk berbual dan berkongsi pengalaman hidup. Mereka menjadi rakan karib.

Ramli bertemu jodoh lagi – dan bakal berkahwin. Ketika menghantar surat jemputan kahwin kepada nelayan… Ramli bertanya, “Ingat tak masa mula-mula kita jumpa hari itu?”

“Ingat,” jawab nelayan tersebut.

“Anta tak rasa pelik ke mengapa ana membawa buku, baju sejuk, topi dan perakam suara berjalan seorang diri di tepi sungai…” tanya Ramli.

Nelayan terdiam…

“Sebenarnya hari itu, ana ingin membunuh diri pada tengah malam dengan menerjun sungai ketika air pasang deras. Tapi malam itu, ana terjatuh dan enta tetiba muncul membantu. Masa yang dihabiskan bersama anta malam itu membuat ana terasa dunia ini masih ada harapan. Kalau ana mati hari itu, takkan ana dapat berjumpa dengan jodoh yang lebih baik ini. Jadi, sebenarnya bantuan enta hari itu, bukan sekadar membantu seorang lelaki yang terjatuh terpijak lubang, anta telah menyelamatkan nyawa ana,” kata Ramli sambil menangis.

Dapat isi tersirat? Jangan perkecilkan sebarang kebaikan dan kebajikan – belum tentu anda tahu besar mana nikmatnya.

(Sumber Facebook)

PS: setiap kejadian pasti ada asbab dan hikmah yang tersembunyi.
Assalamulaikum dan salam inpirasi buat semua saudaraku... Adakah kita tahu? Andai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Siapakah Mustapha Kamal Artaturk? Kenal kah kita dengan Mustapha
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Sekadar ingin berkongsi salah satu movie yang bagi saya