Tamiya Mencabar Minda

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tamiya Mini 4WD pernah menjadi satu fenomena suatu ketika dulu kalau tak silap saya pada tahun 1994-1995, kalau silap sila betulkan. Penangan anime Dash Yonkuro, saya dan kanak-kanak sezaman saya turut membeli sebua Tamiya Mini 4WD, model yang pernah saya main dulu adalah Boomerang, harga masa itu tidaklah mahal.

Anime Dash Yonkuro
Anime Dash Yonkuro

Dek kerana modal yang nipis, kereta Tamiya tidak di modifikasi hanya pakai standard katak saja. Main race pun dalam longkang sekolah saja. Nak beli track tidak mampu.

Tamiya Menguji Minda
Tamiya Menguji Minda – Maticfest foto by Denaihati

Kini fenomena ini kembali lagi, ramai yang zaman kanak-kanak dulu bermain sekadar suka-suka kini jadi lebih serius. Saya pun turut terjebak sama dalam fanemena ini sekarang. Sekadar melepas geram.

Model kereta pun kalau dulu boleh dapat dengan harga RM15 – RM20, sekarang harga minimum untuk body kereta sahaja tanpa enjin adalah minimun RM35 sebuah atau kalau chasis, cowl dan enjin minimum RM55 sebuah terpulang kepada¬† penjual dan barangan itu sendiri. Kalau model itu adalah katagori ‘Rare’ atau buatan Jepun harganya boleh mencecah ratus ringgit, ada sebuah model kereta Tamiya berharga sehingga RM500.

Itu belum lagi dengan alat-alat untuk tune-up sebuah kereta Tamiya. Untuk perlatan tune up adalah pula gred nya, ada yang High-Grade dan ada yang Low-Grade, terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan. Jangan terkejut untuk lengkapkan sebuah kereta Tamiya untuk masuk race boleh mencecah minimum RM250.

Ini antara koleksi yang saya ada - MAH Shopz
Ini antara koleksi yang saya ada – MAH Shopz

Pasti ada yang cakap tua-tua main permainan kanak-kanak? Atau Tamiya permainan bodoh? Apapun, cakap orang bagi saya permainan Tamiya mencabar minda. Kalau tak percaya boleh cuba.

Sebenarnya bukan mudah untuk habiskan perlumbaan walaupun satu lap, ada pelumba yang tak lepas walau satu lap pun. Untuk menyertai mana-mana perlumbaan Tamiya, pelumba perlu kreatif menyesuaikan setting kereta mereka dengan litar yang disediakan. Maknanya setiap kali race pelumba mungkin perlu mengubah setting kereta mereka, mungkin mereka perlu mengurangkan pemberat, mungkin juga mereka perlu menukarkan enjin, mungkin juga mereka perlu menukarkan saiz tayar dan sebagainya. Kelajuan bukan pengukurnya sebenarnya, kalau silap setting memang gagal jawabnya.

Tamiya mencabar minda bagi setiap pelumbanya. Ia juga sesuai untuk dijadikan aktiviti riadah seisi keluarga. Mungkin dengan cara perlumbaan Tamiya boleh mengeratkan hubungan kita seisi keluarga. Jom layan Tamiya.

PS: Terima kasih kepada Tuan Denaihati

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Setiap orang ada hobi yang tersendiri, ada minat
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam

Hobi Yang Mahal

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Setiap orang ada hobi yang tersendiri, ada minat yang tersendiri. Semua kegilaan ini adalah untuk kepuasan sendiri. Pelbagai cara untuk mencapai kepuasan ini. Ada mereka yang memilih hobi yang tanpa kos ada juga hobi yang mahal.

Hobi yang mahal : RC Drift car
Hobi yang mahal : RC Drift car (sumber: speedhunter.com)

Ada yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit dilaburkan untuk hobi mereka. Duit bukan lagi satu penghalang untuk mencapai kepuasan dalam diri ini. Pelbagai cara dilakukan untuk mengumpul dana bagi memenuhi minat dan hobi seperti mencari duit dengan blog.

Ada hobi yang memerlukan modal yang besar antaranya main motosikal kuasa tinggi, drift car, drag racer dan juga pemainan remote control. Tetapi ada juga hobi yang boleh menjana duit seperti blogging, menjahit, memasak dan juga menulis.

Hobi yang mahal : Hobi zaman kanak-kanak
Hobi yang mahal : Hobi zaman kanak-kanak

Saya akui saya juga mempunyai hobi yang mahal iaitu photografi. Semenangnya photografi memerlukan modal yang agak tinggi tapi ia juga mampu memberi pulangan yang tinggi jika kena pada caranya. Banyak cara untuk jana duit dengan photografi seperti jadi wedding photografer. Tapi saya masih lagi di tahap amatur.

Manusia sanggup lakukan apa saja untuk mencapai kepuasan. Duit bukan rintangan demi mencapai apa yang di impikan. Apa hobi saudara?

Nota kaki : Tengah memenuhi hobi zaman kanak-kanak yang tidak tercapai dulu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tamiya Mini 4WD pernah menjadi satu fenomena suatu
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Syukur alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, betul kata