Kasihnya Ibu

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya, pemeriksaan rutin, saya berehat seketika di pejabat sahabat saya. Sedang saya berehat saya didatangi seorang wanita yang dalam lingkungan 40-an rasanya, sebab saya berada di kaunter terpaksalah saya melayan kakak tersebut.

Kasihnya ibu
Kasihnya ibu

‘Assalamualaikum, dik, akak nak tanya pasal kemahiran, boleh?’  akak itu memulakan bicara.

‘Boleh, kak. Kemahiran macam mana tu?’

‘Untuk anak akak ni, dia minat menjahit. Dulu dah ambil kemahiran di A tapi separuh jalan saja bila sampai peringkat 2 ada sedikit masalah semasa dia praktikal. Jadi dia, tak boleh sambung. Sekarang ni, akak nak carikan tempat baru untuk dia belajar kemahiran. Kalau boleh biar lah menjahit’ panjang lebar akak tu cuba menerangkan situasi dia padaku, tampak kasihnya ibu di wajah akak itu. Seorang ibu yang risau akan masa depan anaknya.

‘Keputusan dia macam mana ya kak? Untuk menjahit kita ada sediakan kursus peringkat diploma dan sijil. Kalau tahu keputusan dia senang saya nak bagi cadangan’. Saya cuba mendapatkan maklumat lanjut.

‘SPM dia tak berapa cantik. Memang teruk. Dia tak ambil Bahasa Melayu. Dia tak pergi masa exam rasanya. Tu yang akak nak carikan dia kemahiran.’ Akak tu bercerita perihal anaknya tampak dia sedikit serba salah untuk menceritakan tentang keputusan anaknya.

‘Tak apa kak, boleh tu. Tak jadi masalah. Mungkin akak boleh ke……..bla….bla…..’ Saya memberikan cadangan pada akak itu untuk menyelesaikan masalah beliau. Sempat juga saya bertanya akak tu dia tinggal di mana. Nyata agak jauh dari situ, tapi beliau sanggup datang demi untuk sedikit maklumat demi masa depan anaknya. Begitulah kasihnya ibu, sanggup melakukan apa saja untuk anaknya.

Bila teringatkan perihal akak tersebut, saya berasa betapa bertuahnya adik itu yang mendapat ibu yang sangat penyayang dan bertanggung jawab. Walaupun adik itu sudah boleh berdikari tapi ibu itu tetap membantunya, mencarikan maklumat untuk adik itu sambung belajar. Saya doakan agar adik itu akan membanggakan ibunya pada suatu hari nanti.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sinopsis Movie Elysium Movie Elysium adalah satu filem
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Ma abah saya cukup tegas bab anak-anak walaupun
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Biasa kita dengar ayat 'Disebalik kejayaan seorang lelaki

Sinopsis Movie Elysium

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sinopsis Movie Elysium

Movie Elysium adalah satu filem sci-fi yang mengisahkan pada tahun 2154 akan terdapat dua kelas manusia iaitu yang kaya tinggal di stesen angkas mewah, Elysium dan yang miskin tinggal di bumi dengan kepadatan yang amat sangat.Perbezaan jurang dua kasta yang amat sangat dimana rakyat Elysian di Elysium hidup mewah, dengan alat perubatan Med-Bays semua sakit boleh diubati dan tidak tua.

Movie Elysium - Max lawan Kruger
Movie Elysium – Max lawan Kruger

Max Da Costa (Matt Damon), bekas pencuri pekerja, yang hidup di Los Angeles dan bekerja di Armadyne Corp. Namun tanpa terduga Max telah kemalangan yang menyebabkannya terdedah kepada dos radiasi tinggi yang boleh membawa maut. Untuk terus hidup Max perlu ke Elysium dan mendapatkan rawatan dengan Med-Bays. Dalam masa yang sama Spider menjalankan kerja migrasi secara haram ke Elysium, namun semuanya gagal. Elysium dipertahankan oleh Delacourt (Jodie Foster) iaitu setiausaha Pertahanan dengan bantuan pembunuh upahan ganas dan psiko, Kruger.

Dalam mempertahankan Elysium dan untuk kepentingan sendiri Delcourt merancang rampasan kuasa dengan mendapatkan bantuan dari Kruger dan Carlyle (CEO Armadyne Corp). Spider merancang untuk merompak salah seorang Elysian untuk mendapatkan maklumat data bank. Max yang nyawa nyawa ikan pergi mendapatkan bantuan dari Spider, untuk membantu Max bergerak lebih lancar Spider telah memberikan Max bantuan bingkai bantuan Droid.

Dapatkah Max menyekat niat jahat Delcourt dan melawan Kruger disaat dia sendiri menghampiri maut? Dapatkah Max menghapuskan jurang antara bumi dan Elysium?

Ulasan Tentang Movie Elysium

Secara keseluruhan movie Elysium ini memang menarik bagi saya. Jalan cerita yang penuh dengan aksi mendebarkan. Dan yang paling penting adalah mesej yang disampaikan dalam movie Elysium ini memang padat dan padu. Antara mesej terkandung :

  • Kita mampu mengubah sesuatu jika kita mahukannya dan berusaha
  • Kita dilahirkan di dunia ini dengan tujuan bukan saja-saja
  • Tiada manusia yang tidak guna kerana setiap satu ada fungsi yang tersendiri
  • Kekayaan kadang-kala membuatkan manusia lupa
  • Pergorbanan itu perlu dalam mencapai cita-cita yang kita mahukan

 

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Ma abah saya cukup tegas bab anak-anak walaupun
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Isnin lalu, saya bersama isteri pergi menonton Elysium

Hukum Karma

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Ma abah saya cukup tegas bab anak-anak walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi. Masa zaman saya kanak-kanak, kami mesti masuk ke rumah tepat jam 7.00 malam dan siap mandi serta bersedia untuk solat Maghrib. Selepas, Maghrib semua kena siap sedia untuk mengaji Quran. Kalau tak ikut aturanya, siap sedialah untuk merasa nikmat rotan hinggap ke badan.

Tapi bila sudah melangkah ke alam kolej, abah mula melonggarkan syarat ketatnya saya dibenarkan keluar sehingga pukul 10 malam. Kalau mahu pulang balik agak lewat, laporan mesti diberikan kepada ma abah. Setiap pergerakan saya akan dilaporkan. Itupun, diberikan kebenaran atas dasar kepercayaan. Yang pasti kepercayaan ma abah tidak saya khianati. Tidak sama sekali.

Dan sehingga kini saya sudah berumah tangga, ajaran itu tetap kekal abadi selamanya dalam diri saya. Selamanya ma abah tetap yang terbaik dan tiada galang gantinya. Terima kasih ma abah yang telah membesarkan saya. Terima kasih.

Tak dinafikan saya agak nakal dan mungkin sukar untuk ma abah. Tapi mereka tabah mendidik dan membesarkan saya. Dan kini saya menjadi ayah. Saya pula perlu mendidik anak saya.

Saya harap saya juga dapat menjadi ayah yang baik pada anak saya dan mendidik anak saya. Ya Allah, berikan saya kekuatan.

Jika dulu saya dididik, sekarang saya perlu mendidik.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sinopsis Movie Elysium Movie Elysium adalah satu filem
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam