Mudahnya Mencari Kekasih Halal

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Cinta adalah salah satu persoalan dalam hidup kita. Semua orang mahu dicintai dan mencintai. Mencari kekasih halal juga bukan suatu yang mudah dan bukan suatu yang susah.

Orang dulu mungkin tidak fikir sangat soal mencari kekasih halal kerana banyak yang orang tua buat pilihan. Bagi orang dulu pilihan mak ayah lebih tepat. Tapi ramai lagi kah orang zaman sekarang yang serahkan soal jodoh pada mak ayah? Rasanya lebih ramai yang suka memilih sendiri pasangan mereka.

Jika dulu, surat menjadi penghubung. Jika jauh mereka akan pos dan setem, jima dekat mungkin hanya serahan tangan. Tak kurang juga yang bubuh bedak dalam surat, ada buat ke?

Mudahnya mencari kekasih halal
Mudahnya mencari kekasih halal –Makcik yang cantik dan menawan (sumber)

Zaman ini juga ada dijual kertas berbunga dan sampul berbunga. Ada sesetengah itu siap ada bau wangi dah tak perlu tuang bedak. Buka saja surat boleh terbahak-bahak batuk sebab bedak terlebih sudah.

Peralihan zaman dan teknologi semakin pintar dari surat beralih pula telefon rumah dan telefon awam. Sanggup tak makan nak kumpul syiling untuk dengar suara kekasih hati. Sampai ada yang beratur panjang di pondok telefon awam untuk tunggu giliran. Ada yang sampai berjam-jam tapi ada juga yang hanya beberapa saat kerana takut, sekali bapa nya yang angkat la.

Zaman beralih lagi, dari telefon rumah ke telefon bimbit, dari surat kepada e-mel dan sms, dari zaman friendster kepada facebook. Sekarang ini ada pula whatapps, wechat dan sebagainya. Zaman semakin maju dan canggih semakin mudah untuk kita berhubung. Semakin senang kita mencari kekasih halal.

Semakin canggih zaman, semakin bijak manusia, sepatutnya semakin tinggilah harga maruah kita sebagai manusia. Jangan rendahkan harga diri kita. Jangan sesekali.

Tak perlulah nak buat ‘cheap sale’ sangat di facebook, blog dan lain-lain medium. Tapi tunjukkan kita mempunyai nilai yang sangat tinggi yang perlu dihargai bukan yang boleh main diskaun sesuka hati saja. Biar kita di label ‘jual mahal’ dari di label sebagai ‘murahan’. Fikir-fikirkan lah.

Cinta pun memerlukan ilmu juga. Tak percaya tanyalah para bapa dan suami diluar sana, apalah ilmu yang mereka gunakan untuk kekalkan momentum percintaan mereka. Tambahkan ilmu cinta dari doa pengasih, terokai hati pasangan dengan rahsia hati dan rahsia keluarga bahagia.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Hesselblad Lunar Hasselblad telah mengumukan
Assalamualaikum dan Salam Inpirasi buat semua saudaraku... Perang gadget dua gergasi gadget mobil terbesar dunia
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isteri atau ibu atau wanita memang tinggi martabatnya
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,

Kamera: Hasselblad Lunar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Hesselblad Lunar
Hesselblad Lunar

Hasselblad telah mengumukan produk terbaru mereka iaitu Lunar. Antara fungsi canggih Lunar adalah sensor APS-C 24.3 megapiksel denga 25 titik AF dan ISO 100-16000.

Lunar Hasselblad

Apa yang menariknya adalah rekabentuknya yang ekslusif, mewah dan ergonomik. Kalau tengok dari tepi rekaan grip dia memang lain sikit dari kamera DSLR keluaran Canon, Nikon mahupun Sony. Grip Lunar Hasselblad ni lebih selesa dipegang dan memberi cengkaman yang optimum.

Ianya akan dilancarkan pada suku pertama 2013 dan di anggarkan berharga 5000 euro (kira-kira RM 19,850). Maklumat lanjut boleh didapati di www.hasselblad-lunar.com

PS: Kalau dapat sebiji memang best amat.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Cinta adalah salah satu persoalan dalam hidup kita.
Assalamualaikum dan Salam Inpirasi buat semua saudaraku... Perang gadget dua gergasi gadget mobil terbesar dunia
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah

Produk Terbaru Apple : Ipad Mini

Assalamualaikum dan Salam Inpirasi buat semua saudaraku…

Perang gadget dua gergasi gadget mobil terbesar dunia iaitu Apple dan Samsung berterusan lagi. Sekarang ini kalau dilihat Samsung memang rancak melancarkan produk terbaru mereka seperti Galaxy SIII, Galaxy Note 2 dan Note 10.1.

Ipad Mini
Ipad MIni

Apple yang turut tidak mahu ketinggalan turut melancarkan gadget terbaru mereka iaitu Ipad Mini.

Speksifikasi

Skrin : 7.9 inch (fingerprint-resistant oleophobic) screen

Resolusi : 1024 x 768 (163 ppi)

Processor : Dual-core A5 processor

Stroran : 16GB, 32GB, 64GB

Camera : FaceTime HD front-side camera, 5Mp iSight camera

Connectivity : 802.11 a/b/g/n Wi-Fi, LTE ultrafast wireless, bluetooth 4.0

Wired connections: Lightning connector

Battery : 16.3-watt-hour rechargeable lithium polymer (up to 10 hours)

Size : 200 x 134.7 x 7.2mm (23% lebih nipis dari Ipad)

Weight : 308g

 

 Video Ipad Mini

 

Pergemar gadget pasti tidak sabar untuk merebut peluang untuk memiliki Ipad Mini ini. Saya bukanlah penggemar gadget. Tapi sekdar suka memerhatikan trend market yang bersaing secara sihat.Kalau ada yang nak bagi test free memang saya amat sangat suka menerimanya.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Cinta adalah salah satu persoalan dalam hidup kita.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Hesselblad Lunar Hasselblad telah mengumukan