Fikir Dulu Sebelum Buat

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pertama kali saya melihat video kes awek Peugeot putih amuk kat uncle, saya hanya terfikir apa sebenarnya cuba awek itu lakukan? Apakah dia ingin menunjukkan dia hebat? Dengan memegang ‘stering lock’ dan memaki hamun uncle tersebut. Apakah dia tidak fikir kesan dan akibat tindakan yang dia buat?

Dalam apa jua kita lakukan dalam keadaan amarah atau tenang, sebaiknya fikir dulu sebelum buat. Fikir dulu sebelum kita mengambil sesuatu keputusan, fikirkan kesan dan akibat ke atas diri kita dan orang sekeliling kita dari keputusan yang kita ambil itu. Tidak perlu lama, sejenak sudah cukup untuk memberikan masa bagi kita membuat pertimbangan dalam keadaan waras.

Memang kita tidak dapat meramal masa depan, tapi dengan berfikir sejenak kita boleh fikirkan kesan satu keputusan kepada masa depan kita. Terlajak perahu boleh di undur tapi terlajak kata kita yang akan menanggungnya.

Jangan biarkan emosi menggangu keputusan kita, buat keputusan dalam keadaan tenang. Fikir dulu sebelum buat.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Apa khabar semua? Sihat sejahtera bahagiakah anda semua?
Aku memang jenis malas bersenam sebenarnya, dari zaman belajar memang aku malas senaman. Sekadar sesekali
Muay Thai sekarang ini semakin mendapat liputan meluas di dunia. Kalau tengok pun TV1 pun
Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup