Eyriqazz vs Denaihati : Pengalaman adalah Guru Terbaik

Assalamualaikum dan Salam 1 Ispirasi buat semua saudaraku.

Makin hebat makin mantap. Itu saja yang boleh saya ungkapkan apabila melihatkan kerancakan Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati ni. Memang cukup hebat, ya siapa tak nak menang hadiah hebat. Makin ramai blogger yang update mengenai kontest ini untuk terus berada di 1st page google.

Blog saya, belum tahu lagi. Tapi saya sememangnya kosong ilmu HTML dan SEO ini. Memang bukan bidang saya. Saya tidak pernah belajar perihal HTML dan SEO ini secara formal.

SEO
SEO

Saya terjebak dalam dunia blogging ini pun secara tidak sengaja, iaitu pada tahun 2007, dengan bermula daripada menggunakan blogspot.com, memang lama saya berblog menggunakan nama domain blogspot sebelum beralih kepada domain sendiri pada 2011 dan membuat satu blog menggunakan hosting pada 2012 (wujudnya daddydee.net yang baru berusia 3bulan).

Ianya bermula apabila saya berkerja di Bandar Selesa Jaya, Johor, selama hampir setahun. Saya tinggal dan kerja di sana, yang mana pejabat adalah rumah dan pejabat saya. Tinggal seorang macam orang gila. Siang malam mengadap internet saja.

Dek kerana sudah bosan main limewire, chatting, online gaming, saya cuba explore pekara baru dalam internet ini, dan terjumpa blogspot.com, terus saja saya register. Memang awal saya menulis memang saya tidak tahu apa yang patut saya tulis. Rasa malu, takut dan segan untuk menulis masa itu terlalu menebal pada masa itu. Kalau dibaca balik tulisan saya memang agak kelakar.

Samsung Galaxy S3 hanya pada RM999.

Selepas bertahun setia dengan blogspot.com, saya beralih pula kepada domain sendiri. Itupun setelah beratus entri yang saya baca menyarankan blogger mempunyai domain dan hosting sendiri, termasuklah dalam entri Tuan Eyriqazz dan Tuan Denaihati.  Nak memulakan hosting sendiri belum bersedia lagi saya rasa pada masa itu. Sebab memang saya tak reti ilmu HTML dan SEO, saya tau pakai blogspot je. Nak berhijrah kepada wordpress dan hosting sendiri rasa berat je.

Bulan Mei 2012, setelah beribu kali berfikir. Saya mengeluarkan sedikit wang untuk memilikki hosting sendiri. Maknanya saya akan menggunakan perisian baru iaitu wordpress. Memang saya gamble saja lakukan ini. Memang saya kosong sungguh. Tapi alhamdulillah sikit sikit saya belajar, dan pengalaman memang mengajar saya untuk lebih maju.

Tujuan saya sertai kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati tiada lain melainkan untuk mencuba pengalaman baru. Ini adalah pertama kali saya sertai kontest SEO. Tanpa ilmu SEO. Saya main redah je.

Pengalaman adalah guru terbaik saya. Yang mengajar saya untuk terus mencuba dan mencuba. Dalam hidup ini sememangnya kita kena mengambil risiko. Tiada kejayaan tanpa suatu pengorbanan.

Hidup Harus Berani Mencuba. Jangan pernah bosan untuk mencuba dan mencuba.

Enjoy of this video. There are something from this superhero would like to share with
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat semua Success...Impian kita Contest SEO
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat semua Saudaraku sekalian.   Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati makin